Nak Jadi Pendidik, Haruslah Belajar Cara Mendidik

Setelah membaca confession PELAJAR : KAMI YANG DIDIDIK ATAU KAMI YANG MENDIDIK, (https://iiumc.com/pelajar-kami-yang-dididik-atau-kami-yang-mendidik/).

Saya terpanggil untuk berkongsi pandangan saya sebagai seorang pensyarah yang turut mendidik para pendidik,

Bagi saya, jika anda merupakan pelajar universiti terutama yang dalam course pendidikan, adalah tidak wajar untuk anda rasa terbeban jika harus ataupun selalu disuruh bentang oleh lecturer anda.

This is what we called student – centered learning.

Yes seperti yang confessor nyatakan yang sekarang kita berada di 21st Century Education, so semuanya termasuk sesi pembelajaran mesti lah more kenapa student – oriented, bukan zaman pendidik spoon feed semua.

Dan tidak dinafikan approach “presentation” tu sangat lah popular diguna kan.

Cuba kita pandang dari sudut lain pulak, bila kita perlu present certain topic dalam class semestinya kita kena do some research – ini pun salah satu kaedah pembelajaran.

Pelajar juga kena explore sendiri tidak nya mengharap pendidik yang suap semuanya.

And one more thing, presentation is one of the core skill to become an educator. Jadi tak ada salah kalau kena selalu present pun.

Nak jadi cikgu atau pendidik kena pandai present, kena pandai bagi orang faham apa yang kita cakap, kalau untuk present bagi classmates and lecturer kita faham pun kita failed?

Macam mana nak implement ketika mengajar pelajar sekolah nanti? Sebab tu lah ada sebabnya kenapa most of lecturer yang dalam bidang education ni suka sangat suruh mahasiswa/i pendidikan “present”

So i believed, the reason why lecturer yang confessor maksudkan tu gunakan presentation approach dalam class sebab nya nak students practice.

Kalau dari zaman study takde practice present, practice bercakap nanti bila dah kerja sebagai pendidik ada possibility untuk low self-esteem.

And kalau betul, lecturer tu menyalahguna kan 21st century education seperti yang dinyatakan, dia tk akan add on additional point after presentation.

So to all students out there, kalau kata tetiba ada class ada lecturer or guru suruh kalian present, anggap lah ia sebagai salah satu pembelajaran dan untuk kalian asah skill membentang.

In Shaa Allah, kalau kita buat atau lakukan sesuatu perkara dengan niat untuk menimba ilmu, akan kurang rasa terbeban.

Saya sendiri seorang pensyarah, dalam setiap masa mengajar, akan ada masa saya bg lecture, ada masa student kena buat research on certain topic and present pendapat mereka.

Sekarang ni fasa student – oriented, takkan sepanjang masa lecturer nak bg kuliah saja tambah² zaman study online ni, kalau sepanjang masa hanya lecturer saja membebel mcm mana dia nak tahu keberkesanan penyampaian dia.

Dan saya juga post-graduate student, saya sendiri akan mudah hilang focus kalau sepanjang 3 jam belajar hanya dengar lecture from lecturer sebab otak kita akan penat untuk telan segala information untuk jangka masa yang lama.

So for confessor, saya tak tahu mcm mana sebetulnya anda hadap semasa class anda dan jika anda rasa tidak adil dan anda rasa memang pensyarah anda “menyalahgunakan PAK21” sila laporkan kepada saluran yang betul.

Saya yakin setiap ipt mesti di akhir semester akan ada evaluation lecturer kan so gunalah sebaiknya jangan lah korang tanda saja semua bagus atau sebaliknya tanpa menilai dgn betul sebab nak cepat download slip exam.

Itu saja dari saya, maaf jika ada tersalah kata. Gerak dulu paper roger.

– Lecturer yang masih belajar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *