Naluri Seorang Isteri

Assalamualaikum pembaca semua. Pertama kali, terima kasih admin jika confession aku ni di siarkan.

Cerita aku biasa-biasa saja. Cuma aku harap melalui confession ni dapat hilangkan sedikit kecelaruan dalam kepala aku.

Aku mempunyai sejarah depression lepas kematian anak sulung aku di rumah pengasuh. Time tu, nak bangkit memang susah. Aku tahap pindah rumah, tukar kerja untuk hilangkan kesedihan tu.

Time tu aku ada suami yang sangat supportive dan sentiasa pujuk aku time emosi aku tak stabil. Alhamdulillah.

Tak lama lepas tu, aku mengandung anak seterusnya. Semuanya berjalan lancar. Aku berpantang dikampung dan suamiku meneruskan kerja di Kuala Lumpur. Dia akan pulang ke kampung setiap dua minggu, kadang-kadang tak balik sebab terpaksa outstation.

Boleh kata dalam 3-4 kali sahaja dia pulang jenguk aku sepanjang aku berpantang di kampung. Tapi aku tak kisah, aku tahu dia busy kerja time tu.

Habis sahaja pantang, aku pulang ke kuala lumpur menghabiskan sisa cuti maternity yang masih berbaki. Seminggu aku balik, aku perasan suami aku kerap dengan telefon.

Awal-awal aku tak kisah, sebab aku penat uruskan anak. Selalu juga tertidur awal sambil susukan anak. Jadi aku tiada masa untuk cek telefonnya.

Satu hari, aku tersedar tengah malam dan aku terdetik untuk cek telefon suami aku. Aku buka telefonnya dan aku jumpa banyak video luc4h yang di download.

Time tu hati aku hancur, luluh, rasa terhina. Rasa macam tak percaya suami aku tengok menda macam tu. Mungkin bagi sesetengah orang, ala normal la lelaki.

Tapi tidak bagi aku. Pagi tu aku tunjuk pada suami aku apa yang aku jumpa dan dia minta maaf sangat-sangat. Dia janji tak buat lagi dan delete semua tu depan aku.

Kami bermaafan tapi hati aku masih teringat semua tu. Aku mula salahkan diri sendiri. Rasa diri tak guna sebab selalu penat, tertidur awal dan tak sempat nak layan suami aku sampai dia layan menda bukan-bukan.

Aku mula rasa diri jijik, malu tengok diri sendiri. Setiap kali aku tengok diri kat cermin, aku terbayang video-video yang suami aku tonton. Aku start membandingkan diri aku dengan perempuan dalam video tu.

Maaf cakap, aku akui aku cantik, tapi kalau dibandingkan dengan body awek yang montok dalam video tu memang aku kalah teruk. Aku start rasa rendah diri. Rasa tak guna. Rasa malu dengan diri sendiri.

Aku cerita pada suami aku apa aku rasa dan dia minta maaf buat aku rasa macam tu. Lama jugak aku usaha untuk bangkit dari semua tu, bina keyakinan diri dan tak fikir bukan-bukan lagi.

Macam-macam aku buat, aku pergi spa, pergi facial, aku keluar shopping supaya aku tak fikir dan hargai diri sendiri.

Bila dah start kerja, aku dah mula lupakan semua tu. Kerja aku agak stress, jadi kadang-kadang aku mudah trigger dan overthinking.

Pernah sekali aku jumpa verification code untuk apps tinder di henfon suami aku. Tarikhnya adalah ketika aku berpantang. Ya Allah, time tu aku tak tahula nak cakap apa. Aku baru bangkit dari rasa tak guna, apa lagi yang suami aku buat time aku pantang.

Aku malas nak fikir banyak, aku terus tanya suami aku kenapa dia install tinder time aku berpantang dikampung.

Dia kata dia sunyi dan kawan-kawan bujang dia pun ada suruh try install untuk suka-suka. Aku macam tak boleh nak terima menda macam tu. Tak ada istilah suka-suka bagi aku kalau dah kawin dan ada anak.

Aku pesan pada suami aku jangan terlalu terikut dengan ajakan bukan-bukan kawan-kawan bujang dia. Dan aku tak berkenan dia berkawan dengan orang-orang macam tu.

Tapi setakat mana aku nak sekat, diaorang kerja pun sekali dan hari-hari jumpa. Kadang-kadang dalam group whatsapp selalu hantar menda bukan-bukan. Aku penat nak hadap menda macam tu.

Aku pernah tanya suami aku, selama aku berpantang, dia pernah jumpa perempuan lain atau bertindak lebih dari tu. Dia katakan sejahil-jahil dia, dia tahu batas agama. Okay. Baiklah. Aku cuba berdamai dan tak anggap tinder tu masalah yang besar.

Aku cuba lupakan semua tu dan busykan balik diri dengan kerja. Sebagaimana aku cakap sebelum ni, kerja aku agak stress.

Aku fokus kerja dan malas dah nak ambil tahu menda-menda dalam telefon suami aku. Aku serahkan pada Tuhan saja, kalau Dia nak tunjuk, tunjuk.. kalau tak, aku hidup macam biasa.

Tapi bila dah lama tak cek telefon suami aku, menda bukan-bukan selalu datang dalam mimpi. Aku mimpi suami aku sexting dengan perempuan lain, aku mimpi suami aku chat gatal-gatal dengan ramai perempuan,

Aku mimpi suami aku ada scandal dengan budak satu tempat kerja dia, dan aku pernah mimpi suami aku chat guna apps nama omi. Ye jelas dalam mimpi tu aku nampak apps tu nama omi.

Setiap kali tersedar dari mimpi, aku terus cek telefon suami aku. Telefon suami aku pun clean tak ada apa yang berkait dengan mimpi aku. Bila aku dah start overthinking, barulah aku tanya suami aku dan cerita semua mimpi-mimpi tu.

Suami aku cakap aku terlalu fikir dan dia tak pernah buat semua tu. Dia sampai tahap marah aku cakap aku ni nak sangat dia curang. Asyik fikir dia curang saja. Tersentak aku. Aku tak tahulah, mungkinlah betul itu semua mainan tidur.

Semua tu yang aku cerita berlaku tahun lepas. Tahun ni aku dan suami WFH, kami banyak luang masa bersama. Tengok movie sama-sama, urus anak sama-sama. Memang semuanya aman harmoni. Aku pun dah tak mimpi menda bukan-bukan dah.

Minggu lepas, aku pinjam telefon suami aku untuk install satu apps ni sebab telefon aku dah penuh. Time aku buka mesej untuk tengok verification code tu, aku terjumpa verification code dari apps omi.

Yes, apps yang aku pernah mimpi suami aku chat dalam tu. Tarikh mesej tu adalah time aku berpantang tu.

Time tu aku macam terfikir pasal mimpi aku dan start fikir what if mimpi-mimpi aku yang lain sebelum ni pun betul? Arghh. Stressnya aku fikir. Aku terus tanya suami aku dan dia mengaku dia pernah install apps omi tu juga selain tinder.

Sekali lagi dia kata time tu aku berpantang dia dia bosan. Dan kawan dia suruh dia try. Dia marah aku sebab dia kata menda tu dah lama. Sekarang dia tak buat apa-apa pun.

Dia cakap tak cukup lagi ke dia urus rumah, urus anak, kenapa still nak cari salah dia. Aku bukan nak cari salah dia, aku cuma jadi terfikir adekah mimpi2 yang lain pun betul jugak? Penat la nak fikir.

Setelah sekian lama tak gaduh, sekarang kami gaduh balik. Hanya sebab menda dah lepas.

Semua ni buat aku benci diri sendiri. Benci sebab selalu overthinking. Benci sebab fikir macam-macam. Aku jadi takut nak hadap menda akan datang. Aku penat fikir menda yang aku tak tahula betul ke tak.

Banyak mimpi yang hanya dalam mimpi dan aku tak jumpa pun di alam nyata. Cuma bila salah satu mimpi tu jadi dialam nyata, macam apps omi tu, aku jadi start fikir bukan-bukan.

Aku cuba hilangkan semua ni. Tapi tak dapat. Aku nak tanya suami aku, tapi aku tahu dia pun penat nak layan aku tanya soalan bukan-bukan dan tak de penyelesaian pun.

Aku nak keluar, tapi sekarang covid dan aku sangat takut nak keluar. Jadi aku terperuk kat rumah lawan perasaan ni sorang-sorang.

Yes, kalau pun menda tu betul, ia dah lepas. Tapi kenapa aku keep overthinking? Help. Aku harap ada yang sudi bagi sepatah dua kata untuk hilangkan fikiran bukan-bukan aku ni. Tq.

– Mila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *