Nak Pinjam Ke Tak?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih admin kalau sudi siarkan tulisan aku ni. Ok, first aku baru grad, lepasan universiti awam dan peminjam pt*** dengan jayanya. Tulisan aku ni sebebarnya KHUSUS untuk adik-adik yang masih belajar dekat kampus sana nu yang masih BELUM TAHU..tapi kalau tulisan ni bawa manfaat untuk orang lain, you can take it or share it.

Melihat teme sendiri yang struggle gila bekerja sambil belajar sampai berjaya, so aku nak share sikit beberapa tips mengelak pinjaman pelajaran (berdasarkan pancaindera):

1. Tangan
MENULIS
– melalui pengamatan aku selama ni, kalau korang ada minat dalam menulis atau suka share something dekat org lain, apa kata korang guna kelebihan tu untuk raih pendapatan
-utusan malaysia(sabtu), berita harian(ahad), mingguan malaysia(ahad) ada ruangan untuk sesiapa berkarya. Utusan sabtu pun sekarang tengah ada pertandingan cerpen, puisi sampai oktober ni. Pemenang cerpen akan dapat RM1000, puisi pulak RM500. So, korang try try je lah menulis mana tahu kot kot ada rezeki.
– sekarang ums ada buat pertandingan menulis, cuba korang hantar karya memasing. Bln 2 ni pulak ada pertandingan hari pengguna, hadiah pun lumayan, dapat jugak kit tambah pengetahuan kan.
– kenalan kawan aku dulu jugak tak pinjam pt, dia guna kemahiran menulis dia untuk cari duit. Ok lah, worth it.
– korang boleh cuba cari mana-mana penerbit yang sudi terima karya korang. Banyak dah sekarang ni aku jumpa penerbit yang nak terima karya-karya penulis baru, ikut kebolehan korang lah. Aku percaya korang semua berbakat! Try!
– ada jugak yang buat duit dengan blog, sistem affiliate, novel, karya bebas, tak kisah apa-apa pun yang penting korang cuba hantar.
– psst..ramai tau orang jadi kaya dengan menulis. Jangan pandang sebelah mata! Nak-nak kalau buku tu jadi bestseller, cetak banyak kali, tapi……nak menulis mesti kena ada ilmu, niat kena betul, baru rezeki tu datang tanpa kita sangka. mesej kita tu yang penting, bukan setakat fikir duit saje..

MELUKIS
– kalau siapa ada bakat melukis tu apa kata jual karya korang yang osem tu. Aku pasti mesti ada punya yang akan tertarik.
– guna fb, ig, wasep, twitter, kawan-kawan atau apa-apa cara untuk promot korang punya produk. Yang penting kena positif!

PEREKA GRAFIK
– sape sape yang pandai design tu bolehlah ambik upah design poster ke, ape ape je lah yang boleh asah lagi bakat korang.

JURUGAMBAR
– ada kawan aku buat part time kenduri kawen, event- event tertentu, at least boleh tambah duit kan. Yang penting pandai cari peluang

DROPSHIPPER
– ini korang just promot je barang-barang yang korang nak jual, tak kisahlah baju ke, beg ke, pomade ke (kalau ada dropship lah), sesetengahnya tak perlu bayaran pon, dan stok pon korang tak perlu simpan, so korang memang tak kan rugi lah!
– psst..ada orang berjaya dapat 10k++ hasil dropship buku! So,korang pon boleh!

*ada jugak aku jumpa org jual ig(setiap hari pasti akan ada orang yang baru daftar ig), jadi penterjemah buku, edit tesis ke, jaga kedai ke, bungkus makanan ke, apa apa je lah korang cuba cari.

2. MULUT
PROMOTER
– Dulu aku selalu jumpa weekend promoter, dkt aeon wangsa maju n etc.. so korang boleh try bagi yang suka bercakap tu

PART TIME DEEJAY
– kawan aku dulu ada yang dijemput jadi deejay kenduri kawen, program kampus, so daripada situ bolehlah bantu bantu jugak kan.

GURU NGAJI
– ini, disamping ajar budak budak, orang dewasa mengaji, banyak pahala kot kau dapat bila setiap satu huruf tu diorang baca! Best kot weh! Yang penting kena tahu tajwid, bacaan yang betul eh, kalau tak, kesian pulak diorang tu kalau suka suka hati je kau ngajar.

TUTOR
– kalau tak pandai ajar subjek sek men, korang try lah sek ren punya. InshaAllah mesti boleh!
– walaupun duit dapat masyuk jugak, mengajar pon kena betul betul, jangan nak tak nak je.

FASI
– aku pernah jadi fasi kem waktu cuti atau ada program tertentu, dapat dalam RM50-150 ikut hari. Yang penting pengalaman tu berharga gila. Dah grad nanti baru tahu!

3. KAKI
Ini nota tambahan
– aku suka jugak join program program kampus. Kadang bila diorang buat makan makan dapatlah jimat duit kita, haha..masjid kampus aku dulu kalau ada qiam sebulan sekali, pagi tu diorang buat makan makan, so sambil buat pahala, dapat makan sekali, hahaha bijak tak.
– aku pun bukan jenis kaki belanja, so banyak lah jugak duit aku jimat. Kadang makan pun pernah RM2 je sehari lauk nasi, telur goreng, kuah sikit. Aku tahu korang pon mesti ada yang pernah buat macam tu. Tapi tu kadang kadang je lah.. kalau rasa teringin sangat, belilah.
– jangan lupa sedekah, dhuha, doa ibu bapa tu penting! Dan baca surah waqiah untuk murah rezeki.
– ha…sebelum aku terlupa, kalau korang perasan lah, setiap bulan pasti akan ada peraduan..menang duit ke, kereta ke, korang cuba lah masuk tengok..kot kot ada rezeki..kenalan aku pernah menang! Terkejut gila aku. So kalau korang dapat hadiah nanti, jangan lupa share dengan aku sekali! haha ok gurau.

Fuhhh…aku rasa panjang gila dah aku tulis. Ini cuma cadangan aku untuk korang yang tak nak buat pinjaman eh. Yang dapat biasiswa tu alhamdulillah. Kalau korang nak proceed juga atas sebab sebab lain it’s ok. Apa apa pun hati kena kental, usaha, ikhtiar, jangan putus asa, dan tawakal. InshaAllah korang mesti boleh punya!

kalau ada penambahan silakan, kalau nak kritik pon ok. Doakan hajat aku nak setel pt ni cepat cepat. Kalau ada rezeki teringin nak pergi haji tahun ni. Pinjaman pt aku pun dah tinggal sikit. Doakan aku! Aku pon teringin nak jadi bussinesman dan penulis yang berjaya. Semoga hajat aku dan korang semua tercapai!

Yang masih berhutang macam macam jangan terlalu stress,masih ada waktu. Yang penting kita bayar hutang slow slow. Selamat maju jaya. Semoga Allah murahkan rezeki korang semua! Amin.

-The Writer-

– The Writer

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit