Nak Lelaki Hormati Kami

Aku disini ingin membalas confession nafsu dan sementara (https://iiumc.com/cinta-dan-nafsu-sementara/) dan confession yg terlalu bermasalah soal cinta. Aku ingin kongsikan pada semua petua menjaga diri daripada fitnah atau hasutan syaitan atau godaan lelaki dan menjadikan lelaki respect pada anda . Mereka akan tahu anda mawar berduri.

Jangan jadi kasar woi2, jangan jadi terlalu baik. Namun.

1. Jadilah anda seorang yg bersikap rasional. Tegas dalam diam

2. Aku nasihatkan letakkan satu zikir dalam hati sebagai hobi dan amalan kita 24 jam iaitu astaghfirullah. Cuba sebut sebanyak 10 kali dan hayati maknanya Ya Allah tolong ampunkan daku. Ampunkan segala maksiat yg aku lakukan. Moga amalan ini menghapuskan amalan kita yg selalu asyik cakap bodoh bangang gila opocot.. Nanti kita akan rasa kesannya.

Contohnya aku, sudah menjadi kebiasaan aku mengamalkan ini. Mahupun setiap kali aki lalu berjalan keseorangan ke masjid nampak lelaki aku ucap astagfirullah. Mahupun ada mesej lelaki tak dikenali. Dan kemudian aku minta Ya allah tolong jaga hati aku buat insan suamiku kelak. Aku seronok dan aku lupa dan langsung tak nak buat dosa lalu.

3. Tolonglah amalkan sikap begini. Setiap kali ada lelaki hendak mendekatimu. Katakan padanya. Saya berurusan dgn lelaki bila perlu. Jadi apakah urusan saudara? Kalau korang rasa nak gelak atau menjengkelkan cara begini. Tapi percayalah itulah benteng korang. Kalau dia betul berurusan utk menikahimu. Minta dia sendiri berurusan dgn orang tengahmu. Bukan mesej whatsapp personal. Nanti jadi i love u, jadi maksiat hati jadi maksiat zina. Sedar atau tidak ini yg aku lakukan. Alhamdulillah Allah jaga diri aku.

4. Tolong setiap kali anda berurusan dgn lelaki bila bab cinta@jodoh mintalah orang tengah membalas segala urusan. Contohnya,

Wanita: Bagi sy, sy utamakan menjaga ikhtilat. Kalau urusan tentang jodoh cinta kawen ini hendak bertanyakan, mintalah berurusan dgn org tengah. Jangan mesej saya.
Atau: Segala mesej ini dibaca org tengah sy iaitu ibu sy. Jadi jika saudara hendak bertanya soal itu tanya pd ibu sy.

Biar lelaki itu tahu anda sangat memuliakan dan mahu menjaga diri. Allah tolonglah kalian. Demi agama. Allah suka.

5. InshaaAllah jika anda hendak mencari jodoh. Mintalah bantuan ustaz ustazah org tengah ibu bapa temukan atau laman baitulmuslim islam. Segala urusan jodoh anda hendak, orang tengah anda bantu. Allah jaga segala perbuatanmu dan memudahkanmu ke arah pernikahan.

– Muslimat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *