nak elak bersalaman

TQ admin.. citer aku bukan pasal bunian ke, pasal mak tiri jahat ke, pasal nak kawen tak jadi ke, tak tak tak..

Aku dah berkahwin. Almost 8 years. sebelum kawen lagi, aku memang jenis pakai tudung. Tapi kat luar rumah je. bila dalam rumah, aku tak pikir pasal aurat. adik beradik perempuan 2 je. yang lain lelaki. kakak aku belum kawen. so aurat aku dalam rumah mak aku memang takde masalah.Tapi kalau ada orang datang umah (sepupu2 lelaki @ kawan2 adik aku esp lelaki2),aku tak pakai tudung pun. kadang2 pakai seluar pendek lagi parat lutut.

bila balik kampung suami pun sama. luar rumah aku pakai tudung. Tapi dalam rumah, dengan ipar duai yang mostly lelaki, aku tak pakai tudung pun. huhuhu.. tapi atas kesedaran sikit2 dan hidayah Allah mungkin, aku berubah sikit2. kat kampung husbnd, dalam rumah pun aku pakai tudung. baju lengan panjang. kalau pakai tshirt lengan pendek, aku pakai inner tangan. mula2 memang kekok. anak asik tanya, ibu nak pergi mana? sbb dia nampak aku pakai tudung. kengkadang mak mertua pun tanya nak g mana. Pada hal duduk kat rumah je. tapi kata orang, alah bisa, tegal biasa. bukan aku nak title alim, tapi sekadar patuh syariat jadilah.

tapi masalah aku skang ni, bab bersalaman. dulu aku balik kampung aku, aku salam semua. tak kira sepupu ke, sedara ke, pakcik makcik semua aku harung. tapi bila aku nak move on sikit2 ni, aku cuba elak2 kan.. especially bila hari raya, nampak sepupu2 datang nak bersalam2an, aku cepat2 masuk dapur konon2 nak siap2kan hidangan.. biar adik2 aku yang sambut tetamu.. bila time dorang nak balik plak, aku cepat2 say good bye sambil brlari ke bilik air konon2 nak terberak. sbnrnya nak elak bersalaman. dorang pun mungkin macam aku dulu gak yang harung semua tak kira muhrim ke bukan.

tapi bila balik kampung husband, adik2 ipar lelaki kalau jumpa, dorang akan hulur tangan. aku serba salah nak menyambut. huhuhu.. kecuali adik ipar lelaki yang bongsu je. dia je yang aku rasa paham. bila aku nak balik atau baru sampai kampung, dia salam husbnd aku je. dengan aku dia just tegur and angguk sikit tanda hormat.

kalau aku pergi ziarah rumah sedara mara belah husband, pun sama. Aku kategori otsider, jadi aku boleh pilih dengan sapa aku nak bersalam. maka aku bersalaman dengan makcik2, sepupu, sedara2 yang pompuan je la.. tapi aku perati jugak, sesetengah makcik pakcik husband yang veteran, dorang bersalaman pun tak kira sapa dia. baik laki, pompuan, kecik, besar, tua, muda, semua dorang salam (tapi tak semua pakcik makcik dia gitu. ada gak yang baik dah tahu hukum). husband aku setakat ni aku perati dia salam dengan kaum lelaki je. tapi bila ipar pompuan, sepupu pompuan hulur, dia pun mungkin terpaksa sambut.

kengkadang nak jugak cakap, eh, tak boleh salam.. tapi mulut ni berat. huhuhu.. aku bukan jenis sound direct mcm sesetengah orang yang aku jumpa. ada sorang sedara aku ni, tgh kumpul ramai2, ada sorang pakcik ni, sebaya bapak aku kot, salam anak2 sedara, pastu nak salam sorang sedara aku ni, budak tu sound, eh tak payah. bukan muhrim. pakcik tu tarik balik tgn dia.. budak yang sound tu teruskan makan. pakcik ni macam malu2 alah. huhu

aku tak pandai nak sound direct. macam mana aku nak buat ek? mcm mana nak elakkan bersalaman dengan ipar duai yang bukan muhrim denga aku ni? takkan nak pakai sarung tangan plak? nak bgtau husband, tak terkeluar dari mulut. huhuhu

– Kak Serba Salah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

42 Comments

  1. Hm. Kalau saya, macam sis buat. Lari. Takpun, selalunya saya tunduk dan senyum sambil letak tangan dekat dada. I mean, lebih kurang mcm orang Jepun buat. Kalau dorang tak faham (masih hulurkan tangan) saya just cakap, sorry tak boleh salam. Then senyum.

    Tapi disebabkan saya berpurdah, orang jarang salam. Kalau suami sis tu, slowly terangkan dekat dia. Bagi saya, perkara ni kena tegas. Tapi tegas beradab. Kena jaga juga air muka orang lain. Cakap lemah lembut, in shaa Allah dorang faham. Niat kita nak menyampaikan, bukan memalukan orang.

    Wallahua’lam. :’)

    • perlu ke tipu?msa ni lah nk smpaikan kat org2 yg x tau ni dgn sape dia bley salam, dgn sape xbley salam.. kan dpt dua kebaikan tu, dpt hlg dri sentuh bkn mahram n dpt smpaikan ilmu islam,fardu ain lgi..

  2. Kekdg xpyh ckp xblh salam pun xpe sis. Sy dlu pn cmtu tp dgn sdare2 sdiri. Bile dorg dtg or sy dtg rumah dorg, sy salam yg pmpuan je pastu terus lari p tmpt laen. Tp xde la buat muka sombong. Mule2 siap kne mrh lg dgn parents sy sbb salam ni bg kebnyakan org mcm tnda hormat. Tp sy ckp dgn dorg mmg xblh salam n sy xkan consider bnda ni. Bab tutup aurat pn same. Pernah kne perli dgn mkck ade kurap ke sbb bertutup smue. Sy sengih buat bodo je. Lelama org phm plus skrg kt fb pn ramai yg share psl aurat n salam dgn org bkn muhrim. Chaiyok2 kuatkan iman sis…

  3. tak perlu lari. cara bagaimana kita nak elak bsalam dgn bkn muhrim ialah Kita tunduk kepala sikit dan letakkan tangan kita di dada dlm keadaan bsilang. Itulah caranya jika org blainan jantina hulurkan tangan. Biasenya org tersebut automatic akan faham kita xboleh salam. Tp kalau dia xfaham juga, ckp dgn elok.. maaf ye.. kita xboleh bsalam sbb bkn muhrim. Kalau dia ckp dulu kau salam je? Kita jwb dgn bhemah. Maaf. Dulu saya tidak tahu tetapi bila dah belajar rupanya xboleh.. gitu.

  4. Muhrim tu org yg melaukan ihram haji atau umrah.. Mahram ialah orang yang diharamkan khawen ngan kita.. So ‘bukan muhrim’ tu tak tepat.. ‘Bukan mahram’ tu lebih tepat.. Keliru mak..

  5. Kalau dia hulur, kita salam. Takut malu pula dia. Kalau tak, biarkanlah. Tak nak pula kita ikut syariat sambil memalukan/ jatuhkan air muka orang lain kan

  6. senyum je, xpyh gtal2 hulur tngn nk rase bersalah bgai..baik rase bersalah dgn org dari rasa bersalah dgn Allah.dah tau slh,klau wat dosa.baik akk pgang khinzir lgi dri slam diorg.. senyum n geleng or wat lambang X pkai tngn.

  7. Dulu akk pn srba salah bila adk2 ipar lelaki & ank buah lelaki suami nk bsalam..kdg nk jaga air muka dorg smbut juga salam..hrpkan suami tegur adik2nya mcm tak je..tak sudah akk beralasan ada wudhu’… Lama2 dorang pn dh faham..alhamdulillah.. Dgn bapa saudara sblh suami pn since berkahwin mmg x prnh bersalaman..sekadar anggukan je.. Mungkin ada yg anggap mcm krg respect org tua..biarlah..perlahan2 dorang akn faham sendiri

  8. Tahu antara tips nak ‘mengelat’ untuk bersalam dengan bukan mahram,

    Contoh pakcik kita,
    Tapi yang bukan adik beradik mak ayah kita.
    Kira bukan mahram kita.

    Just said.

    “Maaf, ada wuduk.”

    Kadang kita faham,
    Tapi orang lain tak faham.

    Kadang kita dah usaha elak,
    Tunduk kepala and just senyum.

    Tapi orang still tak faham.

    Huhu.

    Moga Allah bagi kefahaman agama pada semua.
    Aamiin.

    Raya raya juga.
    Tapi syariat Allah jangan lupa.

    #TarbiyahSyawal

  9. Labuhkan tudung dik.. Kalau terpaksa juga salam sebab orang dah hulur, salamlah dalam keadaan tangan berlapik kain.. Selagi boleh elaklah..siap2 lambai tangan masa dia masih jauh dan kata terima kasih atau selamat hari raya..lepas tu menyorok belakang husband .. Lama2 orang faham in shaa Allah..

  10. Pakai tudung labuh, bile non mahram hulur tangan alas guna tudung labuh tu. Another way maybe bole cakap, ade wudu’ nak gi solat.

  11. Dlm keluarga awk, siapa lgi nak tegur klu bukan awk yg baru faham ni. Nnati ajak suami dan satu keluarga buat solat jemaah sama2. Suami awk atau mungkin ayah awk tegur. Maksud sy buka topik selepas solat tentang aurat. IDr situ masing2 akan faham. Bg sy kita nak nasihat klu topik agama jgn rasa MALU. Awk cakap cara baik, apa yg sy dgr dr ustaz begini begitu dan dr mazhab syafie, perempuan auratnya begini. Jadi kita semua kene saling beringat dan selalu ckp sama2 apa kita buat ni menolong antara kita di padang masyar. Selalu buka topik agama klu bincang, Biarpun dia rasa pelik, jawab jelah saja tibe minat bab agama dah tua. Nanti dia yg bertanya akan faham

  12. Klo kt kmpung², tnduk je n tgn kt bwh. Ko amek brisan last skli utk salam. Pstu bg salam or buat² tnye “sihat ke”, and so on. Kdg² pkcik² makcik² tua ni bukan phm pn klo ang duk tnduk smbil ltk tgn kt dada. Lainla klo kt bndar kita mmg terdedah

  13. Kalau ada group whatsapp family boleh share info berkaitan dengan aurat dan siapa yg mahram siapa yg bukan. Nanti diorang paham la tu. Hehe.

  14. Pentingnya ilmu berumah-tangga dan bekerluarga even sebelum kahwin. Suami isteri perlu aware benda ni, bukan isteri sorang, which jadi macam awkward la si isteri je dok pikir mcm mana nak lari2 dari bersalaman, tapi suami pun perlu main peranan, ada inisiatif meng-explain pada keluarga, atau bantu “lari2kan”.

    let say, dah makan2, then sedara sepupu2 pun datang, suami dah tahu dah sepupu2 ni jenis hulur je tgn kat isteri, maka suami kena la pantas2 tolong skip kan…contoh…suruh isteri angkat pinggan mangkuk g dapo buat2 busy…(isteri pun kena lah rela hati ikut arahan..kata nak “lari” kan) tu antara tips je la, boleh buat cara lain yg lebih mendidik keluarga juga~

  15. Tak perlu sound pun awk. Just cakap je “Kita bukan mahram, tak boleh salam” tapi nada kene betul la. Cakap sambil senyum2 n gelak2. Baru tak terasa sgt. Kdg2 diorng ni tak tahu, bukan sengaja. Macam saya dulu, asal orng tua je salam tak cek boleh salam ke tidak.

  16. Haritu aku kena introduce dgn lelaki australian. Biasala foreigner, dia hulur tgn. Aku gagap terus ckp im sorry i can’t, smbil gawang2 tgn nak bgitau takboleh. Lepastu aku silang tgn kat dada which aku pun xtau apa function dia since aku tgk rmai perempuan buat camtu kalau xboleh salam. Lepastu that guy cakap “im very sad” smbil mencebik kat aku. And aku mcm err…….(taktau nk ckp apa). And aku ditarik mmbe aku utk introduce dgn orglain pulak. Fuhh, nervous.

  17. Pernah ada org yg saya hormat hulur tangan nak salam, saya terkedu, lapik tangan dgn tudung baru hulur hujung tgn je. Masa tu automatik buat mcm tu. Sejak dari tu, org tu dah x salam saya sebab dah faham x boleh salam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *