Hai. Straight to the point. Aku anak ketiga dari lima orang adik beradik. 4 orang dah berkahwin, tinggal si bongsu belum lagi sebab baru habis sekolah.
Baru kehilangan emak 2 tahun lepas akibat covid, masih ada ayah tapi ibarat tiada dan ayah baru setahun kahwin baru. Jadinya kami ada mak tiri.
Dari awal mak aku meninggal, ayah aku tak kerja. Alasan risaukan adik-adik aku dekat rumah, masa tu adik no 4 tak kahwin lagi (perempuan) dan yang bongsu (lelaki) masih sekolah menengah. Alasannya macam tu lah, semangat hilang, risaukan anak-anak dekat rumah.
Tapi kebanyakan masa, dia akan pergi perjumpaan group berhari-hari tak balik (group cari jodoh). Jujurnya kami tak pernah kesah ayah nak kahwin dengan siapa, sebab tahu mesti dia sunyi walaupun baru 2-3 bulan arwah mak meninggal, kubur pun merah lagi.
Panjang, tapi aku cuba pendekkan. Dia akan selalu membebel segala kesalahan adik-adik aku pada aku. Tapi dia sendiri tak tegur depan-depan. Dan ayah masih tak kerja. Tapi asyik perjumpaan sana, perjumpaan sini.
Tuptup surat lelong rumah (6 bulan tertunggak) pun sampai. Dia minta tolong adik aku yang perempuan untuk bayarkan dulu, kiranya dia pinjam duit adik aku (5k).
Adik aku bagi, sebab kami memang sayangkan rumah tu sebab banyak kenangan. Lepastu ayah aku kata, hujung bulan dia akan bayar, sebabnya masatu kwsp dia dah boleh keluarkan sepenuhnya.
Ohh lupa, mak aku meninggal umur 55 tahun, jadinya kwsp mak aku pun boleh keluarkan separuh. Mak aku keluarkan sikit je sebab lebih tu dia simpan nak bawak pergi umrah katanya. Tapi tak sempat sebab dia takda. So balance dalam kwsp ada dalam 10k.
Masa ayah aku dah bayar duit dekat adik aku tu, bermakna kwsp dia pun dah keluarlah. Lepastu aku tanya, “kwsp mama bila boleh keluar yah? Sebab untuk adik tu kena simpankan sikit sebab adik nak sambung belajar nanti”.
Ayah aku cakap, “mana ada dah. dah habis buat bayar hutang”. Maknanya ayah dah keluarkan kwsp mama dan habiskan tanpa pengetahuan kami semua.
Sampailah dia pun berkahwin dengan mak tiri. Kami 5 beradik siap datang meraikan pernikahan dia. Mak tiri ada anak 3 orang, tapi tiga² tak tunjuk muka langsung masa hari pernikahan.
Selang sebulan mereka menikah, ayah kata nak buat kenduri sikit supaya orang tahu dia dah menikah. Kami sebagai anak iyakan aje. Janji ayah bahagia. Dia order katering untuk 200pax, tambah dia masak lagi, siap dengan kad kahwin bagai. Lepastu siap minta akak aku buatkan pelamin.
Hari kejadian, aku datang la. Terkejut aku sedara mara tanya “betul ke adik awak nak tunang”. Aku terus tanya adik aku, adik aku kata, “mana ada… kan dah setuju takyah tunang, nak nikah terus. Makcik (mak tiri) tu yang mandai² cakap orang nak tunang”.
Dan di hari kejadian jugak, dia beria² minta jumpa bakal mertua adik aku, kau tahu dia cakap apa “saya nak sekarang akak pegi beli cincin, bawak datang sini dan tunangkan diaorang berdua”.
Aku naik hangin ler ape lagi. Dia orang baru, baru sebulan jadi mak tiri, kenapa dia beria nak aturkan itu ini sedangkan urusan adik aku tu aku dengan akak aku dah uruskan dari awal. Dah bagitahu ayah dah pun. Tapi mase tu ayah aku diam je tengok aku berangin dengan bini dia.
Start dari tu, mak tiri asyik cari pasal dengan adik-adik aku. Sampai adik aku dah kahwin pun cari pasal. Majlis adik aku tak habis lagi, dia dah ajak ayah aku balik.
Kami mulanya layan dia elok je, tapi sebab mulut dia suka memburukkan dan membawang hal anak beranak kami dengan jiran-jiran (aku dengar sendiri), memang masing² layan seperti angin yang berlalu je.
Oh ye, ayah aku jarang sekali bagi duit dekat adik aku lagi-lagi yang masih sekolah tu. Aku, akak aku dan pakcik aku yang akan hulur sikit² dekat dia untuk beli apa patut. Tuang minyak moto, beli baju, kami semua tanggung.
Ayah? Kalau bagi pun RM20 macamtu. Agaknya duit dah habis, dia start buat wiring.
Masa awal mama meninggal ayah minta gelang tangan mama. Ayah kata nak simpan untuk guna kot² adik nak belajar nanti takde duit ke. Rupanya, diam-diam ayah pajakkan gelang tu dan buat badal haji untuk mama.
Lepastu dia minta tolong pakcik aku pulak untuk tebuskan. Lepas dari tu, senyap pasal gelang. Itu gelang kesayangan arwah, mama dulu hari-hari pakai. Dan mulut ayah kekal “takda duit” itu je disebut bila jumpa.
Kiteorang jadi tertanya-tanya, mana pergi duit kwsp dia? Mana pergi kwsp mama? Takkan 10k habis bayar hutang? Tapi bank-bank segala masih cari jugak, ayah masih tertunggak hutang sana sini jugak.
Sampailah harini, adik aku nak sambung belajar, tapi duit takda. Aku cakap “takpe, belajar je, mama dulu ade tinggalkan duit dekat akak ni”. Tapi sebenarnya aku tipu. Takda duit apa-apa pun.
Tapi sebab aku kenangkan amanah mama pada aku, aku nekad nak hantar adik aku belajar.
Dari dia duduk rumah, mak tiri asyik tuduh dia amik dadah, dia mabuk, dia kikis duit ayah, baik dia pergi belajar. Makan, tempat tinggal semua ada. Kawan-kawan pun ada jadinya dia tak sunyi dan bosan.
So haritu aku amik cuti, aku hantar pajak gelang tangan untuk beli barang-barang adik aku. Masa tu baru aku tahu, selama ni dia cuma ada 3 seluar jeans, 4 helai tshirt yang betul ngam dengan badan dia, seluar tracksuit takde, calculator takde, tali pinggang pun nazak.
Aku macam termenung, patutlah dia asyik ponteng masa sekolah dulu. Seluar tracksuit pun takda, calculator takda.. macam mana nak belajar?
Dan aku tertanya lagi, kalau iyalah kedekut sangat pun, kwsp mama tu takkan tak hulur langsung dekat adik sikit? Adik tu bawah tanggungan lagi kot.
Masa aku bagitahu ayah adik dapat sambung belajar, awal-awal dia dah cakap dia takda modal. Lepastu sekarang ni minta kami adik beradik tolong pinjamkan dia 2k ataupun bayarkan rumah yang tertunggak 4 bulan.
Kami semua macam nak menangis rasa. Kami ni roadtax kete moto, nak mati. Anak-anak nak sekolah. Support adik belajar pulak. Sekarang ayah pulak minta.
Bila aku tanya gelang mama yang dulu ayah pegang tu mana? Pajakkan lah dulu, nanti share-share tebus balik. Dia terus jawab “tak boleh tolong tak apalah”. Aku tak tahu nak tolong ke tak. Tapi aku sayang betul rumah tu.
Ni baru-baru ni aku tengok FB mak tiri kena spam dengan orang tuntut hutang. Gaya macam ahlong. Haihhh aku tak tahu lah kenapa dengan bapak aku ni.
Akak aku kata, Tuhan balas lah tu sebab dia tak amanah masa dapat duit kwsp mama. Lepastu tanggungan dia ni dia lepas tangan macam tu je.
Kesian betul aku tengok adik aku yang bongsu tu. Padahal budak tu diam je tak kacau orang, buat hal sendiri. Bukan sedap mak tiri mengata macam-macam.
Pernah abang aku dah tak sabar, abang aku sound lah, dia maki kan abang aku. Babi sial semua dia sebut. Makin hangin lah abang aku. Sikit lagi nak mati kena cekik, nasib ada yang tolong pegangkan abang aku.
Entalah…. Kiteorang ni nak tolong pun, kiteorang dah tersepit sendiri pun tak berduit sangat. Kalau korang, korang tolong tak ayah korang?
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Besarnya ujian yg datang drpd kerenah orang tua… Kalau sy d tempat confesor, kalau berduit la, sy akan tolon bayarkan rumah cukupkan yg penting.. jangan bagi duit ke tangan dia, bayarkan terus kepada sumber…tu kalau sy berduit la.. kalau sy pon tersepit, sy akan cukupkan keperluan asas sahaja, makan minum , tempat berteduh kalau diperlukan..penjagaan kesihatan…selebihnya terpaksa pejam mata la nk buat mcm mn dah kita pon ada byk tanggungan.
lebih kurang mcm kisah bapak sy..sbl kawin ngan mak tiri elok jer perangai… dah kawin trus ikut perangai mak tiri..anak sendiri dibuat musuh2…last masing2 bawak haluan sendiri..pandai2 la nak idup
Sekolahkan adik dulu
Rumah tu..biar la
Kenangan kekal dalam ingatan.
Masing2 beli la rumah sendiri nanti..
Berlapang dada
Ayah tu.. kasi keperluan asas saja.
Allahuakhbar. Kesiannya confessor. Minta adik sambung bljr keluar dari rumah tu. Ayah awak ni cari bala. Mak tiri tu tak sedar diri menumpang kasih. Awak dan adik² kena tegas. Garang dan jangan ikutkan cakap mak tiri awak. Ingat mak awk tu sorang saja. Dah aruwah. Mak tiri tu org. Kasi duit makan ja. Suruh pak keja. Mak tiri pun sama p cari duit. Buat la apa² patut. Patut masa pak nak kahwin, pujuk jgn kahwin or selidik dulu.