Assalamualaikum, hai.
Aku takdalah nak confess apa sangat but actually I have alot in mind currently and I just wanna let it all out anonimously.
Aku ni dah almost 3years jadi housewife, skrg ni aku tgh sarat mengandungkan anak ke2. Dok menunggu hari, wishing this baby come out soon. Esok ke lusa ke hahahahhaa, kalau dia nak pilih date 27hb to be born pun cantik, sama dgn date birthday aku cuma lain bulan je.
The thing is aku excited sgt nak bersalin, nak berpantang. Nak sihat, nak get fit, and most importantly, nak START BEKERJA SEMULA. Oh yes…
Nak ada income sendiri, nak kerja office hour if possible sebab aku masih nak luangkan masa utk anak2 aku.
Nak beli brg rumah, rice cooker, blender, nak repair fridge aku yg dh brbulan rosak, nak deko rumah cantik2 kemas2. Nak pasang kipas siling dlm bilik sebab panas sgt pakai kipas kecik tu. Hahahha
Excited nya memikirkan kalau dapat kerja balik. Tapi kadang2 terfikir, mampu ke aku? Org lain boleh, aku mesti boleh kan. Aku harap aku boleh la jadi seorang mak & isteri yg berguna eventho aku dah bekerja.
Nak cantik balik…
Faham2 je lah, dh jd surirumah mmg rupa agak selebet lah. Melawa bila nak keluar jauh je, sebulan adalah sekali je dapat cantikkan diri rasanya. Hari2 lain keluar setakat nak pegi rumah family yg selang 5pintu tu & pasar malam je takkan nk melaram over kot kan berblusher bereyeshadow bagai? Hahaha kang laki aku kata aku buang tabiat pulak.
Nak tolong mak aku. Selama aku tk bekerja ni bnyk yg mak aku tolong aku & suami financially. Malu… Tp ni lah kenyataannya. Aku nak kerja elok2, then aku nk balas balik jasa mak aku, opah, abah, ah semualah yg bnyk tolong aku.
Aku ada niat nak breastfeed anak aku smpai 2tahun. Tapi aku risau jugak sebab aku nak kerja kan. Boleh ke eh? Mksd aku, baby tu boleh adapt ke kalau minum botol siang hari (pump) then malam bila aku dah balik dari kerja, direct feeding pulak. Ada sapa2 yg berjaya tk? Leave comment pls tunjuk ajar to me.
And by working aku harap sgt aku dapat duit extra2 so that aku boleh prepare good education utk anak2 aku.
And harap jugak aku dpt cari time utk aku pergi kelas blajar quran mcm mak aku. Skrg ni aku ada bnyk sgt masa tp kekangan anak aku ni, tkda org yg aku percaya utk jaga dia so delay dulu.
Lagi 1, aku akan kembali berniaga online. Yesss. Ganti balik modal yg aku dh guna utk produk online aku, and I’m back. I will. So insyallah aku akan usahakan supaya hidup family aku tak terbeban lagi financially.
Kumpul duit nak brcuti. Dari mula kahwin tk pernah bercuti lagi, aku & suami teringin sgt nk pergi Sabah.
Actually banyak lagi benda aku nak achieve utk diri sendiri n family. Sangat banyak. And semuanya berkaitan dgn duit. Doakan aku ye. Mohon doa dari korang semua yg sudi membaca ni.
Doakan aku bersalin normal dalam masa terdekat ni, no complications harapnya. So that tkpayah keluar duit bnyk2 utk benda lain and takda brg pantang aku yg terbazir takboleh guna..
Doakan aku sihat and recover fast lepas bersalin , doakan aku dpt kerja elok dgn gaji yg boleh tahan k. Hehe
Terima lasih la korang yg baca sampai habis ni. Frankly aku bukanlah manusia yg bnyk cakap. And aku tk biasa nk bebel mcm2 mcmni kt suami aku, sebab aku rasa dia macam buat tk endah je apa aku cakap, hehe so aku lagi suka menulis. Takkan nak bebel kt anak aku kot heehehe.
K bye tq iiumc
– Mommy D
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit