Nak Minta Nasihat Sikit, Boleh?

Assalamualaikum para pembaca. Aku ni jarang2 post sini.

Sedikit pengenalan, aku Pn Pink, ibu yang bekerja dari rumah as admin dengan gaji yang agak lumayan, kalau sekali allowance boleh la dapat around RM4800 tapi if aku shift pagi, gaji basic sahaja around RM4000.

Aku cuma curious dan sedang mengalaminya, kenapa selalu duit tak cukup eh?

Gaji aku awal around 25th dah masuk. Dekat2 lagi seminggu lebih nak ke next gaji, habis dah. Confirm akan keluarkan balik simpanan asb yang aku simpan pada awal bulan.

Commitment yang aku bayar, hantar anak taska RM650, phone dan internet RM250, insurance aku dan anak RM500, hibah RM200, asb RM600-RM800, coway RM65.

Yang husband aku bayar rumah RM1200, kereta RM600 dan PL RM640.

PL tu terdesak ambil sebab nak pindah haritu dan Inshallah kami akan bayar lump sum RM20,000 balance pada awal bulan depan sebab husband nak dapat duit jualan tanah so kami boleh bayar hutang tu.

Gaji suami aku basic RM3300 and suami aku bekerja di restaurant, cuti dan shift tak menentu.

Taska anak aku tu mahal sebabnya anak aku ni speech delay, so tak semua taska boleh terima dia, kiranya ni taska khas yang aku hantar ni.

Dari segi medical alhamdulillah company aku cover 100% so memang tak pernah keluar duit kalau sakit ke apa.

Macam mana aku berjimat dan asingkan duit, mesti akan tak cukup juga. Kadang kadang rasa masa awal bulan tu rasa macam banyak lebih, tapi dia akan jadi still tak cukup jugak.

Aku ni takdela setiap minggu keluar berjalan. Selalunya dalam sebulan tu adala 1-2 kali pergi mall tu pun untuk bawa anak jalan2.

Kadang kadang aku pelik jugak bila kita tengok orang lain kan, tengah tengah bulan still boleh makan sedap sedap dekat luar, macam banyak nya duit dia ni? Pandai dia simpan. Atau mungkin gaji dia memang banyak?

Minyak kereta pun jarang jarang isi sebab yelah wfh je kan and husband aku naik motor yang dah habis bayar.

Aku macam nak buat side income tapi tak tau nak start dari mana? Atau korang boleh tak share macam mana nak bagi cukup je belanja tu.

Oh aku ada juga bagi mak aku duit kadang kadang seratus atau kadang kadang aku tolong belikan barang dapur mak aku. Gitu jelah.

Kalau korang ada idea/nasihat, sila sila lah share ya.

Terima kasih..

– Pn Pink (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *