Nak Menghalalkan Si Dia

Acik triggered betul laa every time acik baca, dengar orang lelaki even perempuan cakap macam ni. ‘Saya berusaha nak menghalalkan dia’ ‘Halal boyfriend’ ‘My halal soon to be’.

Acik pesan kat anak acik, kalau boyfriend ko cakap macam ni masa berkawan nanti, sila laa lari jauh-jauh.

Meh sini adik-adik, anak-anak sekalian, acik nak pesan. Pernikahan itu bukan semata-mata tiket untuk ko tidur bersama tanpa risau kena serbu majlis agama.

Pernikahan tu satu titik permulaan tanggungjawab baru yang akan bertambah, pemikiran yang matang dan perubahan matlamat hidup.

Baik si isteri ataupun si suami. Dua-dua kena baca ni.

Ko ingat nikah tu pasal malam pertama je ke? Malam Jumaat je? Tidak ye adik-adik anak-anak semua.

Pernikahan tu bermaksud ko dah berani nak bertangunggjawab atas nyawa orang lain kat bahu ko. Ini baik lelaki atau perempuan sebab tanggungjawab tu works both ways ye.

Ko kena berusaha untuk penuhi tuntutan emosi dan fizikal pasangan ko, make sure dia sentiasa happy. Ko kena cari jalan sama-sama untuk sihat, plan untuk masa depan.

Pasangan ko adalah kawan baik yang ko boleh cerita masalah without being judged, boleh buat lawak sengal sama-sama, boleh sama-sama push masing-masing untuk jadi insan yang lebih baik.

Bukan hanya nak jadi halal and beranak. Bukan hanya untuk jadi tukang masak or bibik. Bukan hanya sediakan semua supaya isteri/suami ko masuk rumah cuci kaki jer.

Pemikiran yang matang ni bukan bermaksud kena serious sentiasa. Acik pon masih tengok anime Demon Slayer, Pyscho Pass, Spy x Family semua.

Maksud matang tu ko dah tau apa priority hidup ko sekarang. Bukan tak boleh lepak dengan kawan-kawan.

Maybe dulu lepak hari-hari sampai 2-3 pagi, dah nikah, kurangkan laa 2 minggu sekali, sampai pukul 10-11 malam je ke. Tak mati pon.

Dulu selalu pegi cafe food hunting tiap-tiap minggu, pon dah bleh kurangkan sebulan sekali je ke. Tak pon, ko nak pegi melepak, cafe food hunting tu, ko bawak laa sekali isteri/suami korang.

Lagi bagus. Create memories together. Kalau sebelum nikah elok jer ke sana sini tapi bila dah ‘halal’ terus tukar ke?

Mohon isteri/suami begini terjun lombong. Ko ingat nikah tu main-main ke? Dah ambik anak orang, jaga la elok-elok.

Be prepared untuk tukar matlamat hidup. Dulu sebelum nikah, kita dah siap lukis plan A, plan B then plan C.

Tapi lepas nikah banyak pulak dugaan atau cabaran maka plan kita mungkin dah berubah, plan C dulu, plan A kemudian, plan B terus tak jadi. Tak mengapa, have faith, rancangan Allah sebaik-baiknya.

Count your blessings, alhamdullilah masih sihat tubuh badan, masih cukup makan pakai, masih boleh berjalan sana-sini. Jangan pentingkan diri-sendiri. Sebab apa?

Sebab ko kena jaga anak orang, jaga elok-elok laa. Orang yang ko sayang janji sehidup semati tu bernyawa dan ada perasaan juga. Please laa bertolak ansur sikit. You win some, you lose some.

Acik tau ade jer isteri/suami yang sengal tahap gaban. Tapi itu lah, ubah la mindset tu sebelum kahwin. Isteri/suami tu anak orang, bernyawa, bukan untuk dihalalkan semata.

Pernikahan tu jauh lagi perjalanannya, banyak benda yang perlu diperbaiki tapi memang tak boleh buat sorang-sorang.

Pernikahan itu satu partnership untuk jadikan diri kita, isteri/suami dan anak kita sebagai insan yang lagi hebat.

Panjang pulak acik bebel, now acik nak sambung Psycho Pass. Ok bye!

– Acik Anime (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *