Nak Kahwin Pun Susah

Assalamualaikum warga IIUMC,

Terima kasih kepada Admin yang sudi menyiarkan confession ni. Ni luahan dari aku sendiri yang semakin terbeban dengan keinginan dunia sekarang. Aku seorang wanita, umur 26 tahun dan bekerja di syarikat swasta. Keinginan aku sama macam korang jugak, nak mendirikan rumah tangga apatah lagi dengan desakan pertanyaan bertalu talu dari orang ramai kan. Tapi itu aku tak berapa kisah la sangat, bab tu aku steady lagi. Tapi biasalah dengan peringkat umur macam ni, bergasak gasak kawan seperjuangan kau kahwin kan. kawan main guli sama-sama pon dah siap anak 2-3 orang. ok takpe aku cuba steady lagi

Jadi goyah bila kawan special aku mula pasang niat untuk lebih serius. Tapi realiti sekarang, nak kahwin makin jadi susah. Kahwin dengan orang tak dak kerja gelap la “rumah’ korang ; kahwin tak pasang pelamin grand, maka jiran selang 60 buah kampung pon terhidu dan mula perlekehkan ; anak ada degree kena dapat pasangan pakai kereta import ja, kalau tidak siap la korang jadi contoh yang tidak elok di ikuti.

Apa yang aku nak sampaikan, macam mana rumit nya kehidupan aku untuk melansungkan niat ni. Baru baru ini aku diberi kekuatan untuk confess niat kami kat mak bapak aku sendiri (family dia so far ok , jadi aku agak tak dak masalah sangat), aku pernah cuba sebelum ini tapi penerimaan mak ayah aku tak berapa ok. Sekarang aku cuba kuat hati lagi sekali.

Calon aku ni biasa sangat orangnya, kerja kampung, duduk pon dengan mak ayah dekat kampung. Ada orang akan label dia pemalas, tak nak cari kerja tempat lain. Tapi aku yang dah 8 tahun kenal dia, walau pon kerja dia macam tu, aku nampak macam mana gigih dia cari duit & buat simpanan, bayar itu ini. Sampaikan adik-beradik dia yang kerja kat bandar tu pon balik minta pinjam duit dengan dia. Pelajaran apatah lagi. Sekadar habis sekolah tingkatan 5. Kalau di pikirkan taraf memang jauh aku dengan dia. Tapi aku benci orang letak kan taraf dan darjat. untuk apa semua tu.

Same goes to my parents, pekerjaan dia jadi taruhan. Katanya nanti tak hidup senang sebab dia tak ada gaji tetap, tiada jaminan kehidupan. Penampilan dia bukan juga macam orang lain, dia pakai apa saja yang dia selesa. Kadang aku je yang bising minta dia jaga penampilan supaya nampak kemas. Selama 5 tahun aku cuba untuk ubah pandangan mak ayah aku terhadap dia.

Aku pilih dia sebab aku nampak sesuatu pada dia. Sekarang, ayah aku perjudis sangat dengan dia. Aku jadi sedih bila ayah aku tolak mentah-mentah tanpa sikit pon pertimbangkan. Mak dah dapat terima sedikit. Tapi dalam keluarga aku, ayah yang berkuasa buat keputusan. Apa kemampuan aku lagi. Aku juga perlu kehidupan lain. Aku down dengan siapa diri aku sekarang.

Sampai aku terniat kalau betul ayah tak terima dia, aku akan mohon kahwin pakai wali hakim. Sedih jangan cerita la, hampir tiap hari air mata keluar ja. Aku sedih sebab ayah aku tak sokong kehidupan aku. Selama hari ni aku buat apa yang dia mahu, apa keputusan ayah aku ikutkan. Apa aku nak buat aku pasti akan tanya ayah dulu, sebab aku sanjung dia sebgai seorang ayah & seorang yang berpengalaman dalam hidup.

Bila dah sampai peringkat macam ni, aku tak pernah terbayang hidup aku macam ni. Aku nak mak ayah aku bahagia bila tiba hari bahagia aku. Tapi sekarang aku macam dah nampak bayang hari bahagia aku cuma di pejabat agama. Betul atau tiadak aku pon dalam dilema.

Mak aku ada juga cakap, tunggu lah kot nanti jumpa calon sesuai. Sampai sekarang weh, tak dak pon muncul calon yang di idamkan tu. Nak harap aku yang pergi tackle ke macam mana, aku perempuan kot. Aku memang tak reti nak berkenalan apatah lagi nak mencuba nasib dengan orang lain. Kawan-kawan aku layan macam kawan tak dak pula simpan perasaan lebih-lebih. Aku guna konsep hormat, jadi kalau korang kawan aku aku hormat korang sebagai kawan, aku tak kan pergi lebih dari tu.

Aku faham kenapa ayah aku macam tu, sebab keadaan semasa, anak-anak kawan dia yang bila buat majlis semua orang akan keluar ‘wow’ di mulut.
Seorang ibu dan ayah yang mengimpikan majlis yang gah, menantu yang hebat. Tapi semua tu aku tak mampu. Aku cuma percaya selagi ada rezeki selag itu aku cuba berasa cukup dengan apa yang aku ada.

Kalau boleh, aku tak mahu bertindak membelakangkan mak ayah, aku nak mak ayah berlapang dada dengan apa yang aku akan buat dalam hidup aku, aku tak mahu nikah di pejabat agama, aku juga mahukan majlis walaupun kecil-kecilan, aku nak mak merasa rasa dapat menantu macam mana, Apatah lagi untuk ayah yang jaga aku cukupkan makan minum aku, sara pelajaran aku, segala nasihat teguran sepanjang 26 tahun ni, aku tak sanggup luka kan hati dia.

Semuanya atas aturan yang Allah dah tetapkan. Mungkin ini cuma ujian kecil untuk aku yang aku sendiri terasa berat. Doakan lah supaya urusan aku berjalan lancar. SemogaAllah membuka pintu ayah untuk terima semua ni. Aku masih dilema, aku ingin kan kehidupan dengan lelaki yang berjuang untuk jadi kan aku isteri tapi aku juga tak sanggup ayah terluka dengan semua ini.

Dunia memang kejam, tapi kita lagi kejam jika menghancurkan hati yang kita sayang. Sampai aku sendiri yang terhimpit dengan situasi sendiri.

– min

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit