Nak Kerja Apa Nanti?

Assalamualaikum dan terima kasih sebab post confession ni.

Aku sebenarnya nak cerita pasal adik aku. Adik aku lelaki dan belajar kat kolej vokasional. Aku tahu dia belajar kat kolej vokasional ‘jea’. Ambik diploma ‘jea’. Tapi siapa korang nak judge orang?

Bila ada kawan2 aku tanya adik beradik kau belajar apa, aku pun ceritalah ada yang belajar dentist dan lain-lain. Dorang punya expression takjub giler. And dorang tanya lah adik kau pulak belajar mana? Aku cakap lah belajar kat kolej vokasional. dan soalan first yang dorang tanya ialah:

“NAK KERJA APA NANTI?”

Aku tak kisah kalau korang nak tanya macam tu sebab mostly ramai yang tak tahu pasal kolej vokasional nie kan. Tapi bila korang tanya dengan expression muka macam nak kena penampar, memang aku geram ah. Dah lah tu soalan first yang korang tanya.

Memang orang yang ambik dentist,lawyer etc jea eh yang boleh dapat kerja?

Korang pandang kejayaan tu macam mana sebenarnya ah?

Dengan harta yang banyak? Sampai bila je harta tu akan beri kau kebahagiaan?
Dengan keputusan exam? Sampai bila je korang nak berbangga dengan keputusan exam korang tu? Setahu aku lah kan, time kerja nanti, boss kau tak tanya

“Adakah anda selalu dapat no 1 ketika di sekolah dulu? Berapakah keputusan UPSR anda?”

Tapi kalau ada boss yang tanya, aku minta maaf sebab bagi statement yang salah.

Orang diploma memang tak boleh berjaya eh? Memang orang degree,phd je ke yang boleh berjaya?

Sejak adik aku belajar kat kolej vokasional, aku nampak perubahan yang ketara kat diri dia. Dia makin happy. Mungkin sebab dia dapat kos yang dia nak. Dan dia start post benda2 tentang Islam,tentang Allah. Dia pun makin kerap solat jemaah kat rumah. Aku sebagai akak, tak ada benda yang lebih mengembirakan aku selain tengok adik aku berubah. Dan aku harap dia istiqamah.

Satu je yang aku nak korang ingat, kejayaan yang korang banggakan sangat ni, korang takkan dapat kalau bukan sebab izin- Nya.

Bagi aku kejayaan yang sebenar bila kau buat sesuatu tu hanya untuk dapat keredhaan Allah. Dan bila kau tak lupa Allah tak kira masa kau susah atau senang. Tak kisah lah kau kerja kutip tin sekali pun, tapi kalau kau buat tu hanya kerana Allah, kau lagi hebat dari semua orang yang ada gelaran Dr.

Kau nak ilmu, tapi kau lupa siapa Pemilik ilmu. Kau nak berjaya, tapi kau lupa siapa Pemberi kejayaan.

Ingat, sepandai mana pun kau, ada phd sekali pun, kau tak ada beza dengan budak sekolah rendah. Kau still pernah typo time tulis. So, tak yah lah nak bangga sangat dengan diri kita ni.

Biar kita tak terkenal kat bumi, tapi cukuplah kita terkenal kat penduduk langit.

Peringatan untuk diri sendiri jugak. Wallahualam.

p\s: Maaf kalau bahasa agak kasar. Yang baik tu korang ambik lah buat teladan, yang buruk tu korang campak jauh2 kat laut.

Yang benar,
Akak

– Akak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit