Nak Kurus? Baca Ni

Tajuk menarik right? tapi tak semua boleh buat. aku nak share sikit apa yg aku buat turunkan berat aku dari 110kg ke 52kg dalam masa setengah tahun. amaran, kalau korang buat tak jadi, jangan salahkan aku sebab penerimaan dan metabolisme badan orang lain2.

aku gemok dari kecik. sebab terlalu dimanjakan. anak bongsu abang kakak besar2 dah. umur aku form 3 tapi berat aku time tu 90kg. macam2 gelaran aku dapat. tapi time tu tak sedar lagi sehinggalah , wedding kakak yg first tahun lepas. dan kakak aku suruh aku jadi pengapit dia. dan paling sedih photographer sound aku ,”pengapit tolong turun dari pelamin. awak punya badan dah halang lighting pengantin.” kuat kot. semua pandang aku. ada yg tayang muka keji dan simpati. pastu ada pulak kawan2 kakak abg aku dok kata, ” kamu adik daniel ke? kenapa lain dr sibs yg lain. gemoknya. dan aku start tekad , “jangan keji orang gemok, aku kurus lagi lawa kott.”

firstly set target. aku start diet 3 januari 2016. aku set target sebelum raya aku kena achieve atleast 70kg.

secondly, buat research. apa benda yg bantu weight loss. do’s and dont’s . senaman apa yg sesuai.

utk rutin aku minuman, aku akan minum detox tea macam clenx tea tu satu kali seminggu . dan plain green tea setiap hari atleast 500ml. plain water pulak aku isi botol 4L penuh. dan aku akan minum seteguk every 30minutes. set timer kat phone.

makanan pulak, aku akan makan apa sahaja tapi tanpa minyak. kan banyak periuk ajaib sekarang. dan grill kukus semua boleh. contoh menu aku, breakfast omellete letak lada putih sikit dengan salad. lunch , nasi 3 sudu ikan rebus air asam dan sup sayur. dinner segelas susu dan buah buahan. rumah aku memang aku simpan stok buag bantu utj weight loss macam epal hijau, pisang, tembikai dan betik. so sistem perkumuhan pun akan berjalan lancar. makanan make sure semua bersukat. snack aku hari2 epal dengan kiwi

utk exercise , masa mula2 aku tak boleh nak exercise sgt sebab badan tengah berat. so aku akan spend 30 minit pagi dan 30 minit petang utk berjalan atas treadmill. takpun kayuh basikal keliling kawasan perumahan. bila badan dah start ringan sikit, aku join la zumba. takpun menari sikit, badan makin ringan aku try la buat squat, tekan tubi , dan lain2. takpun join hiking kat mana2.

gula memang aku tak consume langsung. stevia sehari setitik je. sebab pemanis gantian ni pun tak elok sebenarnya.

exercise masa diet mmg sgt penting utk build muscle. make sure kulit kita tak menggelebeh. supplement? aku just ambik vitamin c. murah je. kat farmasi byk. aku pun ada consume chia seeds, fiber dan lain2. tapi x buat amalan sgt. aku risau badan aku terlalu depend pada benda2 tu.

after 9 month , aku berjaya dapat berat yg aku idamkan. drpd baju saiz 3xl sekarang dh pakai m. paling best , minggu lepas wedding abg aku. dan bila abg aku kenalkan aku as Dee , adik dia , kawan2 dia semua macam nak kena kutip rahang kat lantai. hehehe. alhamdulillah bersyukur sgt kat Allah dgn izin dia aku berjaya tanpa ada sakit ataupun cedera.

– Dee

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit