Nak Suami Seperti Amer Johan

Amboi, tajuk mengundang je kan? Tanyalah anak-anak gadis di luar sana siapa aje yang tak nak suami seperti watak Amer Johan dalam drama Kisah Cinta Kita (KCK).

Jangan kata anak dara, mak budak pun berangan nakkan suami perangai macam Amer Johan.

Kalau dah kahwin, boleh je kita ubah cara hidup dan tingkah laku suami kita kalau betul-betul bertekad nak kan suami seperti Amer. Boleh puan-puan sekalian, cuma kena ambil masa sedikit nak ubah.

Suami tak nak berubah jadi Amer, tidak mengapa. Anak-anak lelaki kesayangan puan-puan kan ada. Kita didik daripada awal untuk menjadi seperti seorang Amer Johan.

Kita letak tepi bab romantik dan romantis yang ada dalam drama tersebut. Kita fokuskan tentang hubungan suami isteri dalam drama tersebut dan nilai-nilai pengajaran yang lain.

Ikutkan drama, Amer dilihat sebagai seorang lelaki yang berdikari sejak kecil disebabkan kemelut keluarga. Seorang yang tidak picky eater dan reti melakukan tugasan di dapur dan kerja rumah.

Penting untuk ajar anak-anak supaya tidak menjadi seorang picky eater sejak kecil. Banyak kes yang terjadi di asrama sekolah pelajar sanggup berlapar disebabkan makanan yang disediakan oleh pihak sekolah tidak menepati citarasa.

Perangai sebegini dibawa pula ke alam rumah tangga sehinggakan menyebabkan ketegangan rumah tangga.

Isteri manalah yang sanggup melayan seorang suami picky eater hari-hari jikalau bajet perbelanjaan rumah ngam-ngam cukup sahaja setiap bulan.

Kita fokus dengan gaya hidup orang biasa di KL gaji dibawah RM5000 sebulan. Kalau mampu nak ber”picky eater” dan makan mewah, tidak mengapa. Rezeki masing-masing.

Ada tau spesis suami di luar sana yang hendakkan lauk pauk yang baru dan panas setiap kali waktu makan.

Lunch dan dinner kena lauk berbeza. Tak mahu dan tak lalu makan makanan lunch yang dipanaskan semula untuk dimakan masa dinner. Janganlah diajar dan dibiar anak-anak lelaki berperangai sebegitu sejak kecil.

Walaupun anak-anak lelaki, kena ajar basic kerja rumah. Dalam drama tersebut, kita boleh tengok Amer tak kekok pun masak bubur, masuk dapur tolong Isteri sediakan bahan masakan dan iron baju sendiri.

Nampak simple je tasks Amer lakukan tetapi sedikit sebanyak dapat meringankan beban sang isteri yang bersama-sama mencari rezeki.

Seterusnya, soft spoken dengan isteri. Ramai yang cair dengan cara Amer layan isteri. Isteri tengah sedih, lembut je pujuk isteri dengan tak segan silu puji dan bangga dengan hasil usaha isteri.

Bukan itu sahaja, Amer always rendahkan ego mengaku kesilapan, meminta maaf dengan isteri jika buat salah. Dan yang paling utama, tahu bila masa perlu marah dan merajuk untuk didik isteri.

Dalam drama ini, Amer tak perlu pun tinggikan suara dalam mendidik isteri dan selalu pantau keadaan isteri. Sentiasa tahu bila isteri dalam keadaan fragile dan tertekan. Always ada dengan isteri dan sanggup dengan luahan hati perasaan isteri.

Dalam perfect Amer Johan ini ada jugalah kesilapan yang dia lakukan dalam hidup. Nama pun manusia. Digambarkan Amer Johan ini suka memendam rasa dan tidak reti luahkan perasaan dia. Di sini kita semua belajar sesuatu.

Komunikasi itu sangatlah penting dalam hubungan dan rumah tangga. Jangan terlampau memendam rasa dan akhirnya tak tertanggung kemudiannya bertindak menjauhkan diri kerana dirasakan diri tak berguna.

Selain daripada komunikasi, perasaan hormat dan sayangkan dengan pasangan perlu ada. Dalam drama ini kita boleh tengok bagaimana cara Amer hormatkan isteri dia.

Selalu doakan isteri, salam cium tangan dan berikan kucupan mesra untuk isteri tanpa dipinta. Walaupun sekadar sentuhan kecil tetapi boleh berikan impak yang besar dalam rumah tangga. Rasa janggal jika tak lakukan.

Amer juga digambarkan dalam drama KCK sebagai protective husband. Boleh dilihat dalam drama cara Amer lindungi isterinya daripada diserang oleh pihak luar.

Sedaya upaya dia melindungi keselamatan isteri dengan tidak membenarkan pihak luar mendekati atau menyentuh isterinya which is good untuk kita sebagai mak-mak untuk apply sikap begini kepada anak-anak lelaki kita.

Ajar anak-anak lelaki menjadi seorang protective terhadap keluarga.

Ikutkan dalam dunia realiti, pelakon yang berlakon watak sebagai Amer Johan ini juga seorang yang bersikap protective terhadap keluarganya. Dia lah adik dan dia lah ketua keluarga yang melindungi kakak dan ibunya.

Berbalik kepada kisah dalam drama, boleh dilihat cara protective yang digunakan oleh Amer Johan iaitu tanpa perlu guna kekerasan terhadap orang lain. Hanya perlu bersikap tegas dan bijak bertindak mengikut keadaan.

Rasanya tiada adegan Amer bergaduh menggunakan kekasaran fizikal dengan sesiapa dalam drama ini.

Apa-apa pun, yang paling utama dalam sesebuah hubungan kekeluargaan ialah sikap bertanggungjawab. Amer dilihat seorang yang bertanggungjawab bukan sahaja untuk isteri tetapi untuk semua ahli keluarganya.

Walaupun dilayan endah tak endah oleh emak sendiri, tetapi dia tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Sentiasa nakkan yang terbaik untuk seorang insan yang bergelar MAMA dalam hidup dia.

Dalam drama ini, konteks keagamaan juga tidak dilupakan. Ada scene yang menunjukkan Amer menunaikan solat bahkan solat berjemaah di surau sehinggakan boleh berkenalan dengan imam di tempat tinggal si isteri.

Busy macam mana sekalipun, Amer dikatakan sentiasa solat bahkan pekerjanya menyatakan bahawa Amer pernah menjadi imam solat jemaah di office mereka.

Amer juga digambarkan sebagai seorang yang tidak mempermainkan akad nikah yang dilafazkan untuk memperisterikan Aleesa. Sesuatu yang perlu kita sebagai isteri untuk renungi.

Jangan ambil mudah dengan lafaz akad yang dilafazkan oleh suami. Sentiasa saling mengingati sesama suami isteri akad dan janji yang dilafazkan oleh suami terhadap kita demi keharmonian rumah tangga.

Sebagai penutup, saya nak ucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada penulis skrip dan pihak produksi,

Kerana berjaya menghasilkan sebuah drama yang mendapat tempat di sudut hati kebanyakan netizen Malaysia walaupun kurang sambutan daripada segi pengiklanan dan promosi dari stesen TV.

Jujur saya katakan, saya bukanlah peminat drama Melayu tetapi drama yang dihasilkan oleh anda semua membuka minda dan hati saya untuk belajar “sesuatu pengajaran”

Sampaikan saya mampu confess panjang lebar sebegini demi berkongsi “sesuatu pengajaran” yang saya belajar daripada drama anda untuk dijadikan pengajaran hidup netizen yang lain di luar sana.

– Bakal Biras Amer Aleesa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *