Hi! Terima kasih admin, kalau confession ini disiarkan.
Apa saya ingin kongsikan ialah satu bab dalam kisah hidup saya. Mungkin boleh dijadikan pengajaran. Mungkin boleh dijadikan hanya satu cerita yang anda baca.
Saya bukan sesiapa istimewa. Saya cuma seorang wanita yang pernah terluka. Dan yang lukakan saya sehingga saya trauma dan diagnosed depression selama bertahun-tahun ialah suami saya sendiri.
Suami saya tak lukakan saya pada waktu dia bergelar suami. Tetapi dia lukakan saya pada waktu kami berkenalan selama 6 tahun sebelum bernikah.
Kami pernah terpaksa berpisah. Tapi bukan atas kehendak masing-masing. Dan kerana ini, hidup kami kacau bilau. Kami tak mudah nak move on, dan kami tak boleh bayangkan hidup tanpa satu sama lain.
Tapi kerana beliau yang dipaksa tinggalkan saya, saya redha. Masalahnya, pada waktu saya nekad, dia selalu menarik saya semula dengan mengatakan dia sayang saya dan tidak mahu meninggalkan saya.
Tapi dia tersepit. Antara terpaksa dengar kata orang yang menyuruh kami berpisah, atau rasa sayangnya pada saya.
Jadi, beliau buat keputusan untuk sengaja membuatkan saya membencinya. Kami sekelas.
Jadi, dia lebihkan kawan-kawan perempuan dia. Dia mahu saya di sisinya tapi dia abaikan kewujudan saya. Dia tidak acknowledge kewujudan saya depan orang-orang lain.
Mereka yang tahu kami bersama, tahu lah siapa saya padanya. Tapi, yang terseksa ialah saya. Saya sebahagian dari kawan-kawan kelas.
Tetapi dia sengaja flirt around. Dia mengaku kawan rapat saya lah seseorang yang istimewa padanya, di depan kawan-kawan kelas lain. Kemudian, dia laughed it off.
Kerana terluka, saya banyak kali cakap, saya nak move on betul-betul. Sakit pun tak apa. Saya nak move on. Tapi, sangat susah atas sebab rasa sayang yang kuat padanya,
Kami setiap hari bertemu kerana sekelas, dan setiap kali nak move on, dia enggan lepaskan. Benda ini buat saya hidup dalam tekanan yang amat.
Contohnya, ada sekali dia chat dengan salah satu kawan kami (perempuan), di FB dan juga chat dengan saya dalam masa yang sama.
Dia online, tapi tidak balas chat saya. Jika dia reply, saya kena tunggu lama baru dia reply. Oleh kerana waktu itu kami di satu tempat yang sama, di mana dia di luar kelas dengan laptop, dan saya di dalam kelas.
Saya keluar dan merapati dia secara senyap-senyap. Saja ingin buat kejutan, tapi yang terkejut ialah saya.
Saya dengan jelas nampak dia chat dengan rancak bersama kawan kami itu, dan bila kawan kami kata pada dia bahawa saya sedang menunggu dia untuk kami buat assignment bersama, dia kata,
“Tak apa. Dia boleh tunggu.” Walaupun apa mereka bualkan bukan sesuatu yang penting. Bergelak tawa, mengusik-usik.
Bila dia sedar saya di belakangnya, dia cepat-cepat tutup FB dan buka website lain, dan kata pada saya yang dia sedang buat research. Saya bukan jenis sembunyi apa saya nampak. Saya terus bertanya, dan dia cuma senyap.
Ada seorang bijak pandai berkata;
“Curang itu bukan semestinya pasangan kita bercinta dengan orang lain saja. Bila pasangan kita mula sembunyikan seseorang dalam hidup dia dari kita, itu sudah ke arah kecurangan.”
Dan perkara ini berlaku berulang-ulang. Saya jadi depression kerana merasakan diri ini b0doh yang teramat kerana tak kuat nak move on.
Sudahnya, selepas 6 tahun bergolak, setiap hari bergaduh, dan kepercayaan saya hancur, tetapi masih bersama, kami akhirnya berkahwin juga.
Suami saya berubah sejak kami tamatkan kolej tapi saya tidak boleh percayakan dia sehingga saat kami berkahwin.
Akibatnya, rumahtangga kami tidak utuh. Atas sebab kepercayaan saya yang hancur. Saya selalu ragu-ragu. Jika dia ada kawan perempuan dan akan abaikan saya lagi.
Saya tak ada masalah dengan kawan-kawan perempuannya. Yang menghormati hubungan kami dan diri saya, mereka menjaga jarak dan selalu include saya dalam persahabatan mereka.
Tetapi saya tak boleh lupa mereka yang tidak pedulikan saya sebagai kawan dan seseorang istimewa pada suami saya.
Saya percaya, kerana suami saya tidak hormatkan kewujudan saya, maka mereka pun tidak menghormati posisi saya.
Akibat rumahtangga tidak utuh, saya mintak suami pisah banyak kali. Tak semestinya cerai. Berpisah hidup asing-asing pun tak apa. Mungkin dekat bau tahi, jauh bau wangi.
Depression saya semakin teruk. Saya jadi suicid4l. Cuba tamatkan hidup banyak kali. Atas sebab saya nak percaya suami, sayang suami, tapi kepala saya bising dengan kata-kata dan bayangan apa suami buat pada saya dulu.
Saya rasa diri saya jahat kerana tak boleh lupa dan maafkan. Saya rasa diri saya tak guna dan menyusahkan hidup suami.
Akhirnya, saya mula menggunakan sesuatu tajam untuk menyakiti diri baru-baru ini.
Dan suami, seperti dulu, dia tetap enggan berpisah. Malahan dia cuba memperbaiki diri. Dia tidak mahu bergaduh lagi. Atau bertengkar kerana masa dulu.
Dia mahu jadi suami dan seseorang yang dapat tunjuk dan buktikan dia benar-benar sayangkan saya dan dia bukan macam dahulu.
Dan dia bertanya saya,
“Nak tak kita bercinta lagi?”
Oleh kerana 6 tahun itu penuh dengan pergaduhan, kehancuran kepercayaan, pertengkaran, keraguan, dan 7 tahun dalam perkahwinan yang banyak amarah dan kesedihan dek keadaan saya, suami saya mintak saya peluang.
Dia katakan sesuatu yang masuk akal. Bercinta sekarang lebih baik dari dulu. Semuanya mendapat pahala.
Semuanya untuk kita satu sama lain. Memberi dan menerima di antara kami. Kasih sayang, percaya, perhatian. Semua untuk kami berdua. Dan semuanya mendapat pahala.
Dia meminta maaf entah yang keberapa kali kerana menyakiti saya. Melukakan saya berulang kali. Dia tidak tahu mahu buat apa lagi. Jadi dia memutuskan untuk cuba dari bawah. Back to square one.
Dan dengan izin Allah, hati saya mula terbuka untuk kenal suami saya seolah-olah kami baru berkenalan.
Sejauh ini, hubungan kami bertambah baik. Hubungan dengan anak-anak pun bertambah elok. Kurang marah. Kurang sedih.
Dugaan itu pasti ada pada masa akan datang. Tapi saya rasa, tak salah untuk saya cuba lagi.
Steve Harvey ada berkongsi mengenai wanita yang ingin meninggalkan lelaki yang buat kesilapan;
“You can leave your man. But if he becomes better, then you are leaving a better man.”
Dan sebab selama 7 tahun perkahwinan, suami membuktikan kata-katanya ingin memperbaiki diri, saya rasa dah masanya saya memberi peluang pada diri saya lagi, khususnya. Mungkin, tak salah untuk kami bercinta lagi.
– Najmun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit