Nak Mati

Dulu aku tak faham bila orang kata putus cinta ni sakit. Sebab tak pernah bercinta. Dulu sebelum kahwin pun tak bercinta. Sekarang baru aku faham. Tapi bukan putus cinta atau bercerai, cuma suami curang.

Dalam banyak-banyak kisah curang yang aku pernah baca, tak pernah terlintas boleh jadi benda yang sama pada aku.

Kami berdua background agama, dia suami yang sangat baik, perkahwinan kami setakat 12 tahun ni aman damai, kami tak ada masalah kewangan, anak2 kami sihat, keluarga kami baik-baik semuanya, mertua aku baik.

Suami selalu cakap kisah kitorang ni kalau bukukan pun bosan je sebab sentiasa straight forward. Dia nak kahwin dengan aku, dia bagitahu mak ayah aku, mak ayah setuju dan kami kahwin, tak bercinta.

Lepas kahwin, hidup kami sangat okay alhamdulillah. Gaduh biasa2 tu ada, biasa dalam mana-mana perkahwinan mesti ada tak puas hati tapi tak pernah sampai rasa untuk bercerai pun.

Masalah nafkah zahir dan batin tak ada, masalah attitude suami tak ada, anak2 alhamdulillah empat orang semua tak ada isu dari kehamilan kepada kelahiran.

Masa mengandung dan masa pantang lah aku rasa suami aku paling menjaga aku. Dia mandikan aku dengan air herba hari-hari yang dia cuti, bawakkan makanan, mandikan anak, bantu menyusu.

Aku ni introvert, suami aku lah comfort space aku. Semua benda seharian jadi aku akan cerita kat suami aku. Aku tak faham macam mana orang boleh PJJ sebab aku dan dia sentiasa direzekikan tempat kerja dekat-dekat. Kalau suami balik lambat kerja pun aku rindu.

Setiap malam sebelum tidur aku akan kata aku bersyukur ada dia dalam hidup aku, sebab memang itu yang aku rasa. At least itulah yang aku rasa untuk 12 tahum.

Sampai lah hari suami aku kantoi ada orang lain. Biasanya orang kantoi bila kita siasat kan. Aku tak siasat pun, suami aku tercall aku masa dia dalam kereta dengan perempuan tu. Diorang borak dengan panggilan manja.

Tak tahu aku nak describe macam mana luluhnya hati masa dengar tu. Aku tinggal semua kerja aku, masuk surau dan dengar semua perbualan diorang.

Oh dan aku kenal perempuan tu. Dia kawan sekolah aku. Lepas tahu dia satu tempat kerja dengan suami aku, aku banyak keluar dengan dia.

Sebelum tu aku macam kenalan je. Aku selesa kawan dengan dia dan aku tak sangka dia buat macam tu kat aku. Dia pun isteri orang, dan dia pun background agama macam kami.

Aku terduduk masa dengar diorang berborak. Aku nangis tak keluar suara sebab dalam surau. Aku mesej suami aku – sayang dengar semuanya. Suami aku terus call aku dan dia dengar je aku nangis. Dia ambil aku dari tempat kerja haritu, aku tak boleh bawak kereta.

Aku siasat suami aku semuanya. Dia kata dia sayang aku sangat tapi dia tersuka orang ni dan nak jadikan isteri. Dan perempuan ni pun memang dalam proses nak bercerai.

Yang paling aku tak sangka, suami aku yang tak pernah bercinta dengan aku sebelum kahwin, selalu berdua-duaan dalam kereta. Aku tanya pernah berzina tak – dia kata tak, paling teruk pegang tangan.

Aku tak boleh brain suami aku orang yang faham agama boleh buat macam tu. Suami aku yang sentiasa solat jemaah di masjid. Suami aku yang di mata aku sempurna sangat orangnya.

Diorang dah 3 bulan bercinta. Perempuan ni minta maaf dengan aku dia kata kalau tak izin jadikan dia madu, dia akan stop.

Aku kalau ada selipar aku baling dah kat muka dia masa tu rasanya. Memang tak lah aku nak izinkan suami aku bermadu dengan isteri orang!!! Aku terus contact suami dia, suami dia pun dah tahu rupanya. Aku je yang tak tahu.

Ni semua jadi 5 bulan lepas. Suami aku sejak kejadian memang tak pernah contact dia dah. Allah mudahkan, suami aku dapat pindah tempat kerja lain.

Setiap malam nak tidur dia peluk aku dan minta maaf. Suami aku jadi jauh lebih baik daripada sebelum ni walaupun sebelum ni pun dia memang suami yang baik.

Aku? Sejak kejadian, aku tak boleh kerja dah. Aku dapatkan rawatan psikiatri. Ubat aku makan, tapi aku tak rasa baik pun.

Aku hari-hari minta kat Allah, tolonglah amik nyawa aku, aku tak boleh hidup dah. Aku tahu ambil nyawa sendiri dan cederakan diri sendiri tu tak boleh, jadi aku tak akan buat (setakat sekarang aku masih waras ni).

Kembali kepada agama? Aku sebelum kejadian pun sentiasa cuba jaga tanggungjawab aku sebagai hamba. Lepas kejadian, aku tambah banyakkan amalan sunat. Tapi aku tak faham kenapa rasa nak mati ni masih ada.

Benda yang jadi hari kejadian – sentiasa ada dalam kepala aku. Tak ada orang yang tahu. Aku simpan sendiri sebab aib suami aku. Suami dia pun setuju untuk kami tak libatkan orang lain. Kami berempat je tahu apa yang jadi.

Orang yang aku sayang rupanya bukan sesempurna yang aku sangka. Aku tahu kesilapan aku bila aku letakkan manusia ni bukan pada tempatnya.

Aku sentiasa ingat suami aku orang yang boleh aku percaya dan mustahil akan kecewakan aku, sedangkan Allah je yang tak akan kecewakan kita.

Aku tahu aku salah sebab aku ada rasa nak mati. Aku tahu muslim yang baik tak rasa semua ni. Aku patutnya bersyukur suami aku tak buat seteruk orang lain. Aku patutnya cari hikmah daripada kejadian ni.

Mungkin aku terleka, dalam hati aku mungkin aku terlupa dan terletak suami aku kat tempat sepatutnya. Tapi sekarang aku tak boleh ke depan. Aku penat sangat rasa apa yang aku rasa. Aku penat sangat dengan rasa nak mati ni.

Curang – tak kira level biasa2 atau level teruk sampai berzina, sekejap atau lama, sangat menyakitkan bagi pasangan yang dicurangi.

Untuk suami atau isteri yang sedang curang atau ingin curang berhentilah. Ada luka yang tak akan sembuh. Dan kalau betul kita sayang orang tu kita tak tergamak nak biarkan dia hidup dalam luka seumur hidup.

– Tak ada nama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Allahu… ye btullah Allah uji tnda Allah syg.. mmg dr awl crita puan nmpk smpurna nikmat hdup, tp bila Allah uji tetiba bru tringat smua yg baik trjadi ats khendak Allah, bila2 msa Allah bole tarik nikmat bhgia dn smpurna tu.. mmg akn jd trauma bila prkara yg kita tak jngka tu berlaku… dunia sifatnya tak smpurna, jgn putus asa dr rahmat Allah, moga puan dlm afiah akal dn rohani, Allahumma yassir laha 🤲

  2. Suami sempurna di mata isteri, sama macam saya.

    Curang memang menyakitkan walau hanya sekejap ianya berlaku. Walaupun hanya bermula di alam maya. Ye, rasa nak mati akan lahir sendiri. Nak pulih sepenuhnya makan masa yg agak lama. Cuma sekarang berharap, janganlah berulang, andai kata berulang lagi, maka hati ini pasti takkan bercantum kembali…

  3. Boleh cuba berpisah sementara dulu. Awak ni makin sakit sebab hari2 kena hadap punca trrigger awak: suami.

    Suami tu mintak maaf, konon2 rasa bersalah sebab terkantoi je. Kalau tak terkantoi, mungkin diorang sekarang ni dah kawen senyap2 kot. Dan kalau betul2 dia sayang awak, dia x kan curang in the first place.

    • Buat masa ni fokus untuk bantu diri puan dahulu. Puan masih ada anak2 yg memerlukan puan. Kuatlah demi anak2 yang masih kecil itu. Jgn buat keputusan berkenaan suami puan lagi. Bila puan da lebih baik nanti, puan bolehlah pertimbangkan berkenaan suami puan. Berkenaan suami puan, pendapat saya, selagi suami adalah suami yang baik, bertanggungjawab, masih berusaha nak mempertahankan dan memilih puan, masih berbaloi untuk puan pertahankan. Kdg2 godaan datang daripada pihak yang lagi satu. Manusia tiada yg sempurna. Jgn mengalah. Sbb jika bercerai pun kesannya masih belum tentu, sama ada akan dapat suami yg lebih baik, atau akan kesunyian. Yg pasti anak2 akan terkesan. Tp jika suami mmg memilih ppuan lain, tidak guna menagih pada yg tak sudi, jadi patutlah untuk usaha mencari jalan keluar lain. Dunia ini luas dan ramai manusia2 lain. WAllahualam.

  4. Mungkin Allah Tak nak Kita attach sangat dengan suami,kena cinta Allah lebih,suami nombor dua..Mungkin ini teguran Dia

    Semua ada kekurangan dik..suami adik manusia biasa,bukan sempurna..sama macam Kita.

    Bukan nak sokong suami adik ya..memang Dunia ini Tak selamanya indah.selagi hidup akan ada ujian.masa akan ubati Luka adik..bertabahlah ya

  5. Aslm puan. Puan, menangislah jika mahu. Menangis dan menangis sehinggalah rasa lega. Allah tak uni hambaNya melainkan Dia tahu, hambaNya itu mampu hadapi ujian tersebut. Sekarang puan rasa kosong, rasa nak mati, sebab puan rasa ujian ini terlalu berat, tak mampu ditanggung. In sha Allah kalau puan terus bersabar dan berbaik sangka dgn Allah yg Maha Pengasih, perlahan2 puan akan nampak satu persatu hikmh di sebalik ujian ini.

    Mungkin agar puan lebih kuat. Lebih matang. Lebih dekat dgnNya. Sedar bahawa nama kata manusia tidk sempurna. Begitu jugaklah suami puan.

    Sakit dicurangi itu real. Hanya yg pernah melalui sahaja memahami. Sebab ITU saya kata awal2 tulisan ni, menangislah jika Rasa nak menangis. Puan juga boleh dapatkan perkhidmatan kaunseling. Dan teruskan jumpa Pakar psikiatri. Tidak mengapa, ITU usaha Kita sebagai hamba merawat Luka yg Masih Belum sembuh.

    Terus berjuang puan! Ingat anak2 yg sangat perlukan puan yg sihat. Fizikal, mental dan ruh! You can do it! The only cure for all our worries is to surrender them all to Allah!

  6. Dicurangi pasangan kita mmg antara rasa yg paling teruk lukanya walau xada setitik darah pun yg keluar. Lukanya terasa di hati. Merebaknya luka2 tu terasa amat cepat. Sampai terasa sesak nafas kita dibuatnya, lg2 klau sedang menangis mengenangkn pasangan kita yg curangi kita tu.
    Angah pernah rasa yg sama. Dicurangi suami 17 tahun yg lalu. Ye, lama dh ia berlaku, tp Angah masih ingat lg betapa hancur hati bila tahu suami berlaku curang & mengaku menyayangi perempuan lain yg lebih muda. Angah rasa mcm dihempap bumbung rumah je waktu tu. Terasa sgt, sampai setiap hari menangis. Di ofis, xdpt tumpukan spenuh perhatian pd kerja. Kerap buat kesilapan. Klau menaip, ada je typo error di situ. Xboleh jd klau kerap begitu. Angah minta Allah bg kekuatan, bg jawapan. Samada utk stay dlm rmhtangga atau quit. Tiga bln Angah bg masa utk diri buat keputusan, Angah x nk Angah terus ‘sakit’. Angah mesti ‘kuat’ demi 3 org anak yg masih kecil. Angah kerap bgn mlm buat solat hajat, istikharah mohon petunjuk.
    Akhirnya, Angah setuju utk bercerai, xrela bermadu, sb mmg suami x akan mampu batin & zahir. Maka lepaslah bebanan Angah lepas talak dijatuhkn. Terasa bagai bebas dr semua yg terbeban di jiwa. Lepas 8 tahun mbesarkn anak sendirian, Angah ditemukn jodoh dgn suami skg. Kini, dia lah jodoh Angah yg mampu mbahagiakn. Namun, Angah xmahu spt dulu lg, mletakkan sepenuh hati & percaya pd suami. Biarlah jgn letak 100% kepercayaan pd suami. Letakkan kepercayaan kita pd Allah, minta Allah jaga hati suami kita hanya utk kita je. Kini, Angah bahagia kecapi kasih syg suami yg dh nk masuk 10 tahun bln 5 tahun depan. Doa2kn Angah ye. Angah doakn spy awak kuat ye.

  7. Saya bukanlah pakar apalagi berpengalaman. Mmg trauma jika kita tak pernah terfikir perkara tu akan terjadi tiba2 terjadi. Perasaan nak mati tu mmg perasaan yg common bagi org yg sdg sgt2 sedih..kita nak mati bg menghilangkan rasa sedih tu dan xsanggup hadapi hidup setiap hari dgn kesedihan tu. Jika kita buat ujian kemurungan mmg itu salah satu soalannya. Saya pernah alami semasa ditinggalkan kekasih yg saya tak pernah fikir akan tinggalkan saya. Dia memilih ppuan itu daripada saya walaupun jujurnya saya boleh sahaja maaf kan dia, tp itu tak berlaku.. Alhamdulillah perasaan sedih dan murung itu hilang akhirnya setelah saya dapat pengganti wlupun xsama. Apapun dunia ini sekejap sahaja. segalanya akan berakhir dan akan menjadi ujian sahaja utk kita. Plg ptg dlm keadaan skrg puan jgn pendam seorg diri. Puan perlu luahkan kepada yg boleh mendengar dan beri pendapat yang baik. Jika perlu mohon bantuan kaunseling yang berkelayakan. Itu yg terbaik.

  8. Depan kau suami sempurna.
    Belakang kau tak guna.

    Macam mana kau tak naik gila.

    Pandai laki kau berlakon konon terpaling baik.

    Tapi 1 benda kau kena ingat dek.

    Jantan yang kau tak nampak buruk dia itulah paling bahaya.

    Itu jantan fake!

    Dalam dunia nih TIADA LELAKI YANG MAKSUM KECUALI NABI.

    Kalau jenis nampak suci kau tak tahu buruk dan kelemahan dia itulah PALING BAHAYA. SEBAB DIA BERLAKON SAHAJA.

    Baik lagi manusia yang jadi manusia. Biar orang tahu kisah hitam kita jangan palsu acah terpaling suci hujung hujung TERPALING KEJI.

    JANTAN APA DATING SAMA BINI ORANG DALAM KERETA?

    Tuhan dah tunjuk busuk laki kau yang kantoi sendiri itu.

    Tinggal kau ja pilih masih nak cop laki sendiri sempurna di mata kau ka?

    TIADA MANUSIA SEMPURNA.

    Hanya ada yang mampu terima ketidaksempurnaan masing masing.

    Kau rasa?

    Adakah dengan cerai kau akan normal dan bahagia?

    Hidup ini mudah. Nak jadi Fazura ka nak jadi pasangan acah terpaling bahagia serasi bersama???????

    Pilih dek pilih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *