Nak Murah Rezeki?

Assalamualaikum wbt. Hai aku Nini. Aku anak yang ketiga daripada 4 orang beradik.

Since pernah berlaku jugak kelebihan ni dalam hidup aku, aku rasa nak share sikit supaya kita dapat amalkan dalam kehidupan kita. Mungkin ada yang pernah share tapi aku nak share jugak, haha.

Satu hari, mak dan ayah aku suarakan nak pegi umrah. Diorang kata nak bawak aku dan adik aku. Adik aku budak pandai dan tiap bulan akan dapat biasiswa.

Aku? Baru mula kerja. Baru 3 bulan mula kerja yang boleh dikatakan gaji ala kadar sahaja. Bila kira-kira lepas tolak semua hutang setiap bulan (contoh: kereta, ptptn dll) aku hanya boleh simpan sebulan RM200.

Mak dan ayah aku plan nak pegi umrah lagi 5 bulan. Mak aku cakap ‘kalau tak ada duit tak payah pergi’. Tapi dalam masa yang sama mak aku nak support pakej umrah adik aku yang sedia ada dapat biasiswa tu.

Sedih sangat hanya Allah je yang tau. Aku agak ayah aku nampak mata aku dah berair. Time tu dia nak pegi masjid dah. Sambil aku dengar alunan azan kat tv yang mendayu-dayu tu memang sangat meruntun la.

Ayah aku cakap, ‘Tak apa, kita usaha sama-sama. Allah dengar doa kita. Mintak kat Dia’. Lepas tu aku jadi semangat balik.

Gigih tak gigih jangan cakap la. Tiap hari aku kurangkan belanja dekat ofis. Aku nak simpan jugak duit. Cukup tak cukup belakang kira. Tapi dalam aku tak cukup duit tu aku tetap amalkan sedekah.

Aku suka sedekah dekat seorang pak cik yang dah tua dan buta dekat pasar malam di area rumah aku. Aku malu nak cakap dengan pak cik tu untuk doakan aku. Jadi aku cakap dalam hati je. Aku doa supaya Allah sampaikan hajat aku dekat pak cik tu supaya doakan aku.

Selain tu, aku akan baca surah-surah berkenaan rezeki contohnya surah Al-Waqiah. Untuk pengetahuan, aku akan baca setiap hari tanpa miss sampai aku dah boleh hafal surah tu alhamdulillah. Ayat 1000 dinar pun aku amalkan.

Kalau kita tengok maksud doa tu, ‘Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar). Dan diberikannya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah maka dicukupkannya (keperluannya)’.

Best kan? Dapat rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Tapi kena usaha, doa dan tawakal jangan lupa.

Ada satu malam tu aku termimpi ada orang bagi duit 5k dekat ayah aku supaya berikan kepada aku. 5k tu harga pakej umrah. Aku taktau nak percaya atau tak. Tapi aku happy sangat. Aku tak sempat nak share mimpi aku dengan ayah aku sebab time tu bulan Ramadhan.

Ayah aku sangat sibuk sebab dia bilal dekat masjid. Lepas habis solat teraweh, kami makan moreh dekat rumah. Tengah kami makan tu, ayah aku bukak cerita. Dia kata ada orang yang tak dikenali bagi duit dekat dia.

Aku macam omg betul ke??? Dup dap dup dap. Ayah aku kata orang tu bagi RM500. Fuhh. Ok la angka ‘5’ jugak keluar walaupun satu lagi ‘0’ hilang, huhu.

Aku tak nafikan juga ayah aku sangat suka bersedekah. Mungkin berkat suka bersedekah yang menyebabkan dia murah rezeki dan secara tak langsung aku pun dapat juga bahagiannya.

Ayah aku ada la sikit tanah. Tahun tu harga getah mencanak naik. Ditambah dengan duit rumah sewa, Ayah aku bisik dekat aku yang dia akan cover pakej umrah aku. Alhamdulillah.

Time tu aku dah dapat kumpul beberapa ribu jugak la. Ayah aku kata duit yang kumpul tu boleh belanja di mekah/ madinah dan boleh simpan juga. Alhamdulillah.

Aku doakan sesiapa yang ada keinginan untuk pergi umrah/ haji tapi duit masih tak cukup dipermudahkan insyaAllah. Jangan risau. Allah nak tengok usaha kita. Sejauh mana kita berusaha ke arah keinginan kita. Bukan hanya duduk menunggu rezeki tiba.

Kadang-kadang rezeki yang nak masuk ke dalam mulut pon boleh terjatuh. Kerana itu bukan rezeki kita. Dalam harta kita juga ada hak orang lain. Sebab tu Allah ciptakan manusia ni ada kaya dan miskin.

Jom berkongsi rezeki :)

– Nini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *