Hi, saya Frederin. Perempuan 34 tahun. Saya ada plan nak kahwin, cuma saya rasa kahwin ni susah.
Bila single selama ni takda masalah rumit2, masalah2 bodo nak kena buang masa fikir.
Selama single saya ada kebebasan hidup, buat apa2 dan pergi mana saya nak, belanja ikut suka hati saya.
Saya independant sebab memang dah di didik begitu. Duit saya terlebih cukup.
Saya luah sebab saya stress dengan proses nak kahwin. Saya dah pilih tarikh yang saya nak sejak tahun lepas, cumanya tarikh tu hari rabu.
Tapi pihak keluarga sana asyik cakap tak sesuai sebab orang kena ambil cuti dan sebab adik perempuan kepada pihak sana pun nak kahwin.
Bakal adik ipar pilih tarikh tahun ni, tapi tertangguh-tangguh banyak alasan.
Sepatutnya mereka tunang tahun lepas, tangguh ke tahun ni. Saya yang sepatutnya tunang awal tahun haritu, tangguh ke bulan depan.
Kami baru nak tunang, depa announce tarikh kahwin depan bulan january 2025 dengan alasan, dewan tak ada, duit belum cukup. La ni baru bagitau dewan depa available bulan 2 ja.
Kami macam mana? Keluarga sana suruh kami tangguh ke tarikh lain. S
aya tak boleh buat decision apa2 (pilih dewan, pilih vendor etc) sebab tarikh tak menentu. Sudahla nak pilih vendor pun susah.
Saya pilih nikah dulu, kenduri kemudian tapi pihak sana kata susah nak cuti etc, kesian kat depa takdak keluarga boleh hadir nikah tarikh saya nak sebab dah hadir kenduri bakal adik ipar.
Adik perempuan depa bagi priority buat apa2 decision ikut kehendak dia tapi saya pun perempuan, saya pun boleh buat decision atas kehendak saya.
Tapi saya jadi bola ja ni kena tolak sepak ikut dan and kena akur dengan pilihan dan keputusan orang lain.
Saya terasa. Saya cuba ketegaq, tapi takut bergaduh bermasam muka. Belum kahwin takkan nak masam kan?
Tapi saya dah mengalah lama. Bayangkan bila saya ikut kehendak orang lain, lepastu kahwin rasa sedih rasa menyesal rasa kecewa sampai bila2 sebab apa yang saya nak buat saya tak dapat.
Lagipun tarikh nikah kekal sampai bila2 bukannya boleh tukaq. Haih.
Apa pendapat readers? Patutkah saya ketegaq ikut kehendak saya, patut ka mengalah kat adik depa, patut ka tangguh nikah. Tahun depan 35 dah oi. Apa patut saya buat?
– Frederin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sy 35 dh uii, calon pun mcm chipmore. frederin kalau dh ada niat tu, teruskan ja,.. cakp2 org ni plg kurang 3 bulan ja jd hot issue. kita yg nk hidup yg nak lalui alm rumahtangga ni..anggap ja ujian tu sbg perasa dan rencah kehidupan. adk beradik yg xdapat hadir pd hari kejadian tu jgn diambil kisah sgt..nt ada masa terluang pergilah melawat adk beradik sambil bawk pasangan.
Salam,
Al kisah ada satu budak cantik manis nih, dia nak minta cuti kahwin, manager situ ready nak sign, semua orang fikir hari Jumaat lah waktu dia nak nikah, untunglah hari paling berkat tuh. Rasulullah SAW galakkan umatnya menikah hari Jumaat. Nak sanding lantak lah yer, 3 bulan lepas nikah pun boleh sanding, nak sanding lepas anak pertama pun boleh.
Peliknya dia nak cuti Isnin. Kahwin mende Isnin, Dia kata hari tuh bagus, bagus untuk semua hal, rumahtangga, rezeki. Manager dia pun bengang lah, tanya siapa yang bagi kau rezeki dari kau kecik sampai besar panjang nih, dia jawab Allah SWT, ada ke selain Allah SWT yang boleh bagi kau rezeki, dia jawab tak ada. Apa Allah SWT kata tentang hari Isnin, pandai pula dia jawab puasa sunat Isnin. Manager tanya dia belajar dari mana hari Isnin bagus untuk nikah, dia jawab adalah.
Manager pening sebab Isnin ada product baru masuk, budak tuh gigih kata hari Isnin tuh memang elok. Tak nak tukar hari. Manager dia tambah baran, bagi syarahan, jangan kau nak membelakangkan Allah SWT. Mana mana ajaran yang tak ada dalam Al Quran dan Hadith Sahih jangan kau amalkan. Kau tuh org islam.
Long story short dia kahwin, 4 tahun kahwin tak ada anak, 4 kali gugur, badan kurus kering, tak cantik lah macam dulu, budak department dia kata dia join group bukan bukan, percaya benda itu ini. Bergantung hidup dengan hari, warna, tarikh, bulan, kawan kawan dia suruh stop, syirik bergantung dengan sesuatu kecuali Allah SWT, dia degil, kawan kawan seret dia jumpa tok imam masjid. Alhamdulillah dah tak amal benda mengarut, anak dah 2, makin cantik.
Tutup Salam.
Ms aku dulu, i don’t care. Nak kawen tu aku bkn org len. Nak dtg, dtg, xnak sudah. Yg penting org nak kawem dgn wali je. Sikit pom aku xtya org lain pasal tarikh, sume tetapkan sendiri tok belah aku. Belah laki aku, aku ckp xkesah keluarga dia nak bincang mcm ne yg pasti aku nak tahu 1 tarikh yg xde ubah2. mengada2 kita cancel je majlis sblh dia. Settle… Tpkan nampak situ family dia mcm yellow flag…