Nak Cerai Atau Stay

Salam/Hi semua. Aku Suria, perempuan late 30an. Berkerjaya dan sudah berkahwin hampir 10 tahun.

Hasil perkahwinan kami telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Perkahwinan kami adalah suka sama suka.

Berbalik kepada tajuk, aku dalam situasi dilema samada mahu teruskan cerai atau stay bersama suami lagi.

Cerita ringkasnya begini, husband aku kantoi suka mencari ‘pelacur/pondan’ di mana2 website dan akan contact untuk melanggan. Benda ni dah beberapa kali kantoi – bergaduh – bermaafan dan jadi lagi. Dah macam AA.

Sebab utama selama ni aku masih stay adalah sebab dia bersumpah dengan nama Allah/Al-Quran katanya tak pernah melanggan/buat hubungan seks, katanya dia sekadar whatsapp untuk booking kemudian dia akan cancel kan.

Jadi aku percaya jelah sebab aku takde bukti kukuh pun untuk tuduh dia betul betul melanggan.

Kali terakhir kantoi baru je lagi bulan lepas, sebab aku detect location dia dalam 20 minit antara jam 4pagi hingga 4.20pagi dia berada di sebuah hotel bajet.

Dan waktu tu juga ada transaction duit ke account yang tak dikenali sebanyak ratusan ringgit. (Waktu kejadian aku tiada kat rumah sebab bekerja shift malam).

Ni pertama kali kantoi bab hotel + transaction duit. Sebelum ni cuma kantoi sebab terjumpa kat google search history dan whatsapp.

Setelah disoal siasat memang dia mengaku dia terpaksa bayar kepada sorang GRO sebab kena ugut viral sebab main-main kan dia (dah booking then cancel servis).

Sebab laki aku takut kena viral, dia terpaksa pergi kat hotel tu dan bayar jela duit yang orang tu mintak.

Of course la aku kecewa sakit hati marah dendam rasa nak belasah je dia sebab buat perangai tak senonoh tu lagi.

Lepas minta penjelasan dia, malam tu juga aku minta cerai tapi macam biasa drama air mata, tak nak ceraikan, alasan dia sayang anak2, tak sanggup berpisah dan janji akan put effort untuk betulkan keadaan.

Masalahnya, dalam masa sebulan ni aku akan mudah marah bila ada benda tak kena even benda kecil pon macam baju kotor tak masuk bakul, ambil barang tak letak semula tempatnya, aku tau sebenarnya emosi aku masih tak stabil disebabkan kes tu.

Ikutkan hati marah/sedih/kecewa aku ni memang nak berpisah sebab dah taknak menanggung sedih sorang diri, tapi masalahnya rasa sayang tu tetap ada lagi.

Dan walaupun dia bukan ciri ciri suami idaman tapi dia ayah yang baik untuk anak2 aku.

Kalau betul aku dapat bukti dia melanggan/dah sampai ke tahap buat seks aku tak perlukan pendapat orang dah, memang tepat jam 8pagi aku dah terpacak depan pejabat agama hantar borang cerai.

Tapi masalahnya aku takde bukti…

Entahlaaa netizen, siapa pernah berada kat situasi macam aku dan mungkin boleh berkongsi rasa aku mohon pendapat dari semua.

Terima kasih.

Suria tak berapa nak bersinar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. senang nya kena gula gula yg pelacur tu nak viralkan dia. sis senang sgt kena kencing sbb tu laki tak hairan. nangis sikit janji sikit sis pun cair laaa. and benda ni akan berterusan sampai laaa dia mati or Allah bg malapetaka kat dia.

    • Species mcm laki tt dah kena rejam smpai mati sebenarnya jika tt dpt bukti tu..jd tu s ebab allah hide lg..tp bila tt dah dpt hidu bermakna allah sygkn tt la..x kan nk tggu dpt hiv bru nak bt keputusan..dlm al quran surah annisa tu ada semua jwpn sila baca maknanya sekali ,semoga dpt jwpn nk bt apa lepas ni
      …jika x dpt jawapan bawalah kes ke jabatan agama,sayangi diri sendiri dulu nanti dah mental tak ok mavamana nak jaga anak2 pula..

  2. Puan Suria, sebaiknya puan buatlah ‘solat istiqorah’ sesungguh2 hati dan minta Allah beri petunjuk yg jelas.. x semestinya dpt alamat dlm mimpi, mngkin ‘berat hati’ kpd kputusan yg mna satu.. lg satu, mohon Tuhan jauhkan dia, jika dia tidak sesuai utk puan & ank2, sebaliknya jika dia mmg jodoh puan yg sesuai serta bertanggungjwb kpd ank2, mohon Allah lorongkn hatinya ke arah jln yg baik serta bertaubat nasuha.. dlu saya pernah ‘diuji’ dgn kecurangan suami, seterusnya dia kawen juga senyap2.. sya bkn mnentang dia berkahwin tu, tp saya dibiarkan berbulan2 di’gantung’ x bertali.. saya solat hajat setiap hari dan mlm.. dan akhirnya, pd suatu hari dia telah menelefon saya, dan dlm telefon itu jgak dia telah menceraikn sya.. w/pon sedih dibuat begitu, tapi seperti terlepas satu ‘beban’ di bahu yg saya tanggung selama ini.. bnyak la episod sedih sya slpas itu, tp sya redha dgn ketentuan Allah.. sya doakn puan juga akn mnemui jln yg membawa kpd ketenangan kpd puan.. wallahu a’lam.

  3. Kalau sayangkan ank bukn diamkan diri walau dh nampak redflag. Selamatkan diri kamu sblm dijangkiti penyakit kelamin. Anak2 perlukan kita untuk membesar menjadi manusia. Tetapkan pendirian..sayangi diri sendiri..insyaAllah ada bahagia untu kamu di luar sana. Ada sebab Allah temukan bukti..tapi bukti yg ada pn mudah kamu diperdaya…nmpak kelemahan wanita kt situ. Semoga kuat demi anak2..

  4. Puan stay je la ngan dia, dia pon pak yg baik kan. Jangan sesekali adakan hubungan kelamin ngan dia sudah. Suruh dia happy ngan pelacur mana yg dia suka. Itu je jalan kalau nk stay sampai mati.

  5. Puan perlukan suami atau ayah kepada anak ? Jika hanya kerana dia ayah yg baik tak perlu bersama dalam hubungan yg begini. Tk perlu bukti pun baru nk bercerai. Ingatlah bercerai tak semestinya perlu bermusuh. Bercerai kerana dia ternyata melanggar hukum dan akan beri kesan buruk pada puan dan anak anak. Jadilah ibubapa yg baik dan masih bersama dalam hal anak anak namun tak.perlu hidup sebagai suami isteri. Anak anak perlukan ibu bapa yang saling harmoni dan blh beri kasih sayang bukan hanya ada ibubapa yg tinggal serumah namun tak hormat menghormati atau dah tak blh berkasih sayang hingga menyebabkan mereka juga tk dpt memberikan kasih syg pada anak. Saya dan bekas suami berkomunikasi setiap hari, anak bebas nk bermalam atau keluar dgn ayahnya bila bila masa yg ayahnya mahu, raya bersama sama, setiap hari bekas suami akan hantar anak pergi sek dan balik dari sek, kalau saya ada masalah apa apa saya still rujuk atau minta tolong ex husband. Now kami both dah berkahwin baru dan hubungan tetap begitu. Jika dah beri peluang namun masih tk berubah, istikharahlah dan buat keputusan. Jika masih nk beri peluang maka bawaklah ke sessi kaunseling ka atau berubat untuk berubah ke bukan just hidup dlm teka teki dan curiga dan asyik menunggu untuk dapatkan bukti untuk pergi. Jika puan hanya nk dptkn bukti utk bercerai, itu sahaja dah menunjukkan puan tidak mahu berusaha menyelamatkan perkahwinan ni tp hanya nk lepaskan diri supaya tidaj dipersalahkan bila bercerai. Semoga puan dipermudahkan untuk membuat keputusan.

  6. Paragraph Yg marah2 hatta benda kecik tu cam aku.. dia seolah2 bukan marah benda kecik tu sgt, tp dia terkait dgn kemarahan lepas ttg org yg kt geram kan tu.. tiba2 waktu tu lah yg semua benda pun kt recalled. Maksudnya kt masih ada resentment dalam hati., kt masih x redha, belum move on, belum memaafkan dan x nk berdamai dgn takdir. Utk berdamai, x mudah ye. Mmg kena byk2 berdua dan istiqomah.. Hasbunallah wannikmalwaqil..

  7. klo da ke hotel and ade trnsction bratus ke insan yg x dikenali apa pun alasan ye phm2x ajelah. love ur self sis

  8. Puan, cuba check whatapps no hp pelacur/pondan tu. Blh juga tgk pic WA atau telegram. Geng2 tu ada juga aktif kat telegram group. Cuba skodeng juga kot dia ada FB lain utk booking pelacur ni melalui FB group. Kalau day book tu mmg ada niat dan saya tak rasa dia tak pergi…puan kena lebih hati2. Kalau puan dpt duplicate WA suami kat hp atau laptop lagi bagus.

  9. Aiyo sis dah kena gula2 la. Takde maknanya kalau cancel nak viral2. Viral2 pun takat mana je boleh lepas? Plus dah kenapa nak pergi hotel untuk buat payment online? Payment online buat dari rumah je la hahahha. Ya ampun, ni tulis sebab in denial and nak orang sedapkan hati sis ke? No sis. Sudah terang lagi bersuluh. Dan sebab sis ni innocent, lagi menjadi2 la alasan dia nanti hahaha aiyoo kenapa kaumku sangat naif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *