Nak Nikah Lagi? Silakan… II

Untuk part I, (https://iiumc.com/nak-nikah-lagi-silakan/).

Assalamualaikum. Durian kembali lagi sebab nak jawab soalan soalan dan kata kata kalian. Tepuk dahi aku baca komen korang. Komen hari tu dua tiga orang je triggered. Bila buat confession, lagi ramai rupanya. Hahhaha.

Sebelum tu, kepada sesiapa yang rasa confession saya sebelum ni buang masa, sila jangan bazirkan lagi masa anda baca confession ni ye.

Pertama sekali, terbuktilah apa yang telah diperkatakan yang perempuan mempunyai 9 nafsu dan 1 akal bila saya baca semua komen kalian. Hahaha.

Korang baca confession saya tapi tak faham betul betul. Yang korang fikir ‘Durian ni sembang kencang’, ‘kalau betul betul bermadu padan muka’ dan macam macam lagi komen berbaur negatif.

Saya nak tanya, yang komen macam macam dalam tu dah bermadu ke? Atau suami korang ada perempuan lain kat belakang? Atau korang curiga dengan suami korang?

Sebab cara komen macam ada pengalaman. Dia macam “kau nak sangat ye bermadu. Ingat best? Aku doa kau bermadu. Nanti kau tau la macam mana.”

Persoalan pertama yang saya nak jawab sebab ramai yang tanya,kalau kasi suami kahwin lagi, kenapa cek handfon suami? Sebenarnya, korang cek handfon suami sebab risau dia ada perempuan lain je ke? Sempitnya lah fikiran.

Awal awal dulu saya cek sebab dia kaki game. Saya nak tahu dia main game apa. Lama lama cek sebab suka suka. Kalau dia ada rahsia, dia tak kasi password kat saya.

Dia buat password pun sebab anak anak. Suami saya jenis pendiam. Jadi, bila saya cek, selalunya saya tahu something.

Saya dapat tahu mak dia demam tapi dia tak bagitahu saya. Tiba tiba je ajak saya balik rumah mentua. Kalau saya tahu mak demam, boleh buat bubur ke,masak apa apa untuk mak.

Saya dapat tahu dia ada pinjamkan duit kat kawan (lelaki). Saya dapat tahu ayah dia jatuh motosikal tapi tak serius pun lah sebab tu senyap je.

Saya tahu dia sangat sibuk dan penat dengan kerja dari whatsapp group kerja dia. Jadi, saya boleh tolak ansur kenapa kadang kadang dia balik kerja tak layan anak isteri dan terus tertidur.

Dia bukan selalu sibuk. Bila ada projek, dia sibuk. Kalau tak, balik kerja dia akan main dengan anak anak. Jangan ada yang ‘longkang’ cakap entah entah suami ada projek dengan perempuan lain pulak. Cuba cuci sikit otak dan fikir benda baik baik.

Saya suri rumah tetapi pernah bekerja satu bidang dengan dia. So, tahu kerja dia. Cuma tak tahu bila dia busy dengan projek atau tak. Dia tak pernah cakap dia penat. Dari handfon dan email dia saya tahu workload dia dan saya tahu dia sangat penat.

Ada jugak saya jumpa kenangan kami sebelum bercinta. Dia masih simpan. Zaman kami masih beraku kau. Zaman kami tukar jawapan assignment. Haha. Kenangan dengan ex dia pun ada. Hahaha. Tipulah kan kalau tak ada langsung rasa curiga.

Kebanyakan isteri macam tu. Saya takut dia senyap senyap ada perempuan lain. Takut dia buat dosa kat belakang sebab dia memang tak mampu nak adil buat masa sekarang. Setiap sen gaji dia saya tahu kemana.

Bukan saya busy body. Tapi memang dari awal kahwin dia sendiri akan bagitahu kemana duit dia pergi. Sebab tu saya takut dia ada perempuan lain. Gaji dia sekarang cuma mampu untuk saya seorang dan anak anak. Mana saya tak risau kalau dia ada perempuan lain?

Kedua yang cakap kesian kat husband sebab baru 5 tahun kahwin dah penat dan nak pass kat orang. Untuk pengetahuan puan, saya tak nak pass kat orang tapi saya nak share. Lain tu ye.

Ramai jugak yang cakap poligami tak seindah yang dibayangkan. Betul. Saya cakap pasal me time tu contoh sahaja seperti yang diceritakan di dalam confession Sebenarnya Saya Isteri Dia.

Bukannya nak madu sebab nak me time. Pendeknya fikiran kalau fikir macam tu. Poligami tu satu komitmen yang sangat besar. Saya cuma bagitahu 1 contoh positive bila bermadu. Hujung komen pun saya gelak.

Buat yang cadangkan hantar anak kat pengasuh dan keluar lah ber-me-time. Kalau boleh buat, saya dah buat. Tapi nak hantar pengasuh pun perlu duit kan.

Saya tahu poligami tu susah, sakit, mesti ada cemburu walaupun redha. Sebab tu la saya terima dan terbuka pasal ni. Saya tak cakap pun saya tak akan cemburu.

Saya pun manusia. Tipu lah tak cemburu. Cuma saya redha dari awal. Saya rasa lagi banyak kes suami ada perempuan atau kahwin lain tanpa pengetahuan isteri pertama.

Yang tu laaaagggiiiiiii sakit. Saya pun tak boleh terima kalau tiba tiba kantoi suami ada perempuan lain. Jadi, lagi baik saya terbuka. Lagi ok kalau suami jujur dari kantoi selepas bertahun dia dengan perempuan tu.

Puan puan yang perli perli tu yakin ke hati suami milik puan seorang sampai akhir hayat? Lupa ke puan puan bahawa Allah lah pemilik setiap hati?

Kepada yang perli dan sinis dengan confession saya sebelum ni, kadang Allah juga uji kita dengan perkara yang kita tak jangka dan tak mahu sebab Allah lebih mengetahui.

Ingat tu sebelum doakan orang perkara yang kita sendiri tak nak. Sekurang kurangnya saya lebih bersedia kalau tiba tiba saya diuji dari puan puan yang yakin sangat suami setia sampai hujung nyawa.

Kepada yang fikir suami tak nak kahwin lain sebab saya pun dah peningkan dia. Hahaha. Puan. Talak kat tangan lelaki. Titik. Kepada yang cakap pasal pisang, saya no komen. Saya anggap tu komen dari yang tak pakai akal.

Kepada yang tanya, kalau rela, kenapa buat fake akaun, kalau betul nak, guna real akaun so senang kalau ada yang nak bermadu. Ni pun contoh 9 nafsu 1 akal.

Takkan saya nak main terima saja siapa madu saya. Saya nak kongsi bukan nak kasi suami kat dia. Saya nak kami sama sama ke syurga bukan kami jadi penyebab suami ke neraka.

Yang volunteer tu, boleh tinggal fon number ye. Nanti bila suami dah mampu, saya sendiri contact cik kalau betul cik nak. Tapi cik nak berkongsi ke? Hahaha.

Majoriti komen yang saya baca lupa perkataan MAMPU. Oh ya. Yang doakan supaya saya bermadu tu, tolong jangan doakan macam tu. Doakan supaya suami saya MAMPU untuk berpoligami. Saya tak nak kalau suami tak mampu. Mampu tu besar skop dia.

Bukan dari segi kewangan sahaja. Dia kena mampu jadi imam atau ketua yang adil dalam semua aspek.

Kepada yang fikir saya sembang kosong, sebenarnya kalau suami mampu, saya dah ada calon untuk dia. Masalahnya suami tak mampu. Sangat tak mampu. Jujur saya sedikit kecewa.

Suami yang mampu mesti la the best husband. The best in every aspect. Kalau hati seorang isteri pun dia tak mampu jaga, macam mana nak jaga lebih dari seorang? Kalau suami mampu, saya nak share dengan perempuan lain yang tak ada suami sebab saya kesian.

Di sekeliling saya ramai sangat perempuan yang berumur lebih 30 tahun tetapi belum berkahwin. Hidup bergantung dengan diri sendiri. Ada tu yatim piatu, sebatang kara. Ada yang janda sebab ex suami bermasalah. Yang ada anak, lagi kesian.

Itu yang mendorong saya untuk bermadu JIKA SUAMI MAMPU. Macam mana saya boleh fikir perempuan lain happy hidup sorang?

Ada yang fikir saya sebenarnya stress dan ada masalah dengan suami sebab tu saya tak kisah. Saya sayang suami saya dan tak boleh tanpa dia. Dia panggil saya ‘sayang’ di hadapan semua orang walaupun saya tak pernah bahasakan diri saya ‘sayang’.

Setakat suami tidur tempat lain 2, 3 malam tu, dia ada bukannya tak ada. Dia suami terbaik untuk saya. Dia penuhi keperluan dan kemahuan saya mengikut kemampuan dia. Dia telah sediakan hibah hampir 1 juta untuk saya jika dia meninggal sebab saya tak ada pendapatan.

Dia ajar saya bagaimana nak labur duit hibah supaya duit itu tidak habis jadi saya tak perlu kerja sampai bila bila. Sekarang pun dia kasi saya duit belanja lebih dari belanja untuk diri dia sendiri. Walaupun saya tak kerja, selalunya duit dalam akaun saya lebih dari akaun dia.

Dan dia tak sentuh duit yang dia dah beri pada saya. Saya tak pernah minta berapa yang dia perlu beri walaupun tiap bulan dia tanya berapa saya nak. Begitukah rumah tangga yang dikatakan bermasalah?

Berapa ramai kat dunia ni suami suami yang berfikiran begitu? Berapa ramai suami yang masa hidupnya risaukan isteri jika dia meninggal?

Oh ya. Jangan fikir nak jadi madu saya sekarang sebab semua benda tu. Buat masa ni, suami hanya mampu sediakan untuk saya seorang. Tak pernah terfikir ke puan puan bahawa mesti ada sebab kenapa Allah izinkan lelaki yang mampu untuk bernikah 4?

Kepada yang doakan saya dapat madu yang akan ‘rampas’ suami dari saya, kenapa? Kenapa doakan yang tak elok untuk orang lain? Kenapa tak doakan supaya saya dapat madu yang juga redha dan sudi kongsi susah senang? Awak. Sila pergi cuci hati awak. Berkeladak sangat dah tu.

Saya tertarik dengan satu komen;

“Perempuan yang triggered ternyata punya inferiority complex. Bila diaorang jenis tidak mampu maka dia pun nak orang lain masuk dalam class mereka juga.

Premier League mana nak sama dgn secondary league. Letak diri pada tempat yang sepatutnya. Monogami sesuai untuk yang tahan monogami sahaja. Yang berupaya poligami maka silakan. Sama juga berkahwin. Boleh jadi harus, sunat ataupun haram.”

Akhir kata, jika puan rasa saya over confident dengan kata kata saya, puan juga jangan over confident dengan suami puan puan. Allah jua lah pemilik hati.

Hati suami puan bukan milik mutlak puan ye. Benda yang terang terang haram pun boleh terjadi, apatah lagi benda halal (poligami). Saya doakan puan puan juga mampu REDHA jika ia terjadi. Opsss… Saya tak doakan puan puan bermadu ye.

– Durian (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *