Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya Kak Rose, nak cerita tentang Mama saya. Mama diambil oleh keluarga angkat melayu dari kecil lagi. Malangnya, Mama tak kenal langsung siapa ibu bapa kandung Mama.
Alhamdulillah Mama dijaga baik oleh ibu tunggal. Dia tak boleh langsung tengok Mama sedih, malah akan turut menangis kalau Mama menangis. Jadi Mama akui Mama membesar menjadi seorang yang sangat dependant dan manja.
Mama berkahwin setelah dipujuk Abah berkali-kali walaupun pada waktu itu, Mama sudah ada teman lelaki. Abah kata mungkin ada hikmah mimpi Abah hidup bahagia dengan Mama. Jadi Mama setuju.
Bermulalah hidup Mama bergantung penuh pada Abah. Sebab tak lama kemudian, Mak angkat Mama meninggal.
Mama dan Abah nampak sangat bahagia bersama-sama 8 orang anaknya, termasuklah saya, Kak Rose anak sulungnya.
Kemana saja Abah pergi, mesti Mama ikut. Beli barang dapur, hatta isi minyak saja pon, Mama mesti sarung tudung ikut Abah.
Sampailah Kak Rose kahwin pada 2019. Mama banyak menangis secara terang-terangan depan anak-anak.
Adik Kak Rose dapat curi-curi ambil gambar mesej Abah curang. Kadang- kadang Abah on the phone dengan perempuan itu waktu ambil adik dari kolej.
Mama luah pada Kak Rose, sebenarnya dah lebih 20 tahun Abah curang dengan perempuan itu. Bagi nama dia J lah sebab jahat. Kak Rose tak perasan langsung. Handphone suami Kak Rose pon takde Kak Rose sibuk nak check.
Banyak kali dah mereka bergaduh, tapi Abah akan tipu kononnya dah putus dengan J. Sampai J pon call untuk pujuk Mama cakap don’t worry, it’s all yours.
Tapi tahun lepas Mama dah tak percaya dan tawar hati. Berkali-kali Abah tipu walaupun baru tadi Mama nampak mereka bermesej.
Kak Rose cakap dengan Mama, Kak Rose boleh sewakan rumah untuk Mama. Biar Mama tenangkan fikiran. Kak Rose dapat izin Abah untuk Mama tinggal berasingan. Dua adik Kak Rose ikut teman Mama.
Tapi itulah, Mama setiap pagi pergi rumah Abah untuk masakkan sarapan dan makan tengah hari. Baju pon Mama basuhkan siap-siap. Mama tak nak Abah salahkan Mama pula bila terbeban dengan kerja rumah.
Sebulan saja Mama duduk asing, Mama kata nak pindah balik rumah Abah. Mungkin Mama lagi selesa dan terbiasa di rumah Abah. Pening Kak Rose. Abah?
Dah berpuluh tahun dengan J, takkan senang-senang dia insaf dan lupakan perempuan tu. Jadi, berulang lagi episod Mama bergaduh dan kecewa dengan Abah.
Kak Rose bincang elok-elok dah dengan Mama, sama ada Mama minta fasakh atau Mama ignore saja Abah sambil sibukkan diri dengan hobi.
Mama pon dah cakap dengan Abah sanggup pinangkan J sebab tak nak Abah buat dosa macam ni. Tapi Mama tak nak hidup dengan J.
Apalagi, Abah marah-marah Mama dan takkan lepaskan Mama. Kak Rose dah bawak Mama beli barang kemas setiap bulan, shopping di mall, tanamkan ros cameron dekat rumah. Sebab Kak Rose ingat Mama suka tengok benda cantik-cantik.
Mama nampak happy, tapi sekejap saja. Kak Rose dapat rasa bukan itu keseronokan yang Mama nak. Mama pulak tak nak berhenti kerja sebab lagi stress duduk di rumah.
Mama kata paling kurang, dia boleh jumpa dengan orang lain. Waktu kerja saja Mama boleh lupa masalah Mama. Haih Mama, Mama… umur Mama dah 58 tau tahun ni.
Kak Rose nak Mama rehat-rehat saja pergi jalan-jalan ke. Tapi Mama tak tahu nak pergi mana, sebab selama ni semua Mama buat dengan Abah. Mama takde kawan. Anak-anak pon semua sibuk dengan kerja jauh.
Kak Rose saja paling dekat dengan Mama, tapi Kak Rose hanya cuti setiap jumaat sahaja. Sabtu dan ahad Kak Rose kerja setengah hari. Lagipon, Kak Rose dah berkeluarga. Kak Rose mampu call saja Mama setiap malam untuk dengar luahan Mama.
Kak Rose takut sangat Mama sunyi dan selalu fikir pasal masalah dia. Kak Rose faham Mama rasa tak mampu hidup kalau takde Abah sebab selama ni semuanya dengan Abah.
Sebab tu Mama tak mampu buat keputusan untuk mintak fasakh walaupun Mama dah cukup bukti.
Puas Kak Rose yakinkan Mama yang anak-anak akan sentiasa menyokong Mama. Sebab kami dah lama tengok Mama terseksa menjeruk rasa.
Jadi pembaca sekalian, ada tak cadangan untuk happykan Mama Kak Rose ni. Event macam Cat Show, pameran atau apa-apa aktiviti yang tidak lasak untuk Mama.
Mama suka tengok telatah kucing, tu Kak Rose terfikir Cat Show tu. Tapi Kak Rose pon tak pernah pergi.
Kalau ada cat lover di sini bolehlah kongsikan bila ye. Mama pulak bukan jenis suka makan, Kak Rose pernah bawak makan steamboat tapi Kak Rose dan suami saja melantak.
Sudahnya kami yang happy makan sedap-sedap, tidur kekenyangan. Bingung jadinya Kak Rose. Macam mana la nak happykan Mama.
Terima kasih sudi baca cerita Mama Kak Rose.
– Kak Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit