Bismillah. Semoga Allah lapangkan hati ini, permudahkan urusanku ketika menulis agar para pembaca dapat memahaminya dengan baik.
Saya adalah follower page ini, tidaklah lama benar dan tidak juga baru. Saya anak ke 2 daripada 6 adik beradik, atas saya adalah seorang kakak. Alhamdulillah saya dan adik beradik dimasukkan ke sekolah beragama sejak kecil sehingga sekarang.
Saya sekarang menuntut ilmu di luar negara dalam bidang agama. Tujuan saya menulis ini untuk meminta pendapat, saya buntu untuk bertindak seperti apa, bagaimana dan bila.
Baik, confession ini berkaitan ibu yang saya sayangi secara diam. Mengapa? Mengapa secara diam.
Saya pernah bergaduh besar dengan ibu masa saya form 3, dekat2 nak exam. Masalah yang mulanya kecil, tetapi menjadi sangat2 besar sehingga sekarang seakan-akan ada jurang yang besar antara saya dan ibu.
Sejak peristiwa tu, saya tak banyak berbual dengan ibu dan tak rapat macam sebelum ni.
Ibu saya seorang suri rumah sepenuh masa. Jadi bila ibu tiba2 berkurung dalam bilik, haaa. Sebagai anak, saya ingat ada buat salah apa2 lah sehingga ibu merajuk. Rupanya ibu saya seharian menghadap telefon nokia 3310 nya.
Keadaan menjadi pelik, bila abah pulang dari kerja, barulah ibu keluar. Dan iyalah nak dijadikan cerita, saya ni naif sangat2 bagi tahu lah abah, yang ibu selalu duduk dalam bilik dan keluar bila abah balik.
Entah macam mana, akak pernah dapat ambil telefon tu dari ibu dan kami baca mesej ibu dengan “someone”. Ibu dapat tangkap kami masa tu. Lepastu, akak saya ada pesan, jangan bagi tahu abah.
Tapi abah dapat detect dengan siapa ibu berkomunikasi. Entahlah lagu mana. Tapi saya masih ingat time saya tengah iron baju sekolah, dan rumah dah sunyi sepi, abah datang dekat saya dan tunjuk satu kertas.
Kertas tu macam list contact la, berapa hari ibu guna telefon, contact dengan nombor mana. Nombor yang sama, banyak kali naik dekat dalam kertas tu.
Dan harinya tiba jua, tertangkap. Masih segar bugar waktu abah hempas telefon tu ke lantai sampai pecah dan ibu peluk abah erat2 meminta maaf. Selepas tu abah keluar semula. Mungkin untuk tenangkan fikiran.
Ibu datang pada saya, dan melontarkan satu kata-kata yang sampai sekarang masih saya ingat. Tak perlulah saya ungkapkan di sini.
Ni cerita kenapa saya tak rapat sangat dengan ibu.
*********
Tahun demi tahun pun berlalu. Saya masih sayang ibu saya sehingga sekarang. Kalau tidak, masakan mungkin saya ambil tahu tentang ibu.
Macam yang saya kata di awal tadi, saya dah tak rapat sangat dengan ibu sehinggakan bila tiba masa nak ber video call, ibu senyap, saya pun senyap. Dan ibu pun jarang sangat join sekali bila saya call abah.
Baru-baru ni akak saya ada mesej, katanya nak berbual dengan saya, penting. Dalam fikiran saya, mungkin dia nak luah pasal kegusaran seorang perempuan sebelum bertunang lah agaknya.
Kakak saya ni baru lepas patah hati lepastu dalam sebulan gitu, ada orang nak bertaaruf. Dia jadi macam haaa faham2 lah perempuan. Yang bertambah stressnya lagi, dia tak nak berkenalan tu singkat sangat, tapi ibu kami sebaliknya. Haaa. Pening kan?
Akak saya ni, dia risau kalau2 lelaki yang nak bertaaruf dengan dia ni buat rancangan apa semua benda tu, dibelakang pengetahuan dia.
Puas saya pujuk, takkan la lelaki tiba2 nak datang meminang apa semua tanpa bagi tahu. Tambah2 sekarang tengah musim covid-19 ni.
Disebabkan risau yang melampau, dia pun senyap2 buka whatsapp ibu di laptop untuk tahu apa yang dibualkan oleh si lelaki dan ibu. Tetapi lain yang dia jumpa, ada satu mesej lucah antara ibu dan lelaki yang kami tak kenali langsung. Ajak jumpa di hotel dan sebagainya.
Berderau darah dengar. Rasa darah saya saat tu turun laju ke bawah. Kami tak tau nak bertindak bagaimana. Ibu tak tahu yang kami tahu. Abah lagi2 lah tak tahu perkara ni.
Lelaki tu ada minta gambar ibu dan ibu bagi (gambar selfie sahaja). Tapi saya risau ibu masuk perangkap lelaki tu. Iyalah, saya tak yakin kalau laki tu sayang ibu. Sayang apanya kalau dah begitu.
Saya pun tak pasti tindakan akak tengok mesej ibu betul ataupun tidak. Tindakan kakak saya tu, abah saya tahu, cuma abah tak tahu berkenaan ibu.
Inilah tujuan saya menulis, meminta pendapat, saya pernah gaduh besar dengan ibu sebab hal ni, plus, saya pula tiada di Malaysia sekarang,
Jadi saya tak tahu nak bagi tahu abah ke atau tunggu dan lihat (kalau terbongkar, terbongkarlah, kalau tidak, senyap sahaja) atau berterus terang dengan ibu yang saya dah tahu dan nasihatkan ibu (hok ni berat, kalau ini jalannya, saya kena tempuh sekali lagi seperti sebelum ni).
Saya hanya mampu berdoa, semoga berkat Ramadan yang tersisa ini, lelaki tu insaf dan ibu buang atau block nombor lelaki tu.
Saya mohon jangan kecam ibu, baik buruk ibu, dia lah syurga saya, doa ibulah yang paling mustajab.
Akhir kata saya minta maaf seandainya luahan ini berbelit-belit. Setiap ujian yang Allah beri, tanda Allah sayang kan? Yang tengah struggle dengan hidup, kuat tau.
– Angah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit