Nak Jadi Penyanyi Tapi Takut Dosa

Assalamualaikum WBT. Aku ada bakat menyanyi & berlakon sejak kecil. Aku rasa aku gifted. Dari kecil aku suka menyanyi dan aku sangat teringin nak pergi ujibakat sana sini. Aku teringin nak nyanyi kat media sosial. Aku yakin aku boleh jadi terkenal.

Zaman sekolah rendah, aku memang penyanyi utama. Aku juga penari. Ya aku juga sangat suka menari & aku rasa itu bakat natural aku. Jadi aku memang kerap buat persembahan.

Tapi setelah mula baligh, aku macam dapat satu kesedaran. Semuanya bermula daripada mimpi. Aku selalu mimpi dunia nak kiamat. Aku selalu mimpi siksaan kubur.

Semua mimpi tu sangat real. Waktu aku tengah nyanyi atas pentas tiba-tiba dunia kiamat. Ya it seems so real until aku decide untuk berhenti menyanyi.

Sekarang usia aku dah menginjak 30-an. Tipulah kalau aku cakap tak rindu nak menyanyi & menari. Aku suka tiru tarian kpop dan aku rasa aku boleh buat lagi bagus daripada dancer kpop. Aku boleh reach high note sampai aku rasa aku boleh je masuk big stage atau One In a Million.

Kadang-kadang ada juga keinginan nak masuk realiti show korea yg nyanyian tu. Aku rasa aku ada je bakat tu. Tapi dalam masa yang sama, aku takut dengan Allah. Seminat mana pun aku dengan industri muzik, aku lagi takut dengan Allah.

Aku akur bahawa industri muzik ni banyak dosa daripada pahala, lagi-lagi aku ni wanita. Suara wanita menyanyi itu aurat. Jadi aku tak nak meninggal dalam keadaan aku berdosa kerana dedahkan aurat (suara).

Aku akui iman aku ada naik ada turun. Kadang-kadang aku rasa gila nak menyanyi, aku on Instagram atau TikTok lepas tu buat live dan aku betul-betul nak menyanyi.

Tapi tak lama pun aku live sebab takde orang tengok. Mujur takde orang masuk live aku. Haahaha pastu aku cancel nak menyanyi. Aku rasa Allah masih nak selamatkan aku.

Banyak kali jugaklah cubaan untuk aku expose suara aku di media sosial tapi semuanya tak menjadi. Aku sangka baik Allah memang sayangkan aku. Kalau nak expose suara je mesti ada halangan. Aku bersyukur sebab aku masih terselamat daripada tipu daya dunia.

Pernah satu hari aku tengah ditimpa musibah. Jadi waktu tu aku terfikir nak nyanyi kat media sosial, manalah tau aku viral dan aku boleh review macam-macam benda. Tapi semuanya tak jadi sebab iman aku berjaya selamatkan aku daripada terjerumus ke dosa itu.

Sebenarnya, aku dah banyak hasilkan lagu. Aku suka cipta lagu waktu bosan. Tapi sayangnya lagu tu hanya dalam simpanan aku sahaja dan tak boleh nak dijadikan lagu untuk diperdengarkan kepada orang ramai.

Aku rasa, kat Malaysia ni ada banyak je bakat terpendam macam aku. Ramai je orang Malaysia hebat bab menyanyi & menari cuma faktor agama menghalang kami daripada berbuat demikian.

Aku bersyukur Allah pelihara aku ke saat ini. Suara wanita itu aurat. Kalau aku mati waktu tengah menyanyi, agak-agak aku husnul khatimah tak? Kalau aku dapat duit hasil menyanyi, agak-agak suci dan halal tak duit gaji tu?

Nak akhir zaman dah. Doakan aku moga istiqamah di jalan Allah. Aku tak nak menyanyi sebab obviously haram untuk wanita. Tapi aku teringin nak mengaji kat TikTok sebab kawan-kawan semua cakap suara aku sedap.

Tapi wanita mengaji yang melunakkan suara pun tak boleh. Serba serbi tak boleh. Korang rasa apa patut aku buat?

– Bukan siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Pokoknya jgn. Salah satu tanda akhir zaman ialah, banyak nya penyanyi wanita. Jadi kalau dpt tahan, tahanlah, jgn lah kita menjadi penyumbang kpd salah satu ciri2 akhir zaman ni.

    Akak ambil jer bakat2 akak tu, sbg hadiah drpd Allah utk akak hiburkan diri akak. Bosan jer, kita boleh nyanyi. Bosan jer boleh dancing, buat workout. Nanti dh kahwin, boleh expose kat laki. Ada jugak audience hehe. Okeng take care, semoga dipermudahkan segalanya utk akak. Tahniah buat akak jugak sbb dpt tahan diri, susah nak buat tu, tak semua org boleh buat.

  2. Penyanyi2 bertudung tutup rambut dah mcm barah merebak dlm masyarakat

    Jgn ditambah lagi.
    Jgn tutup kemungkaran dgn nama ugama iaitu bertudung.Dtg kan fitnah pd ugama penyanyi bertdg terkinja2 atas pentas.Yg dah jd hajjah pun sama naik.

    Asal bertudung tu dh kira maksum.Joget..manja..lenggang lenggok menggoda org tu blkg kira.

    Pernah dgr para alim kata.Wanita yg berharga iaitu anak Nabi,Sayaditina Fatimah az zahra adalah wanita yg tidak mahu melihat dan dilihat oleh org.
    Maksud di sini dia jaga dirinya hinggakan waktu dia meninggal sekalipun dia pesan agar mayatnya terus dimasukkan dlm keranda agar tiada siapa yg melihat bagaimana wajah dan bentuk tubuhnya.

    Semoga sis dan kaum wanita semua istikomah tidak tergolong dlm golongan wanita jahiliah zmn moden.Amin…amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *