Nak Sewa Free Musim PKP

Tergerak hati nak menulis selepas terbaca komen satu confession tentang rumah sewa. Kalau admin approve terima kasih. Harap pembaca dapat sesuatu lah dari tulisan aku ni.

Ok, aku tuan rumah. Menawarkan khidmat sewa untuk perempuan atau wanita dengan harga mampu bilik. Penyewa aku tak ramai, dalam 22 orang sahaja total.

Semua rumah aku loan bank, belum kaya sangat nak beli semua rumah cash memandangkan umur aku pun masih awal 20 an. Belum berkahwin dan aku uruskan rumah sewa 100 peratus atas usaha dan titik peluh aku sendiri.

Aku tawarkan bilik sewa dengan harga serendah RM 350-RM 380 per person (Bukan rumah low cost) . Satu bilik 2- 3 orang.

Rumah aku semua apartment/kondo. Fully furnished, bilik aircond, perabot lengkap. Tilam tebal-tebal empuk belaka. Bersiap karpet, cadar, bantal berpenapis air bagai untuk penyewa menginap dengan selesa.

Oh ya harga itupun dah termasuk dengan bil dan utiliti. Termasuk dengan harga pengurusan bangunan sekali.

Penyewa boleh mandi swimming pool free, boleh main gym free, ada orang bersihkan koridor, ada wifi, ada orang kutip sampah, ada pengawal keselamatan dan saya sediakan juga kad akses untuk setiap penyewa penyewa aku.

Ok tu baru pengenalan. Isu nya sekarang pasal musim PKP ni penyewa ramai yang tuntut nak duduk free. Termasuklah penyewa aku juga.

Aku bagi diskaun kepada penyewa sebanyak RM 30-RM 50 seorang dan aku extend tarikh bayaran sewa kepada semua penyewa.

Sayangnya, ada segelintir penyewa aku yang tak bersyukur malah mempertikaikan tentang moritarium yang kerajaan beri kepada tuan rumah.

Ni nak cakap ni, bayaran rumah hanya penangguhan sahaja. Owner tak dapat free. Masih kena bayar. Yang korang duduk tu adalah rumah yang owner bagi servis.

Contoh, kau nak order makanan delivery, tapi kau kena bayar cas delivery sebab kau minta servis hantar sampai rumah. Kau guna servis orang, kau kenalah bayar.

Bila rumah ada kerosakan, tersumbat ke, aircond tak hidup ke, lampu rosak, kau berbalik pada owner. Owner settlekan masalah rumah dengan segera sebab tahu owner ni bagi servis. Sebab korang bayar bukan duduk free. Win-win situation lah.

Contoh kau pergi hotel, kau minta diskaun 50 persen atau pujuk minta free sebab covid, pihak hotel bagi ke? Samalah juga, kau ingat rumah aku pusat kebajikan ke?

Aku tahu ada juga owner rumah yang bagi sewa free musim PKP ni. Lepastu kecoh kat fb update sana sini bagitahu semua orang kau bagi sewa free.

Si penyewa-penyewa yang lain mula share dan send pada tuan rumah dengan harapan tuan rumah buat tindakan yang sama.

Tak salah owner nak bagi free, tapi kau jangan nasihat semua owner buat yang sama macam kau sebab situasi kita tak sama. Rumah kau dah habis bayar, atau kau beli rumah lelong atau rumah kau low cost dan kau tak sediakan furnishing.

Banyak kemungkinan yang kau boleh bagi free yang penting situasi setiap owner dan modal setiap owner tak sama.

Aku nak ingatkan jugalah kepada penyewa-penyewa dan netizen diluar sana. Owner bukan bagi servis sewa free.

Biasanya penyewa yang bermasalah dengan owner lepastu claim owner macam tu macam ni, apa yang sakit hati sangat dengan owner pun aku tak tahu.

Sedangkan kalau kau sewa elok-elok ikut seperti persetujuan kontrak ok je pun. Takdenya mendatangkan masalah.

Kau ingat modal untuk kau duduk selesa tu pakai air liur ke?

Tilam empuk kau tidur, perabot, dapur dan semua kemudahan rumah kau guna tu aku lukis terus jadi realiti ke? Tu semua pakai modal bukan pakai air liur ya.

Kalau taknak sewa, terus bagitahu owner nak tamat sewa. Bukan dia halang kau pun atau paksa kau sewa dengan dia. Yang penting deposit burn. Kalau dapat balik atas budi bicara owner lah. Owner boleh cari penyewa baru.

Untuk musim PKP ni, aku bagi juga kelonggaran untuk penyewa aku tangguh sewa selama 2 bulan syaratnya mesti pulang kunci pada aku. So nak cakap owner kejam juga?

Kau ingat owner ni kejam ambil duit sewa kau dan jadi kaya raya, padahal owner macam aku ni selalu fikir nak berikan servis yang terbaik untuk penyewa-penyewa aku.

Untung owner sikit, keluar modal banyak. Tapi penyewa nak bayar sikit untuk dapat manfaat yang banyak.

Bila nak keluar rumah terus biadab. Masuk macam cantik je perangai, bila nak keluar tak berapa cantik. Mentang-mentang aku muda lagi sedap je nak pijak kepala aku.

Memang impian aku dari dulu aku nak beli rumah untuk sewakan kepada perempuan dan buat ala-ala hostel tapi macam 5 bintang. Sebab aku tahu keselesaan tempat tinggal tu penting untuk hari-hari penting kau sebagai pelajar/ pekerja.

Aku pernah menyewa, jadi aku tahu apa yang aku nak sebagai penyewa. Bila penyewa aku claim aku owner tak bertimbang rasa, dan kaut untung dimusim PKP uhh sakitnya tuh disini. Kau tahu tak berapa banyak kos yang aku kena tanggung?

Pada aku mudah je, kau nak sewa, kau sewa. Kau taknak sewa kau keluar sahaja. Penyewa nak survive, owner pun nak survive. Satu hari kau jumpa owner lain, kau pun tak tahu owner tu beri servis macam mana pula.

Jangan banyak songeh, penyewa mudahkan urusan owner, owner mudahkan urusan penyewa. Yang penting tak free. Nak sewa sewa, taknak sewa sudah. Aku nak makan pun bayar, lagikan nak berteduh sambil goyang kaki.

Sekian.

– Tuan rumah cantik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *