Nak Kahwin Tapi Tak Ada Perempuan

Aku tulis post ini selepas buat sedikit kajian berkaitan one child policy yang berlaku di China.

Dengar macam bagus kan, penduduk ramai sangat dan mereka terpaksa kawal bilangan penduduk dengan membuat undang undang baru yaitu One Child Policy.

Untuk maklumat, one child policy diperkenalkan dari tahun 1979 sehingga tahun 2015.

Selepas itu dimansuhkan secara formal pada tahun 2016 dan kini setiap ibu bapa boleh mempunyai paling ramai 3 orang anak.

Disebabkan polisi inilah kini China menghadapi masalah yang besar yaitu tak cukup orang perempuan, lelaki nak berkahwin tapi tak ada orang perempuan.

Kerana jumlah penduduk lelaki jauh lebih ramai 5 orang lelaki bersamaan 1 orang perempuan. Jadi 1 orang je boleh berkahwin yang lagi 4 orang tak dapat berkahwin.

Masalah ini menjadi lebih besar di kawasan rural atau perkampungan kerana patriarchy atau diskriminasi terhadap kaum perempuan lebih dahsyat di kawasan kampung.

Penduduk China ketika tahun 1979 ke atas lebih memilih anak lelaki berbanding anak perempuan.

1. Sebab anak lelaki lebih kuat, jadi nak buat kerja berat seperti bercucuk tanam lebih mudah.

2. Anak lelaki boleh mewarisi nama keluarga contohnya Zhou, Lee, Mao. Manakala anak perempuan tak boleh mewarisi nama keluarga.

3. Anak perempuan hanya akan menyenangkan keluarga orang lain sampai mereka ada satu pepatah “A Married Out Daughter Is Like Spilt Water”.

Jadi pada permulaan one child policy, ramai ibu bapa telah dimandulkan. Kerana ramai yang senyap senyap mengandungkan anak tanpa pengetahuan orang luar. Bila kantoi, mereka dimandulkan secara paksa.

Ada yang bila dapat tahu je anak perempuan, mereka terus buang anak tersebut. Yang buang kebanyakan bapa atau mak mertua, sebab mereka nak kan cucu lelaki.

Disebabkan ini ada banyak kes buang anak perempuan, ada yang dibuang di hutan dan dimakan binatang buas, direndam dalam air, dicekik dan ada yang bagus sikit dia buang dekat tempat public contohnya balai bomba.

Anak yang dibuat di tempat public macam balai bomba nasib mereka baik.

Berdasarkan kisah aku baca, ramai orang putih yang pergi China untuk jadikan anak buangan ini sebagai anak angkat. Mereka membesar dan menjadi salah seorang Chinese American.

Aku baca pengalaman mereka, waktu kecil di sekolah. Cikgu mereka mengajarkan sejarah China berkaitan one Child Policy,

Banyak anak perempuan di buang dan ramai mat salleh pergi kutip dan jadikan anak angkat. Menyebabkan dia sebagai anak angkat menjadi tumpuan kawan-kawan mat salleh dia.

Kesannya sekarang, perempuan kat sana demand lelaki yang high level, contohnya ketinggian mesti sekurang-kurangnya 176cm, gaji mesti banyak ni, rumah mesti ada, kereta pun perlu ada.

Jadi orang bujang yang pendek, yang rumah sekadar sewa tak akan dimasukkan dalam list. Yang untung disini mestilah orang perempuan sebab mereka dapat filter lelaki yang bagus untuk dijadikan suami.

Nak buat macam mana kalau lelaki dah 5 orang manakala perempuan 1 orang je. Persaingan nak dapatkan pasangan tersangat lah sengit.

Lelaki yang tak dapat berkahwin ni pun terpaksa belajar cara survive, masak, kemas rumah, kerja, semuanya buat sendiri.

Sebab inilah, aku tengok youtube dari korea kot. Dah lupa sebab lama sangat, mereka cakap bahawa lelaki China ni bagus, mereka sangat baik pada isteri, tolong isteri terutamanya bab2 kerja dapur ni.

Ni aku tak pasti south china or east China, beza region akan beza custom penduduk.

Ok satu lagi, kes pemerdagangan manusia kat sana sangat tinggi.

Mangsa mereka, adalah dari Korea Utara, Vietnam dan juga penculikan di kalangan rakyat China.

Ada satu kes, lelaki ni dah berkahwin dan dah ada anak.

Isteri dia diculik dan dipercayai telah dijual kepada lelaki lain di kawasan perkampungan.

Yang menyedihkan, perempuan yang diculik tak boleh selamatkan diri sebabnya satu kampung berpakat untuk culik perempuan dan dijadikan isteri.

Mereka buat ni sebabnya kampung mereka tak ada orang perempuan. Duit tak ada, miskin, kerja kampung je.

Jadi mahu tak mahu mereka buat cara haram yaitu dengan menculik, tak kiralah perempuan itu dara atau pun dah berkahwin janji perempuan kena culik.

Inilah kesan akibat patriarchy, memilih sangat anak lelaki.

Bila semua lelaki, tak ada orang nak anak perempuan jadi macam inilah. Dekat kampung ada lelaki je, perempuan langsung tak ada sebab dulu dah kena buang ataupun telah digugurkan.

Satu lagi komen menarik aku baca, lelaki China sangat membenci foreigner atau orang asing sebabnya mereka menganggap foreigner menyebabkan persaingan semakin meningkat. Ada perempuan China memilih mat salleh dan sebagainya.

Ok cukup, kali ini aku nak kongsi pula pengamatan aku pada kaum Chinese Hui atau Chinese Muslim.

Ada youtuber Old Watch Ma, dia selalu rakam berkenaan China dan kawasan muslim di sana.

Rata-rata perkampungan disana ramai orang perempuan, mungkin sebab agama kita menaikkan status orang perempuan menyebabkan mereka ini tak diabaikan atau dibuang disana.

Chinese Muslim ni pula memilih, dia akan pilih lelaki muslim juga. Dia tak akan pilih Chinese Han yang bukan islam jadi semakin sikit lah orang Han yang dapat berkahwin.

Quote terakhir sebelum aku tutup confession ni, copy dari youtube.

China: I want a Male child!

Also China: Why my perfect sons cannot find a wife!?

Ha fikir fikirlah sendiri.

– Zhou Qing Bai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. I loved as much as you will receive carried out right here The sketch is attractive your authored material stylish nonetheless you command get got an impatience over that you wish be delivering the following unwell unquestionably come more formerly again since exactly the same nearly a lot often inside case you shield this hike

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *