Nak Kahwin Tak Mampu Jadi Kahwin Dengan Tanganlah II

Terima kasih sudi membaca luahan hati aku, sungguh aku terharu kerana ada yang sudi komen dan beri nasihat yang baik-baik.

Ini link pertama- https://iiumc.com/nak-kahwin-tak-mampu-jadi-kahwin-dengan-tanganlah/

Sebenarnya aku berat hati nak cerita masalah peribadi aku pada orang lain, tapi sebab aku nak jalan keluar daripada masalah inilah aku kongsikan untuk dapatkan nasihat berguna.

Ok berbalik kepada panas baran, ya dulu aku memang panas baran. Gaduh, maki, bertumbuk tapi sekarang ni dah lama aku tak baran macam dulu. Kalau nak gaduh je aku akan terfikir, jangan keruhkan keadaan dengan adik beradik.

Jadi pergaduhan akan tergantung sebab aku dah awal-awal tarik brake, beredar daripada kawasan bergaduh. Aku pun tak tumbuk adik beradik dah, aku sedar sampai bila aku nak jadi baran.

Aku sedar dah hampir 2 tahun aku dapat control kemarahan, kalau terlepas pun tak parah seperti dulu. Cukup hanya gaduh mulut sahaja.

Itu dari segi baran, sekarang ini soal ekonomi pula.

Bagi aku gaji RM 2000 memang tak cukup, nak sewa rumah, makan, internet, air dan eletrik, nafkah lagi, kenderaan. Jadi aku jujur memang aku belum mampu dan aku tak sedia nak kahwin dalam keadaan macam ini.

Kawan aku yang gaji dan umur setara aku pun dah kahwin, aku pelik macam mana dia boleh kahwin. Padahal aku yang belum kahwin pun gaji habis hujung bulan. Macam mana dia dapat uruskan semua itu.

Aku tak duduk diam wei, aku gunakan masa yang ada buat part time bisnes online, tak cukup dengan itu aku ada buat kerja lain. Aku sedang usahakan diri untuk mampu kahwin, mungkin ambil masa 1-2 tahun lagi.

Ada yang suggest kahwin je, nanti Allah akan buka pintu rezeki. Soalnya aku bukan tak nak kahwin tapi aku takut dalam keadaan kewangan tak mencukupi aku menzalimi isteri aku pulak, dia jadi mangsa baran aku.

Kan hukum kahwin ada 5, salah satunya haram. Aku terasa kalau aku kahwin, hukumnya adalah haram sebab tak mampu dan berpotensi menzalimi isteri.

Dulu waktu aku selalu baran, aku kadang nekad juga tak nak kahwin. Hidup single je, tapi bila aku makin berusia aku sedar makin banyak dosa aku buat.

Ketagihan video ni bukan sahaja rosakkan aku bahkan buat kan aku tinggalkan solat.

Contoh kau layan video sebelum nak tidur, esok kau bangun dah pukul 8 pagi. Kadang kau ready nak solat maghrib yang akan tiba 6 minit lagi, tiba-tiba kegersangan datang menyebabkan aku onani dan solat ditinggalkan.

Dan bukan setakat itu sahaja, bila kau layan video bangsa lain contoh korea, jepun, mat salleh. Kau jadi kurang bernafsu pada perempuan melayu.

Ya berbalik pada IG, untuk kaum hawa korang jangan lah letak gambar dalam IG. Lelaki jijik macam aku ni boleh gunakan gambar korang sebagai penambah perisa untuk ber-.

Lagi-lagi sekarang zaman AI, tempek gambar je dah boleh lukiskan korang jadi tak berpakaian.

Jadi sebelum nak upload gambar cantik ada jutaan predator yang memandang. Kalau kau rasa sanggup jadikan gambar itu sebagai modal berahi, upload lah.

Aku faham aku ni loser, tapi loser aku pun aku tak nak loser dekat akhirat nanti.

Sebab itu aku nak cuba berhenti onani dan berhenti tengok gambar ig, baca komik dan video tak senonoh. Kerana perkara ni merosakkan aku dan lifestyle aku.

Sebab itu lah aku tanya nasihat orang ramai, solat dan puasa aku dah buat tapi masih gagal lagi berhenti layan adegan tak senonoh.

– Robert (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *