Nak Rasa Seronok Pun Kena Struggle

Assalamualaikum dan hai. Sebelum ini Aku tak pernah luahkan apa2 cuma kali ini aku nak cuba nasib. Manalah tahu tiba2 luahan ini disiarkan dan mungkin dapat pembaca.

Aku gelarkan diriku sebagai Citra umur 27 tahun dan masih lagi bujang. Luahan Aku kali ini adalah mengenai pekerjaanku.

Lepas aku habis belajar, aku bekerja di sebuah syarikat printing dan grafik. Sejujurnya sepanjang kerja dekat situ aku sangat seronok. Aku dapat jadi diriku yang sebenar.

Aku seorang yang sangat suka bergurau dan mudah terhibur. Walaupun kadang2 mungkin ada sedikit cabaran saat melayani pelanggan yang datang, tapi tekanan tu hilang bila kita ada kawan yang memahami.

Bos aku pun sangat baik dan sehingga kini aku sayang dan rindu tempat kerja lamaku.

Sehingga lah satu hari bos aku terpaksa mengambil tindakan untuk memberhentikan pekerja disebabkan kedai itu tidak bertahan lama, dan aku salah seorang pekerja yang terpaksa diberhentikan.

Masa tu aku rasa sedih sangat. Duniaku gelap. Hampir sebulan aku menangis, murung.

Entahlah. Aku pun taktau kenapa aku sayang tempat tu.

Bagi sesetengah orang, buat apa nak stay lama2 sedangkan kita ada peluang yang lebih cerah di tempat lain, lebih2 lagi aku ada pelajaran dan sepatutnya aku perlu pergi mencari kerja yang sesuai dengan kelayakan aku.

Tapi tulah aku tak sedia. Aku sayang kan kerja aku persekitaranku, kawan aku.

Dan sekarang ni aku bekerja di sebuah syarikat yang pada zahir menjadi idaman staf.

Syarikat tu ada menyediakan banyak kemudahan kepada pekerja terutamanya kemudahan perubatan, kerja yang fleksibel, kenaikan gaji, pangkat dan sebagai nya. Jawatan aku juga sebagai Pegawai bahagian pentadbiran di situ.

Walaupun gaji lebih besar dari apa yang aku dapat sebelum ni, tapi aku tetap rindu tempat kerja lamaku. Personaliti aku juga turut berubah dari seorang yang ceria kepada pendiam.

Aku pun tak tau kenapa. Walaupun dah hampir setahun aku kerja di tempat baru, aku masih gagal sesuaikan diri.

Mungkin akan ada pendapat aku tak bersyukur bila berada di tempat sekarang. Tapi entahlah.

Kadang2 aku tak tahu apa yang aku nak sebenarnya. Cuma yang aku tahu, masa aku kerja di tempat yang lama, aku tak pernah berkira waktu balik.

Aku tak kisah jika aku terpaksa balik lambat, kerja waktu cuti. Aku seronok je masa tu.

Tapi sekarang, bila masuk kerja pukul 8, Aku tak sabar nak tunggu pukul 5. Bila mula kerja hari isnin, aku tak sabar nak tunggu hari minggu.

Ya Allah adakah aku hambaMu yang tak bersyukur?

Mungkin juga aku tak sedia terima jawatan yang tinggi? Sebab aku seorang yang agak slow learner.

Nak ajar aku perlu kan kesabaran yang tinggi. Dan setakat ini, hanya bos aku di tempat kerja lamaku yang sangat sabar ajar aku sehingga aku pandai untuk uruskan kedai dia.

Entahlah aku pun taktau. Aku rindu sangat tempat kerja aku yang lama.

Sekarang ni aku di fasa nak seronok pun kena struggle. Aku taktau kenapa aku tak move on dengan masa lalu.

Tolong doakan aku…

– Citra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Hi sis,

    Time to move on. Allah tidak remove sesuatu dalam hidup kita tanpa sebab. Semoga dipermudahkan urusan.

  2. Allah nak develop sisi baru dalam diri awak.. mungkin awak perlukan diri awak yang sekarang ini untuk hadapi sesuatu yg kita x nampak masa akan datang..insyallah akan datang awk akan memahami hikmah semuanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *