Hi, hari ni aku nak kongsikan tips untuk sesiapa yang ingin sambung Postgraduate Studies.
Untuk pengetahuan, aku dah lalui zaman terus sambung Postgraduate Studies tanpa memasuki alam pekerjaan sebenar, dan aku nak kongsikan tips aku untuk rakan-rakan supaya dapat elak kesilapan yang sama
Tips 1: Cari Kerja!!!
Bila aku cakap cari kerja, bukan aku nak suruh u guys lupakn impian untuk sambung belajar ke tahap yang lebih tinggi, tetapi untuk memahami landscape pekerjaan sebenar.
Di luar sana, Degree sudah memadai untuk dapatkan pekerjaan yang baik. Banyak students yang susah dapat perkerjaan dan end up sambung Master/pHD, tapi lepas saja grad rasa macam kena scam sebab pelbagai perkara dan reason paling utama:
Aku dengan kawan-kawan tak faham kehendak industri!!!
Kalau boleh try masuk industri yang kau target secepat mungkin lepas grad. Gaji kecil atau tak, tak kisah, asalkan kau boleh nampak ada development seterusnya, seterusnya kau boleh jadi apa dalam line of work kau.
Sebagai contoh: kerja jadi penghantar makanan agak lumayan katanya tapi tak ada development selepas tu. Takkan kau nak jadi penghantar makananan selamanya? Boleh kerja jadi penghantar makanan sementara menganggur, atau sebagai part time.
Tapi kau kena ada inisiatif untuk masuk industri walau dengan gaji yang sangat rendah asalkan kau dalam bidang tu tapi habis office hour sambung lah kerja part time hantar makanan untuk cari duit tambahan.
Kerja beberapa bulan/setahun dalam industri, dapatkan pengalaman, equip diri kau dengan valuable skills dan kau boleh demand gaji yang lebih tinggi!
Contoh: Kau sekarang grad dalam bidang science, kau kerja tak relevant dalam bidang sains pun tak apa, tp kau kena tahu lepas tu kau boleh kerja apa, line tu pergi mana dalam masa setahun, 3 tahun, 5 tahun, 15 tahun.
The best way, kau pergi buka LinkedIn, kau tengok progress career orang lain dalam jawatan yang sama. Cuba tengok beberapa orang, dan compare and contrast. Ambil input yang penting, try kaji dan replicate apa yang dia buat.
Tips 2: Sambung Master/pHD sambil kerja.
Bila kau da ada kerja, kau boleh sambung weekend class, or night class. Sebab kalau kau full time students pun jadual untuk postgraduate memang selalu dedesign untuk orang yang dah bekerja.
Tak semua lah, tapi most of it. Lagi-lagi sekarang waktu Covid banyak kelas Online. Ni untuk coursework.
Kenapa kena sambung lepas kau dah masuk industri. Sebab kau baru ‘nampak’ ada tak keperluan Master specialisation tu dalam industri.
Kesilapan aku dulu, aku discuss dengan kawan-kawan aku yang boleh kata semua buta industri. Sebab aku dengan kawan-kawan ambil keputusan terus sambung study tanpa bekerja terlebih dahulu.
Waktu tu kami nak jadi pensyarah, tapi walau dengan pHD sekarang ini, untuk jadi Pensyarah adalah sangat sukar kecuali kau bernasib baik terutama kalau kau dalam bidang sains, sebab mostly tak dapat kerja dekat luar terus sambung study.
Bayangkan dekat fakulti aku dulu, ada beratus student postgraduate, jawatan pensyarah dekat fakulti ada 2-3 kerat saja kemasukan baru.
Jadi, waktu kami discuss dulu tentang future, tentang apa specialisation yang kami nak masuk adalah berdasarkan knowledge yang sangat limited.
Yang lebih sedih kau buat research yang konon in trend dan tak ada langsung kehendak industri, dan lepas beberapa tahun, trend tu pun dah tak ada dalam academic world.
Yang paling malang, lepas saja kau grad pHD, kau baru realise kau buat research dalam bidang in things people dont care about in both industry and academia.
Ada yang kata, “what if aku kena buat research full time, sebab aku dalam bidang sains kena masuk lab.”
Boleh kau nak buat fulltime, tapi kau kena faham dulu, research kau tu needed tak dalam industry? Skill kau tu ada value tak dalam industri? Jadi nak buat keputusan bijak, kau memang kena kerja dulu.
Tips 3: Jangan Dengar Cakap Orang Walaupun Ibu Bapa Sendiri atau pun Pasangan dan terutama coursemate kau yang sama totally hopeless.
Career adalah kau punya personal journey. Kau kena decide dari awal mana kau nak pergi, ke hala mana, tapi kalau kau tak kerja dalam dunia pekerjaan, kau memang takkan nampak.
Kau kena masuk dulu alam pekerjaan baru kau nampak. Kau boleh research dari bacaan dari macam-macam method tapi unless kau masuk dalam bidang tu baru kau realise kehendak sebenar industri kau.
Contoh dulu, dekat Malaysia, in trend sangat bidang BioTech, kawan-kawan aku yang dalam bidang BioTech, most of them walau balik dari oversea sampai dah umur middle 30 masih tak bekerja/pekerjaan yang tak stable dan seumpamanya.
Setelah aku middle 30 an ni aku perasan yang bernasib baik orang yang dah left bidang ni masuk bidang non science.
Bila aku dah berusia, baru aku perasan yang segala discussion kami yang konon-konon budak pandai terpelajar ni sebenarnya useless dan tak reflect langsung dengan dunia sebenar walau ada pHD sekali pon.
Ramai saja kawan-kawan aku yang kerja Pensyarah ada pHD tapi bagi advise yang langsung tak relevant atau reflect dunia sebenar dekat students sebab mereka sendiri tak pernah bekerja dan students pulak percaya apa yang mereka katakan.
Termasuk aku juga, waktu aku ingin sambung Postgraduate, aku minta advise SV aku waktu degree, dan dia galakkan sambung belajar, rupanya dia tak pernah kerja pon.
Akhir kata, aku tak menyesal sambung belajar, tapi kalau aku kerja dulu, aku tahu mana specialisation yang ada needs dalam industry. Bila aku grad, aku realise apa yang aku specialist, langsung tak ada kehendak industri.
Special TIPS :
Untuk Progress Dalam Career especially kalau kau dalam bidang swasta. Kau kena ada skill yang boleh bawa duit. Tu saja sebenarnya. Bila aku maksudkan boleh bawa duit tak semestinya kau kena buat sales or marketing, tapi kau kena ada skill yang people willing to pay serious money!!!
Kebanyakkan postgraduate ada ilusi yang semakin susah sesuatu skill, semakin in demand. Let me tell you, its not how industry work at ALL.
Kalau skill kau tu pun rare, sangatla valuable dalam bidang research tapi tak boleh bawa duit NOW, basically langsung tak ada need dalam industry. Sebab industry is all about making money.
Kalau skill kau dapat selesaikan problem berkaitan duit, atau pun dapat buat penjimatan berkaitan duit, atau dapat generate duit, its how you earn serious money in industry.
Selagi kau tak ada high skill ni, kau takkan dibayar mahal lah. Bila aku masudkan berkaitan penjimatan duit, its need real tangible current result, bukan kau buat research konon-konon new product kau ni akan jimatkan duit, tapi kalau tak ada tangible product, so basically memang useless lah.
Contoh: Kau ada 1 skill yang boleh bawa income lebih banyak untuk company, skill tu tak semestinya kau kena menjual, tapi dengan skill kau, company akan generate lebih banyak revenue secara langsung, so kau akan jadi highly sought by the industry
So instead of collecting certificate, its very important for us to gain the high skills yang people willing to pay serious money if kau nak berjaya dalam industry.
Master ni bagi aku bagus untuk added value, tapi kau kena ada value dulu. Kau kena position dulu diri kau dalam industri baru kau add on value, dan kalau kau ada pengalaman kerja, baru kau akan tahu Master specialisation apa yang akan benefit career kau.
Tak make sense langsung kau nak add on value tapi kau tak boleh nak position kan diri kau dalam industri in the first place, betul tak?
Untuk pHD pun sama. Kau kena jadi expert dalam field kau, pHD tu as bonus untuk increase credibility, untuk kau jadi leader dalam field kau. Tapi kalau from beginning kau kosong, tak ada experience kerja, pHD kau tu macam tak ada makna pon.
Bila umur pengetahan 30an ni, aku dengan kawan-kawan yang sambung postgraduate sama-sama, memang ada suara yang kata menyesal, better kerja dari awal, kau ada pHD pun tak semestinya orang nak bagi kau kerja sebab kau ada knowledge dan skill yang tak menepati kehendak industri.
Lebih malang, sebab kau dah berusia, most company tak willing nak ambil kau kerja pun walau kau sanggup start dari exec level atas faktor umur dan course/specialisation kau tak ada kehendak dekat industry.
Sebagai conclusion: Nak buat apa-apa lagi-lagi keputusan yang besar macam ni bila korbankan bertahun tahun hidup kau buat research pastikan masuk dengan mata yang terbuka.
Jangan ulangi kesilapan aku dengan rakan-rakan, ada sijil yang gah, skill yang konon gah, rupanya tak ada value pon, kecuali kau dapat secure jawatan pensyarah.
Di usia pertengahan 30 an ada rakan-rakan aku yang still terumbang ambing sampai sekarang walau grad luar negara sekali pun especially kalau dalam bidang science. Sebab course langsung tak ada keperluan dalam bidang industri.
Setakat Selingan. Lepas tu jangan persoalkan la kenapa ramai pelajar tak nak masuk bidang STEM sekarang ni. Orang yang konon-konon juara dalam bidang STEM ni kebanyakkan kerja stable job dalam bidang gov. Konon2 STEM ni penting sangat untuk negara.
Tahu tak kami yang di usia pentengahan 30 an ni dulunya cream dela cream, ada yang belajar dekat luar negara, sampai sekarang struggle?
Manakala kawan2 aku yang lari masuk bidang non STEM lepas grad dari awal, sekarang dah ada kerja yang stable, dah mampu beli rumah, mampu beli kereta. Nampak tak banyak rakan-rakan yang berjaya waktu belajar tapi tak kemana kat keliling especially dalam bidang science?
Apa significant student straight A, masuk sekolah top dekat Malaysia, belajar oversea, masuk uni top 100, publish journal sana sini, at the end tak dapat menyumbang balik kepada negara sebab demand tu memang tak ada, sangat la limited?
Fikir-fikirkan la hakikat ini terutamanya pegawai-pegawai yang ada stable job tapi tak habis-habis promote field STEM dekat pelajar yang masih innocent.
Aku cuba berfikir positive untuk berjaya di masa hadapan tapi di saat ni ramai rakan-rakan aku yang dah putus asa. Sebelum covid pun memang susah sangat dapat pekerjaan dalam bidang STEM, dan buat kenapa kami ramai-ramai sambung belajar, apa lagi waktu bukan covid.
Untuk apply kerja dalam bidang berbeza, tak demand pekerjaan, ramai saja rakan aku macam tu, tapi aku ingat lagi aku kena tanya balik dengan interviewer dekat career fair bila aku mintak advise dia, yang aku ingat sampai sekarang yang lebih kurang berbunyi begini:
*Kenapa aku nak hire kau, yang grad dalam bidang science bila aku boleh hire berlambak lagi graduan dalam bidang tu dan aku tak perlu nak reskill balik sebab graduan tu dah menepati kehendak pekerjaan tu?*
Time tu lah macam halilintar menusuk dan aku tersentak dari lamunan yang panjang, yang kami ni possess skills and knowledge yang tak match khendak industri tu tadi.
Bagi aku, confession ni bukan dari pihak aku je, tapi untuk pihak aku dengan rakan-rakan yang alami nasib sama, bukan untuk simpati, tapi jangan ulang kesilapan kami.
– ateh nisa.s (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit