Nak Cantik Atau Sakit?

Sya nak berkongsi sedikit pengalaman pahit selepas guna “skincare” dan tips rawat balik muka yang breakout. Sya masak sangat dengan produk skincare yang ada night creamlah day creamlah treatment creamlah lepastu sabun pun ada 1001 bentuk bunga kopi semua tu.

Sya perasan, banyak skincare yang berlainan jenama dan harga, tapi tekstur creamnya sama. Walaupun warna dan wangi pada cream tu berbeza tapi TEKSTUR SAMA. Tak percaya boleh cuba sendiri! Sebab founder/pengasas kepada skincare semua nie boleh request bentuk sabun, warna cream dengan wangiannya sekali pun boleh request. Bekas tempat cream tu pun boleh request design yg kecilkah yang besarkah yang bentuk lovekah macam-macam ada.

Sya start terjebak dalam produk skincare since form 4. Masa tu pakai sabun jual kat mydin ja, muka ok dah walaupun ada 1/2 biji jerawat lagi tapi terpedaya sangat dengan testimoni skincare yang viral kat media sosial, trus cuba satu skincare nie. Mula 3/5 hari pakai memang peloles habislah, kulit licin bak kulit telur putih, lembut macam kulit baby, pores yang ada kat pipi pun hilang segenap sudut pandangan, smpai kakak tegur muka nampak berseri lain macam. Bila sampai hari yang ke 10/14 pakai, dah start 5/7 biji jerawat tumbuh. Kalau kecik takpe, nie besar gedebak siap pakej timbul dan warna pink-pink lagi jerawat tu. Memang gelabah time nie, hati mula rasa tak sedap, terus wssp si penjual skincare tanya kenapa macam tu.
Jawapan dia “PROSES DETOKS/HEALING” kononnya, dia suruh teruskan pakai. Bila sya teruskan pakai, makin teruk jadinya. Jerawat dah mula tumbuh lagi banyak! Sampai kawan sekelas tnya “Awk kene chicken pox ke?” masa nie mampu senyum je, rasa self-confident sngat low. Bukan kawan sekelas sya je yg tegur, kakak dan abng ipar pun tegur kenapa muka tiba-tiba breakout teruk macam tu. Bila wssp semula penjual skincare tu, boleh pula dia jawab “Mungkin cara awk guna salah, awk tak cuci muka bersih-bersih” punya naik darah masa nie. Tak cuci bersih apedehal, masa cuci muka sya siap sental kuat-kuat lagi, cuci muka saja nak dekat 30 minit hadap cermin nak bagi cuci sebersih-bersihnya. Bila sya wssp tanya itu ini, last-last dia SEEN je wssp sya. Sakit hati jangan cakaplah, bila ada apa-apa majlis, sya memang tak join dah masa tu.

Sya usahakan cari ikhtiar nak rawat balik muka yg sedang breakout teruk, tergerak hati nak cari tips-tips yg ada kat google. Alhamdulillah, sya jumpa satu blog nie, dia punya kisah pun nak hampir sama macam sya, gara-gara skincare muka jadi breakout teruk, plus dia juga seorang beautyshen. Sangat banyak tips yg sya dapat dari perkongsian dia kat blog.
Tapi sya tak mampu ikutkan 100% tips yg dia kongsikan, sya amik mana yang boleh.

Firstly, sya tukarkan pencuci muka sya ke CETAPHIL, sya pilih cetaphil for all skin types, sebab muka tak sesuai dengan versi cetaphil for oily skin. Yang nie sangat recommended untuk muka yang breakout/non-breakout pun sesuai pakai tapi harga mahal sikit but worth it! Boleh dapatkan kat any drugstore.
Sya juga amalkan bedak sejuk + air mawar mustika ratu, boleh dapatkan kat mydin, harga murah je. Jangan pakai taip hari, sebaiknya selang-selikan masa pakai bedak sejuk nie. Pastikan konsisten!

Selama 3/4 bulan baru dapat result yang memang puas hati. Jerawat semua dah mula hilang walaupun bekas 50% masih ada dan paling best, muka bebas mercuri! Hati kena kuatlah sepanjang konsisten nie, mungkin ada orang amik masa yang singkat muka dah ok tapi ada sesetengah memerlukan masa yg lebih lama utk muka kembali pulih.
Itu crita 2 tahun yg lalu, skrng muka dah start naik jerawat balik sbb baru-baru nie ada try satu jenis skincare yg tengah hot dan dikatakan “AMAN” dari mercuri. Tup tup, baru-baru nie keluar artikel yg mengatakan cream produk yg sya guna bermecuri.

Bila berhenti guna, dia dah start balik chapter one mcm kat atas yg sya crita tdi. Haha. Jdi skrng memang proses healing. Tips bedak sejuk tu sya dah ganti kepada serbuk kunyit pula, result pun tetap sama dan puas hati walaupun muka jadi kuning lepas pakai mask kunyit.

Kepada wanita-wanita, akak-akak, adik-adik, pun makcik makcik, janganlah terpedaya dengan skincare yang viral hot meletup-letup dengan segala testimoni yang ada. Masa mula pakai memang peloles kalah nelopah tapi bila kita stop, Allahuakbar. Orang yg pernah rasa je tau azabnya macam mana. Pada hamba Allah yg asyik bagi jawapan “JANGAN BELI FAKE, BELI YG ORI” ok sepanjang sya cuba segala skincare semua nie sya memang direct pada HQ ataupun agent HQ yg sah ye. Dan kepada hamba Allah yg cakap “Depends pada kulit masing masing, mungkin muka awk tak sesuai kot” yaaa, mungkin muka sya tak sesuai so dapat result breakout yg cepat.

Kepada mereka yg berhenti pakai lepastu takde apa-apa breakout, maka bersyukurlah muka kalian masih kebal dengan mercuri. Saya dapat result breakout yg cepat dengan hanya beberapa minggu penggunaan sebab muka sensitive dan tak kebal, tapi tak mustahil kalau akak makcik puan yg guna berbulan bahkan bertahun akan dapat result breakout yg lambat. Maknanya, pakcik puan akak hanya akan dpt result breakout bila kulit muka betul-betul dan surrender/hilang kekebalan dengan mercuri yg ada dalam prosuk tersebut.

Muka kita, kulit kita nak pakai lama ye kak cik puan semua. Kulit pada muka kita tiada ganti satu dua tau, limited sngat kulit yg ada pada muka kita nie. So hargailah, jagalah sebaik-baiknya. Kepada pengasas/founder sekalian, ingatlah orang yg anda aniaya akan tuntut balik hak mereka diakhirat nanti, sebab anda pemilik kepada produk tersebut sudah semestinya tahu isi kandungan yg ada dalam produk anda. Sya bukan nak kondem semua jenama skincare, ada yg bagus dan ada yg sebaliknya, jadi buatlah pilihan yg bijak. Fikir-fikirkanlah dan selamat berpeloless!

– Cik Tiada Nama

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit