Nak Kahwin Tak Mampu Jadi Kahwin Dengan Tanganlah

Sebelum ini aku pernah tulis confession disini, tapi aku tak ingat tajuk. Jadi aku tulis baru untuk mendapatkan nasihat korang semua.

Aku tak pasti confession ini lepas atau tidak, tapi aku harap lepaslah. Untuk budak bawah umur anda disarankan tidak membaca confession ini.

Dalam confession aku sebelum ini, aku pernah cerita yang aku ni panas baran. Tapi tak pernah sebut pun kenapa aku ni jadi macam itu.

Ye dulu dekat sekolah aku selalu dibuli, dibenci dan dipinggirkan.

Bila aku cuba lawan balik pembuli, aku yang kalah, aku report nama dekat cikgu aku pulak dipersalahkan katanya aku punca pergaduhan terjadi.

Habis sekolah aku pernah tanya orang yang benci aku, wei aku nak tanya satu soalan kenapa korang benci aku.

Jawapan dia “entah, aku tak tahu kenapa diorang benci kau”.

Dalam hati aku, aku tanya kau kenapa kau kata orang lain pula. Adeh.

Tapi aku dapat rasa satu je sebab, sebab muka aku muka minta penumbuk.

Ada polis tengok muka aku, dia cakap muka aku ni biasanya datang balai polis sebab selalu kena buli.

Aku ni pendek dari kawan lelaki aku, tapi aku tinggi dari kebanyakan kawan perempuan. Jadi nak kata kuat itu tak lah, lawan bertumbuk pun kalah.

Pembuli aku pula kebiasaannya yang lebih tinggi dari aku, tangan lebih panjang jadi penumbuk sampai dulu.

Disebabkan aku selalu diam, jadi aku ni menjadi sasaran buli.

Well cukup setakat itu,

Habis sekolah, aku banyak tengok mma, muay thai. Aku tengok walaupun badan diorang kecik tapi berjaya kalahkan orang yang lebih besar.

Jadi aku belajar juga sertai seni pertahanan diri dan baru aku tahu rupanya aku boleh lawan pembuli aku. Kalau dari dulu aku sertai karate agaknya tak ada orang buli aku.

Berbalik pada confession kali ini adalah baran,

Aku jadi baran dekat keluarga bila mana diorang sentuh bab sensitif, aku belajar setakat spm je. Aku belajar tak pandai dan aku tak nak sambung belajar sebab aku rasa tak mampu.

Jadi baran akan datang bila mereka sentuh bab pelajaran ni. Dan aku pun berlawan dengan ahli keluarga, siap tumbuk muka adik beradik perempuan.

Aku baca komen sebelum ini: ada yang nasihat aku jangan berkahwin, silap haribulan kau tumbuk isteri kau.

Ada juga yang nasihat: cari bini pandai silat, kalau perangai setan kau datang bini kau boleh silatkan kau.

Ya aku tahu semua itu dan aku tetap nak kahwin walaupun belum bertemu calon, di usia 30 tahun ni sebenarnya susah nak jadi single.

Ada satu perkataan famous dari jepun.

Virgin at the age of 30 is a wizard and at the age of 40 is sage.

Maksudnya kalau masih dara dekat umur 30 adalah wizard dan pada umur 40 adalah sage.

Setiap hari aku akan buat dosa tangan dan mata, melihat video bukan bukan.

Aku dah cuba tinggalkan, dah pergi masjid solat berjemaah, dah pergi puasa tapi hampeh aku tetap buat juga dosa tangan ini.

Ada yang cakap, cuba kalau kau mati waktu beronani. Well aku dapat stop kejap sebab aku rasa malu kalau mati dalam keadaan laptop tengah terbuka video tak senonoh.

Tapi masih lagi tak dapat berhenti, dari aku dekat laptop aku buka dekat fon. Aku takut juga mati, tapi kegersangan aku mengalahkan ketakutan.

Patutlah ramai cakap kalau kau masih lagi dara pada umur 30 kau adalah magician.

Jadi guys apa aku patut buat, aku nak kahwin tapi tak mampu, plus aku takut jadi panas baran.

Tak kahwin, setiap hari aku jadi gersang dan buat dosa tangan (onani).

Aku pernah berjaya dalam seminggu juga berhenti, tup tup aku mimpi bersetubuh dengan wanita cantik. Esoknya gersang itu datang semula.

Aku nak keluar dari semua ini tapi aku belum jumpa jalan keluarnya.

– Robert (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

13 Comments

  1. cuba pergi gym dik. bila badan penat, xkan terfikir bnda/perkara x elok. jgn bg ada wktu lapang.. isi masa lapang dgn perkara2 bermanfaat..

  2. Cmon la bang, bangkit ubah hidup tu. Cuba fikir cara utk majukan diri. Jgn la asyik rasa inferior sgt dgn diri sendiri sentiasa sayang diri, puji diri, yakin utk berjaya. Ko ingat orang yg dah kawin tu sex setiap hari ke? Tak pun bang. Badan penat, otak penat, fikir cari duit utk anak bini. So tak fikir sgt pun sex. Ko ni asyik fikir sex sbb badan n otak ko tak cukup penat memajukan diri, jd asyik fikir blue je. Cmon bang, umur da 30 takkan nak forever camni. Ko nak kawin kan? Perempuan suka laki yg bertanggungjawab, yg ada provider mindset. Kalau ko boleh ubah mindset ko, mesti ada girl yg terpikat nak kawin. Cukup2 la baran tu, dulu remaja okay la, now umur dah 3 series tenang2 je. Wake up brother!!!

  3. 1. Settlekan panas baran encik dulu.
    2. Perlahan2 cari pasangan hidup dan cuba jujur dengan dia akan kelemahan2 awak. Dan jgn lukakan hati dia dengan onani atau tgk porn. Jgn lukakan hati dia kalau dia seorg yg terma kelemahan ketagihan awak

  4. ubatnya, kawin la TT. duit boleh cari. kalau taste nak yg cantik2 je tp poket sendu, sampai ke tua jela main sabun. lol

    • Kalau kawin pun nanti mati pucuk sebab dah biasa tgok porn + onani. Dahlah panas baran. Hari2 bini jadi punchbag. Buat aniaya anak orang je.

    • Kalau kahwin tak semestinya hilang ketagihan 0nani ye. Dan die pun mengaku die jenis panas baran, so better improve diri sendiri dulu sebelum berkahwin. Orang non muslim pun ade buat support group untuk no fap. Ada yang sampai bertahun tak 0nani dah. Pokoknya, die kena ubah diri sendiri dulu.

  5. Kalau kau nak kawen, nak ada anak, stop beronani skrg. Sbb chances utk kau mati pucuk awal boleh jadi tinggi. Aku ckp berdasarkan pengalaman.Kau boleh google keburukkan beronani dlm jangka masa panjang. Harap kau boleh berubah walau apapun alasan sblm terlambat.

  6. 1. Adik, jgn kawin sebab ko gersang. Sb percaya atau tak, even dh ada bini pon, kau masih akan buat mcm tu. sb benda tu adelah ketagihan. bukan sebab ko tak kawin lagi. so yeah, malang bini ko nanti. berapa ramai suami dlm iiumc ni yg kaki porn, so yeah kawin tak kawin takda beza
    2. Pasal buli. Ko tak bersalah apa pun dik bila dibuli, si pembuli tu yg masalah. dan perbuatan tu terkutuk. takda kaitan dgn muka ko. Dan Sebenarnya, mangsa buli jadi pembuli ni mmg ada je. Cycle berulang. Dia sakit hati jd mangsa buli, tp dia pulak jadi pembuli. So kau dgn pembuli dekat sekolah tu takda beza la. dua2 terkutuk. Tapi sekurang nya pembuli dkt sekolah kau tu tak tumbuk adik perempuan dia.
    3. Malas nk bagi tau pasal dari sudut agama, or ayat2 sebab kau tau semua tu tapi kau tetap juga nak buat. Jadi kau ni walau pon belajar seni pertahan diri, tapi kau lemah. Lagi lemah dari pondan la lebih kurang. Laki lemah je tak boleh kawal nafsu. Kan?
    4. Pasal tak sambung study, itu pilihan, kalau dah tak minat, cari bidang yg minat. Mungkin seni lukis, atau bahagian baiki kereta. Banyak kolej kemahiran dan giatmara. Atau kalau mmg tak nak sgt timba ilmu. Buat dua keje. bila busy badan penat. Oh dan, cuba kau bukak laptop dgn video lucah tu dkt ruang tamu masa semua family kau ada tengok tv. Ada tak rasa nk buat mende tu? Kau boleh je control dik, tapi Kau yang Tak Nak. Mende2 berubah ni kena sendri yg nak. Kalau tak, walau agung suruh kau jangan buat pon, kau tetap akan buat mende tak senonoh tu.
    Point ke 100, tang baran tu, better kau control sebab, org baran ni senang kena sakit jantung dgn darah tinggi. Kau…takut mati kan?

  7. Penipu la panas baran sbb kena buli. Aku kena buli elok je sabar xdak tumbuk orang. Banyak la alasan mengada ngada ko. Muka mintak penumbuk ko tu mesti muka eksyen nk tunjuk hebat. Padan muka mendapat. Ko bukan kena buli. Ko start buat hal dulu, dah lembek pishang pusing pulak kena buli ececehh

  8. Belajarlah cara2 dapatkan solat yg khusyuk.

    Allah berfirman maksudnya;

    “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

    [Surah al-‘Ankabuut 29: 45]

  9. Addiction porn ni salah satu masalah mental, minta bantuan kaunselor. Series kawin takkan selesaikan masalah, sbb percayalah nanti lepas kawin, kau akan tengok jugak dan buat onani jugak.

    Sbb addiction porn ni bila lepas kawin akan menyebabkan macam2 masalah sperti ejaculation xmatang lah, isteri tak dpt puaskan nafsu kau lah, sbb dah pernah tengok lebih kan aurat perempuan dalam fantasi porno. Sbb ni dah melibatkan mental tolong lah jgn ada mindset kawin dpt selesaikan masalah onani ni.

  10. Apa kata, TT. G ruqyah. Cari darulsyifa. Kau google je area mana kau duk. Setiap negeri ada. Pastu stop tengok cerita2 yg boleh buat kau trigger.

    Aku memang cadang kau pergi ruqyah dulu. Sebab ni kira gangguan jugak tw.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *