Abang tak pandai boikot ni dik. Abang cuma pandai buat design. Salah satu tanda Abang bersama Adik, Abang terjemahkan dalam bentuk kartun.
Adik nak tahu tak, sebab apa?
Sebab Abang boikot sesuatu produk sebab harga dan kualiti barang.
Boikot sebab sentimen ni tak kekal lama dan kita jadi orang yang tiada pendirian. Sama macam lalang.
Adik tahu tak? Program Boikot memboikot Mekdi ni memang dah lama ada. Tapi ianya hanya bermusim.
Untuk pengetahuan adik, bila kerajaan Barisan Najib tumbang, ramai orang melayu yang takut kehilangan kuasa, sudah menjalankan kempen BMF.
Tau tak, BMF tu apa? Buy Muslim Product First. Maksudnya utamakan beli barangan buatan muslim dulu.
Pernah jadi isu dan wujud dua golongan yang menyokong dan anti.
Ha ha ha. Tapi mana pergi kumpulan itu? Terkubur dik. Terkubur. Sama macam semangat pemimpin rakyat dik.
Itu Abang belum buka lagi cerita tentang betapa rendahnya nilai jati diri segelintir bangsa Abang.
Mekdi bagi tawaran anak patung Hello Kitty, terus hilang suara boikot.
Hahaha. Adik rasa macam apa?
Sebab itu Abang tak suka kempen boikot memboikot ni.
Dan percayalah, yang suruh boikot ni mesti orang yang berpendapatan tetap. Bukannya kerja sendiri seperti seekor ayam yang mahu mengais tanah.
Dan paling menyedihkan, ramai bangsa Abang, orang Islam sendiri yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan apabila ada Gerakan Boikot Bermusim ni dik.
Kesannya, macam biasalah dik. Berlaku pergolakan rumahtangga, peningkatan pengangguran dan juga jenayah.
Ingat dik. Tidak semestinya soladariti ke atas Falestin kena dizahirkan dengan protes. Ada lagi caranya. Cuma macam Abang cakaplah.
Hidup biar ada prinsip dik. Bukannya sebab ikut-ikutan. Nak boikot sampai mati. Bukannya kejap boikot, kejap tak.
Adik tak percaya? Tengoklah nanti. Bila ada gencatan senjata, ada lagi tak suara melaungkan.
– Taufix Skilo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit