Nak Naikkan Gaji Dari 2K ke 5K?

Hai assalamualaikum.
Ni aku ambik iktibar dari kehidupan kawan aku, so aku nak share apa yang menariknya kehidupan dia sampai gaji 5k padahal kerja sendiri, gaji tak menentu.. Ada bulan takde gaji tapi relax je..

Ni takde kaitan jual penapis air ke, jual insurans ke, join MLM k.

Tips dia….
1. Dia tolong parents dia kaw2 wey. Bayar bil rumah. Bil bukan calang2, air, elektrik, astro. Bukan sebab dia kaya dia tolong bayar, tapi menurut pemerhatian aku, sebab dia bayar lah dia jadi kaya!
Sebab yang aku tau, dia tolong bayar bil dari masa dia study kat u lagi.

2. Sebelum keluar rumah dia perhabis settle semua A sampai Z segala urusan kat rumah.. Jemur kain, mengemas.Mesti mak dia redha kan?

3. Dia jenis tak putus2 call kawan, call sedara dia.. Bosan keluar ngan dia, mesti ada je nak call sedara lah , apa lah. Rupanya dia jenis jaga silaturrahim. Dia pun easy going.. Kat u pun asyik call mak dia jee..

4. Semua orang kawin dia bagi hadiah punya. Jeles aku.. Banyak duit dia.. Dia rajin memberi so Allah ganti lagi banyak. Jangan nak kata alah dia banyak duit sebab tu senang memberi.
Aku kenal lah dia dari semiskin makhluk.

5. Rajin sangat belanja kawan..huhuhu, aku tak tau lah , aku dulu takde duit kat u pun dia rajin offer nak pinjamkan duit . Padahal masetu dia kerja part time kat mana entah gaji pun ikut jam.

6. Korang tau tak, dia penah cakap kat aku suruh teman hantar makanan kat satu badan kebajikan ni. Aku syak tu dia yang bagi. Tapi dia punya pusing cerita tu, dia ingat aku tak kenal dia?

7. Dia kerja pun ada passion. Tak macam kita, nak kerja je mula lah bagi alasan letih lah apa lah..mood swing pun bawak sampai kualiti kerja hilang.

8. Common sense dia tinggi. Naik kereta kawan tau nak menghulur, duduk dengan parents bukan nak goyang kaki.. Tak menyusahkan orang. Buat semua benda sendiri, kalau tak boleh buat diam diri . Bukan semua nak harapkan pertolongan orang.

Btw dia umur cam korang.. Ye macam korang bebudak fresh grad.. So , aku plan nak berguru lah macam mana dia konsisten buat camtu. Tapi aku awkward nak tanyaaa sendiri..

– Kawan kau

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *