Nak kulit muka cantik tapi pemalas?
Sekarang banyak viral pasal produk timbang kilo, produk tempatan yang tinggi bahan merbahaya yang bagusnya viral kes mcm ni bagi kesedaran sikit dekat masyarakat yang kebanyakannya perempuan la nak kulit muka cantik tapi nak kesan yang cepat, nak glowing ala-ala korea.dik bukan senang nak kulit macam tu.even artis pun bukan semua kulit cantik dalam instagram, fb semua dah edit n pakai mekap.tengok depan-depan ada jugak jerawat kecil-kecil jeragat semua tu.orang korea tu mostly buat plastik surgery and memang ada rawatan untuk licinkan kulit sekali.tambah lagi cuaca mereka dekat sana memang sejuk jadi takdela muka tu lembap dan bakteria pun kurang la hinggap kat muka. Saya berumur 30tahun memang dilahirkan kulit putih kuning mungkin sebab ada campuran cina sebelah mak.tapi tak bermakna kulit saya cantik sebab dilahirkan cerah.Nak cantik memang kena usaha bukan boleh dapat dalam sekelip mata, seminggu, sebulan.
Ia ambil masa yg lama bertahun bergantung pada cara pemakanan, cara penjagaan kulit & jenis produk yg kita guna. Saya pernah pakai produk tempatan tu pun produk safi je..takut sangat nak cuba produk tempatan terutama untuk kulit muka…tu pun krim kecantikan yang rm8 tu as a base sebelum pakai compact powder.masa tu zaman sekolah menengah tak tahu lagi cara penjagaan muka yg betul.kulit saya jenis tak cepat naik jerawat tapi saya suka pakai mekap.jadi mungkin cara penjagaan kulit sy tidak betul naik jerawat, jeragat n tona kulit tak sekata pun terjadi.disebabkan sy pelajar jurusan sains kesihatan banyak yang sy belajar dlm subject toxicology,chemistry and microbiology.selain utk sy banyak baca research n jurnal berkaitan dermathology.jadi lepas tu sy cek satu2 ingredient setiap produk yg saya guna.memang takkan ada produk yg 100% organik, mesti akan ada jugak unless kita buat sendiri dan guna untuk beberapa hari je tahan.yang kita hanya boleh pilih produk yg kurang penggunaan bahan kimia.dulu2 saya pakai sabun sastid beli dekat farmasi, toner, pelembap semua xpakai tapi lepas jerawat naik teruk sy tukar pakai produk Simple.. ada di watson n guardian.bukan nak ckp Simple ni takde bahan kimia cuma kurang berbanding produk lain.mana sy tahu kurang? sy cek satu2 ingredient nya di google ada toxic effect tak kalau kita pakai in long term…jangan jadi malas yer..nak cantik kena rajin…masa tu saya tak banyak duit lagi baru habis belajar nak cuba produck mahal-mahal macam SKII, Mary Kay, Clinique semua tak mampu.tapi saya rajin jaga kulit wajib hari2 saya cuci muka guna make up removal untuk buang mekap sebelum cuci muka guna cleanser, toner, pelembap, sunblock, baru pakai bb cream.cc cream or foundation n compact powder. nampak mcm tebal je bila nak pakai tp bila apply nipis-nipis dan lama-lama dah terbiasa.kenapa kita kena pakai segala benda alah ni semua? Make up removal ni untuk buang segala krim kekotoran muka kau sebelum kau guna cleanser.guna cleanser je memang takkan bersih muka.tu yang bila kita cakap dah cuci muka bersih-bersih guna cleanser kenapa muka saya masih ada jerawat?tu sebabnya tak pakai make up removal
Next lepas pakai cleanser kena pakai toner sebab masa cuci muka liang pori-pori dah terbuka.fungsi toner untuk menutup liang pori-pori muka selain mengelakkan jeragat di muka.lepas tu pakai la pelembap sebab toner ni boleh buat muka kita kering.jadi kena ada satu lapisan pelembap di muka.kalau nak keluar rumah kena pakai sunblock sebab ,matahari ni ada sinar uv yang boleh menyebabkan kanser kulit dan menyebabkan jeragat di muka.jadi fungsi sunblock ni untuk menghalang semua di atas terjadi.even lampu pun ada sinar uv termasuklah api di dapur tu.jadi penting sangat pakai sunblock.lepas tu baru la kita pakai bb,cc cream or foundation sebagai asas kepada mekap kita sebelum pakai compact powder,jadi setiap satu nya ada fungsi masing-masing bukan suka-suka je nak pakai.Lepas tu skrub muka kena pakai seminggu 2-3x untuk membuang white/black head, menanggalkan sel-sel kulit mati di muka.kalau rasa nak senang boleh guna barang di dapur je untuk buat skrub muka.murah, jimat dan selamat,contoh boleh guna soda bikarbonat dan air sental dekat muka, atau pun ubat gigi dan garam..lain-lain susu tepung dan soda bikarbonat dan air.boleh google cara buat homemade fask scrub memang lebih selamat dan semulajadi.org korea pun suka guna soda bikarbonat ni untuk penjagaan kulit .
Cara pemakanan kita pun memainkan peranan penting.kurangkan makanan berminyak, belacan, dan bergula. Minum air kosong sekurang-kurangnya 3liter sehari. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kulit pisang juga bagus untuk kulit.Lepas makan pisang kulitnya boleh kita sental di muka kerana banyak khasiat. Kebersihan diri pun perlu dijaga sarung bantal dan cadar perlu sering ditukar kerana bila kita tidur muka kita akan terkena sarung bantal.kalau kita jarang tukar sarung bantal akan banyak bacteria yang membiak dan berpindah pada muka.
Lepas tu adik-adik, tuala mandi tu mesti diasingkan dengan tuala lap muka.jangan sesekali guna tuala lap badan untuk lap muka..sidai dan anginkan di tempat yang kering tuala muka korang ni.seminggu sekali or 3-4 hari sekali tukar tuala muka.cuci dan rendam dengan air panas selama 30min untuk matikan baktria n sterilkan tuala muka tu.walaupun bukan 100% akan bersih tapi boleh kurang kekotoran dekat tuala muka tu kan.nak cantik kan? Kena la rajin.semua rutin ni saya buat dari umur 20tahun sampai la sekarang dah masuk 30tahun.Ya untuk pengetahuan masa umur saya 26tahun saya tukar skincare kepada Mary Kay.masa tu gaji dah banyak sikit boleh la nak invest untuk penjagaan kulit tu lebih sikit.Mary Kay ni sebenarnya tidaklah mana pun kecuali adik-adik beli 1set sekali.bulan-bulan simpan la duit beli satu-satu barang Mary Kay ni kalau tak mampu.kenapa saya pilih Mary Kay? Sebab produk ni dah stabil di serata dunia untuk berpuluh tahun,banyak Research n Development (R&D) yang telah dijalankan sebelum produk mereka dikeluarkan dan Clinically Proven.dan saya search setiap satu bahan-bahan yang digunakan memang kebanyakannya dari bahan semulajadi dan sy cari jurnal yang berkaitan.walaupun macam yang saya cakap sebelum bukan 100% organik tapi kurang bahan kimia dan tiada bahan bertoksik yang digunakan. Tu pun untuk dapat kulit yang mulus makan masa setahun dua juga. Sekarang Alhamdulillah kulit saya tiada masalah, dah boleh cakap macam kulit org korea yang halus mulus tu.tak pakai mekap keluar pun tiada masalah.di rumah pun selasa depan suami tunjuk muka tak mekap tu.
Jadi untuk jadi cantik kita juga kena jadi bijak dan rajin.bijak memilih produk, sabar,istikamah dan yang penting kena usaha.macam kita nak dapat degree kita kena belajar dan usaha kan.sama juga untuk dapat kulit yang cantik.saya tak berniat nak buat promosi produk Mary Kay disini.mungkin untuk kulit saya sesuai.mungkin untuk adilk-adik kurang sesuai. Carilah produk yang sesuai untuk diri masing-masing tapi pada masa yang sama kena bijak dan sabar.Usaha tanda kejayaan
– Farah Atiqah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit