Nakalnya Suami Orang

Hello pembaca semua…

Untuk para isteri, cuba tengok suami anda. Baik?? Bertanggungjawab?? Jaga solat??

Jeng jeng jeng….. semua yang baik-baik saja kan yang mereka sajikan depan mata anda semua para isteri. Depan bini pijak semut tak mati. Hu hu…

Tapi, hakikatnya hanya Tuhan yang tahu.

I nak kongsi kisah pertemanan I dengan suami-suami orang yang majoroiti nya secara online sahaja.

Mesti ada yang cakap, ‘dah tahu suami orang kenapa layan?’

Hmmm.. i suka berkawan dan I nak tahu kenapa suami-suami orang ni tergamak curang dibelakang isteri dorang.

I mula berkenalan dengan suami-suami orang ni sejak 2 tahun lepas melalui apps Mi****.

Ramai sangat ye suami orang yang mencari teman online disana dengan alasan sunyi atau berjauhan dengan isteri.

Bila dah selesa berborak dan berkawan, pindah pulak ke apps Te****** untuk lebih senang nak bertukar gambar, vc atau call.

I selalu tanya dorang kenapa cari teman online sedangkan dah ada wife. And mostly sebab sunyi. Wife tak layan sebab penat kerja atau ada anak-anak yang perlukan perhatian.

Ramai suami orang yang I kenal seorang yang penyayang, baik, bertanggungjawab dengan keluarganya.

Tapi mungkin disebabkan nafsu yang menguasi, mereka jadi tersesat, terlupa bahawa dorang adalah ketua keluarga yang tak sepatutnya mencari keseronokan sementara hanya untuk melepaskan ‘air’ semata-mata.

Kadang I terfikir, siapa yang patut disalahkan dalam hal sebegini. Salah isteri yang kurang memberi layanan atau salah suami yang kurang faham keadaan isteri??

Mesti ada para isteri yang rasa lega sebab check fon suami nampak clear je kan. Tak ada tanda-tanda kecurangan disana.

Jangan happy sangat kak. Mungkin suami akak bijak ye. Online masa office hour atau tengah malam masa akak tengah lena dibuai mimpi atau akak tinggalkan suami tidur sorang sebab akak temankan anak-anak.

Selalunya begitu la perangai para suami yang kaki skandal ni. Available only masa bekerja atau tengah malam buta.

Kalau dah tengah malam buta tu memang bahaya lerr. Tahap kegersangan dorang tengah memuncak. Kalau jenis yang rajin melayan, memang fonsex la atau dorang layan porn je.

Setakat ni sahaja perkongsian I sebab I pun tak reti sangat nak mengarang ayat. Yang pasti, jangan yakin sangat suami anda tak curang dibelakang anda ye.

Yang anda nampak semua yang murni-murni yang suci-suci, tapi…………….. (fikir sendiri)

Sekian,

(Sekadar TEMAN bukan PELAKOR)

– Purplelicious (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Betul sangat.kalau tengok henpon mmg murni2 je..tgk chat fb pun mmg helok sgt..sbb dia ade fb lain..telegram ltk psswd..sgl mak nenek apps semua ltk psswd. Ni pun terkantoi sbb die lupe ttp mssg fb die yg lg satu. Mmg kena byk doa supaya Allah dapat bantu utk die terlupa ttp apps yg berkenaan. Ni dh 2 kali curang..den angkat kaki le..anak2 pun mcm kesah x kesah je..entah le dh msk 40an agak terasa mude balik ke apa..suka hati mu le ex husben to be. Den x larat dh.

  2. Selagi bernama lelaki
    Selagi phone ada di tangan
    Selagi tu la depa duk buat maksiat
    Sampai abang jamil mampos

  3. makhluk yg namanya lelaki, memang sifat camtu, bini cantik kt umah, bini baik camna pun tetap ada hasrat nak cari perempuan lain…

  4. ala normal la laki kan boleh kawen 4. apa nk jadikan issue pulak? masalah skrng TT jenis layan ramai jantan. jenis andartu kerepot

  5. lahhh ko pulak jadi perempuan terpaling penyanyang dgn laki orang. sedap ke sisa orang tu sampai nak buat confession gini. dia pun gersang sebab tu layan jejantan sisa orang je mampu yg single tak hamak dgn perempuan cam ko

  6. Satu je nak cakap..harga maruah kau kat mana? Jamban ke? Lelaki curang dgn perempuan gatal, memang elokla. Kau ingat Allah x balas ke

  7. mne ade laki org nk ckp ouwh bini elok layan sye…tp sye je ase x ckup 1..ko pernah dgr ke laki org ckp cm2????laki yg baik laki yg tau halal n hrm so x pyh awl sgt nk claim laki org tue btggjwb n bla..bla…ape ko tgk thru chat or vc or call bkn la true colour die. sbb nk pncing awek untk buang air die tue msti la kne manis2x. pas da ase die blah n cr yg lain. so moral of the story jgn la jd wanita yg murah asek nk mlayan aje sbb u tau u pnye level kt mne dlm atie die.n 1 more thing 90% penyondol lg buruk dr isteri dorg tp napa laki org nie bnafsu n nmpk pnyondol lawa n seksi??? sbb syaitan pnye kje la…cube klo ko dihalalkn trus laki tue x bnfsu da sbb tgk ex die lg mantap dr penyondol.kbye

  8. Doa sy bt semua wanita2 diluar sana yg benar2 menjalankan tanggungjawab nya sebagai sorg isteri kerana Allah..dikurniakan seorang suami yg berakhlak..ikhlas..bertanggungjawab..
    penyayang dan setia..kita jd isteri ni mmg xblh pantau sepenuh masa suami2 kita kat luar..tp kita ada Allah SWT..berdoa lah dgn yakin nya supaya Allah sentiasa membimbing,menjaga dan menjauhi suami dari perkara2 terkutuk di luar sana ketika bekerja..xyah la serabut2 kepala pikir buruk sangka mcm2 kat suami..bkn tugas kita nk mengawal semuanya..cukup lah pergantungan kita semata-mata kerana Allah..kalau Allah nk tunjuk kebenaran tu..pasti instinct isteri2 dapat tahu..lagi hidup di dunia ini hanya sementara..hargai lah sebaik-baiknya bila dah dapat suami yg baik..penyayang..bertanggungjawab..kalau belakang isteri dia nk curang n ada scandal,sampai ke sudah pn isteri tak tahu..takpe..itu biar lah dosa nya antara suami dan Allah..kita ni sbg isteri cukup niat dalam hati nak bahagia kan suami utk kejar redha Allah..suami adalah ladang pahala bt kita isteri2..hidup kita pn utk Allah..bkn utk manusia..selagi ada hayat dikandung badan..masih diizinkan oleh Allah untuk bernafas..hargai lah pasangan anda sebaik-baiknya sebelum kehilangan..

    Hasbunallah Wanikmal Wakil
    Cukup lah Allah sebagai penolong ku

    Nikmal Maula Wanikman Nasir
    Allah sebaik-baik pelindung

    Ma Fi Qalbi Ghairullah
    Tiada lain selain Allah dihati ku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *