Nak Buat Bagaimana Ya?

Assalamualaikum. Saya nak minta pendapat semua. Suatu hari, rakan sekerja saya berkata begini.

“Hmm abang dah nak kena tinggalkan adik la tu”. Random sangat.

Saya yang naive ni pun bertanya.

“Hmm, minta maaf, mungkin saya tertinggal kereta api, tapi siapakah abang adik yang dimaksud kan tu?”

Maka bermulalah cerita berkenaan  abang” dan “adik” yang dimaksudkan itu. Kedua-dua mereka merupakan rakan sekerja saya.

Kedua dua mereka sudah berkahwin dan bahagia dengan pasangan masing-masing dimata saya,

Tapi, di tempat kerja, mungkin sebab saya bukan jenis sibuk hal orang, rupanya menjadi buah mulut rakan sekerja lain yang mereka berdua ni teman terlebih mesra.

Sekarang si “abang” bakal berpindah ke tempat lain buat sementara, makin menjadi-jadi pulak berkepitnya, pagi tengah hari petang, dah tak kira dah bulan puasa ke apa.

Kenapa terlebih mesra? Sentiasa berkepit kesana kemari, saling tolong menolong yang agak berlebihan untuk berlainan jantina (boleh saja meminta tolong sesama jantina), apatah lagi masing -masing sudah berkahwin.

Awalnya saya macam cuba merasionalkan mereka kerana kedua-dua mereka orang baik.

Tapi entah mengapa, selepas mendengar cerita kawan saya ni, jadi banyak kali pula saya terserempak dan perasan mereka ni berkepit ke mana- mana yang pada pendapat saya memang tak mustahil mengundang fitnah.

Fuh, rasa lega pulak tulis di sini.

Apa patut saya buat? Rasa macam nak tanya direct, tapi macam belum selesa berbuat demikian. Tapi kalau tak ditegur, berlaku sesuatu diluar batasan, saya akan rasa bersalah kerana tak ketepi nanti. Serba salah.

Apa pun pada saya, ikhtilat berlebihan di tempat kerja ni, tolong tolong dan tolong elakkan. Terus terang, ini lah butir butir atau muqadimah yang membawa pada mendekati zina.

Kalau langsung tak ada rasa malu, at least dengan pasangan sendiri, apatah lagi dengan teman sekerja, malulah dengan Allah. Terang terang Allah dah cakap,

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al-Isra: 32).

Dekati zina pun tak boleh, apatah lagi berzina. Dengan berlainan jantina, perlua ada adab dan batas yang perlu dijaga walau orang sangat menyenangkan dan buat kita rasa senang.

Allah maha melihat dan tahu isi hambanya. Memanglah awal -awal rasa tak da apa, makin lama akan makin suka, pastu tak lama lagi.. Tahu tahu sendirilah. Saya tak kata zina , tapi zina hati dan lain lain , tolonglah. Jauhilah.

Jadi semangat ramadhan yang masih ada ni saya nak menyeru semua, termasuk rakan sekerja saya ni (semoga dia baca) untuk kembali pada unjuran untuk bertakwa kepada Allah.

Bertakwa maksudnya rasa Allah sentiasa lihat kita, rasa keberadaan Allah dalam setiap tindakan kita.

Please please and please, jaga ikhtilat di tempat kerja.

– Sakit mata (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *