Nak merungut boleh?

Aku bukan student IIUM pun tua dah 26tahun kerja dah pernah kahwin

nak tanya korang pernah tak rasa yang hidup ni tak adil?
selalu tak dapat apa yang kau nak?
tak bersyukur?
rasa kau layak lebih dari apa kau dapat sekarang?

meh nak cter sikit

aku lah orang yang selalu merungut tu tapi dalam hati je laa tak kan nak citer how negative I am kat orang lain kn
orang lain nampak kita macam positif je tau
Ya rabbi susah nya nak positifkan diri hari-hari
tapi aku berjaya je cuma dalam memberontak
Solat awal siap buat solat sunat tahajud tapi hati tetap memberontak

dan suatu hari yang aku rasa aku dah dapat yang aku nak semua yang aku nak.
Suami yang baik,kerja yang bagus, ada rumah kereta hidup sempurna lah.
Dan setahun berkahwin dikurniakan cahaya mata. Alhamdullilah. Aku bahgia.

tapi semua tu sekejap sahaja dalam 2tahun perkahwinan Allah tarik balik pinjaman bahgia tu.
Allah jemput suami dan anak tinggal lah aku seorang diri kembali kepada aku yang dulu tak bersyukur dan cakap kenapa aku? tambah lagi dengan nasib aku yang tak berapa nak baik ni.

aku dah tukar kerja lagi baik, banyak gaji tapi aku tak bahgia.
hari-hari nangis, sebelum tidur, lepas solat, lepas ngaji, lepas tengok citer sedih tak sedih pn nangis, tgk orang lain bahgia lagi sedih.
mungkin aku tak cukup bersyukur masa aku dah dapat nikmat Allah.
mungkin aku pernah terlupakan Allah tu Allah tarik nikmat untuk kembali kepada Dia.
Aku tau ujian aku ni tak cukup besar nak banding dengan orang lain.
Aku tau dan aku cuba untuk bersyukur sebab masih hidup untuk mengumpul pahala Allah tapi jauh di sudut hati aku tak puas hati. hurmm

saja nak merungut dalam ni. fuhh lepas sikit rasa sebab kalau tak asik merungut dalam hati.

Doakan lah aku temui ketenangan. Amin sekian.

– Aku seorang pendosa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit