Untuk part I, (https://iiumc.com/nak-kesian-atau-tak/).
Aku baca semua komen. Jujurnya aku menangis baca komen korang. Sebabnya yang komen tu semua sama macam apa yang aku fikirkan selama ni. Cumanya aku tak tahu betul atau tak cara aku. Betul atau tak keputusan aku.
Tapi lepas baca komen-komen tu semua, aku tahu dah apa yang perlu aku buat lepas ni.
Tapi aku terangkan sikit pasal rumah.. Rumah tu dibeli atas 2 nama iaitu nama ayah dan mama. Jadinya bila mama dah takda, bahagian mama yang 50% tu jatuh pada kami 5 beradik. Dan 50% lagi adalah nama ayah.
Basically, kalau ayah meninggal percent untuk anak lelaki dia lagi besar. Tapi bini dia awal-awal dah cakap dekat semua tu rumah dia nanti. Aku gelakkan jelah. Sebab nak berhujah dengan orang biol ni kadang penat dan buang masa.
Tapi itulah, ayah pun dari awal mama meninggal sibuk nak jual rumah. So sekarang ni aku takkan pujuk adik beradik untuk tolong ayah lah. Kalau kena lelong, lelong lah.
Betullah korang cakap, kadang kenangan tu tersemat dihati je. Ini kan, baru bab rumah. Belum bab kereta yang dah atas nama adik aku, tapi bini dia sakan guna kereta, pakej siap sorokkan kunci tak bagi adik-adik aku pakai.
Tapi aku tak heran, pelik pun tak. Anak dia sendiri pun tak suka dia, dia nak balik tido rumah anak dia pun anak dia taknak bukak pintu… So faham sendirilah betul ke tak betul mak tiri aku ni.
Bab EPF arwah mama pulak… Betul, bagi aku 10k tu tak banyak pun. Tapi ayah aku keluarkan tak bagitahu kami, sedangkan sepatutnya EPF tu di faraidkan.
Korang jangan salah anggap, aku tak harap duit arwah tu. Aku cuma sakit hati ayah aku menidakkan hak adik aku, lagi-lagi adik aku masih bawah tanggungan. Selang setahun, EPF ayah aku pulak keluar (umur 60).
Gaji ayah aku mase kerja dulu paling cikai 5-6k, paling-paling busuk 4k++. Dah kerja dalam 23 tahun. Rasa-rasa berapa banyak EPF dia?
Aku nak highlightkan, yang aku tak harap pun duit bapak aku tu. Tak nak tahu pun berapa. Yang aku tekankan, beribu riban, ape salah ketepikan seribu dua untuk anak yang masih bawah tanggungan. Lagipun memang dah tahu anak tu nanti sambung belajar.
Ini dah lah makan pakai diabaikan. Duit arwah yang sepatutnya difaraidkan dan priority kan untuk yang berhak, dinafikan haknya. Mungkin sebab tu rezeki ayah sempit agaknya..
Baru berapa hari aku hantar adik daftar masuk belajar. Ye betul, aku daftarkan dia belajar dekat ILP. Yuran murah, asrama ada, makan terjaga. 15 minit jarak dari rumah aku, senang aku nak uruskan dia. Aku tak sangup dah tengok adik aku terbiar dan diabaikan.
Dia tak pernah bersuara, tak pernah luah apa-apa. Dia pendam. Sebab dia pun jenis tak banyak cakap. Masa hantar tu, aku sedih kenangkan nasib adik aku. Orang lain, mak ayah yang hantar. Adik aku, mati mak je. Tapi dah macam yatim piatu. Sikit pun ayah aku tak tanya pasal adik aku.
Dah petang-petang, akak aku suruh hantar gambar adik dekat ayah. Ayah aku tak balas walau sepatah. Baiklah, cukuplah.
Aku pun tawar hati dah… Aku peluk cium adik sebelum balik, aku teringat dulu mama peluk cium aku kalau aku nak balik asrama. Tak pernah sangka, adik aku akan lalui benda ni semua.
SPM adik aku teruk. Tapi aku tak salahkan dia. Sebab kelengkapan untuk dia sekolah tu takda. Calculator takde, tracksuit takde, baju koko takde, seluar sekolah senteng dan banyak lagi.
Masa adik aku nak mula sekolah untuk sesi SPM 2022 pun, bukan ayah yang belikan baju dan barang sekolah. Aku hulur sikit, lebihnya pakcik aku belikan. Budak bermasalah di sekolah ni kadang, sebab ada masalah keluarga macam ni lah. Ni lah adik aku salah satu contohnya.
Aku sebagai akak pun, aku silap. Sebab terlepas pandang. Pulak masa 2022 tu aku baru je dapat anak perrama. Jadinya aku tersangat sibuk uruskan keluarga kecil aku.
Ni sekarang aku dh kerja. Puas jugak memujuk suami aku untuk izinkan kerja. Gaduh pun ada. Hehe. Tapi alhamdulillah, dia memahami.. Dia izinkan untuk aku kerja untuk tanggung adik belajar.
Suami aku takat tanggung aku dengan anak, mampulah. Kalau aku nak minta duit untuk bagi pada adik aku, aku sendiri tahu kewangan suami aku takat mana. Sebab tu aku nekad untuk kerja. Nekad jugak hantar anak ke taska.
Walau aku nangis sama waktu anak menangis kena tinggal dekat taska. Hehe. Mungkin mak-mak faham… Aku jenis, aku akan bagitau adik beradik aku keperluan kewangan ke apa untuk adik.
Tapi aku cuma bagitahu je. Kau rasa nak tolong, kau tolong. Sebab aku pun faham kewangan adik beradik aku macam mana. Sebab tu aku kena kerja. Kena usaha cari duit lebih untuk topup mana kurang.
Terima kasih ye ada yang komen suruh PM. Tapi…. Aku cuma perlukan satu je. DOA. Korang doakan rezeki aku dimurahkan supaya dapat beri keselesaan pada adik dan anak aku. Doakan aku sihat, supaya aku boleh kerja.
Allah yang beri rezeki, kerja tu sebagai usaha aku untuk dapatkan rezeki dari Allah. Doakan adik aku jadi orang yang berjaya dunia akhirat dan tak berdendam.
Sebab aku selalu cakap, biar orang buat kita, kita jangan buat orang. Nak ingat apa orang buat, ingat jelah.. Tapi jangan dendam. Sebab ini juga pesanan arwah mama pada aku dari dulu. Doakan juga anak aku happy dekat taska dan dia sihat selalu supaya aku pun tenang nak mencari rezeki.
Terima kasih korang yang komen berikan pendapat. Aku nangis tau, nangis sebab terharu. Doakan aku. Doakan adik aku. Doakan keluarga aku ye. Mudahan doa yang baik-baik berbalik pada korang. Aamiin.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Takpe,masuk ILP pun boleh berjaya sebab kebanyakan yang masuk ILP ni jadi manusia tau,sebab dia ada bermacam rule dan disiplin bila masuk company senang diterima sebab dah dididik kat ILP tu certain rule. Mungkin adik sis boleh menyinar dalam bidang dia satu hari nanti, sebab rajin tapi tak pandai lebih baik dari pandai tapi malas. Sebab usaha lebih penting.