Naluri Seorang Wanita

Disini aku akan mulakan kisah hidup aku beberapa tahun lepas yang berjaya merubah segalanya mengenai pandangan aku pada lelaki. Aku Ayu, yang pada waktu itu berumur 25 tahun,

Pada waktu itu aku tunangan pada seorang lelaki yang aku sangat cintai yang mana pada waktu itu aku hanya percaya yang hanya dia satu satunya lelaki yang mampu menjagaku dan menyayangiku sepertimana keluargaku menyayangiku.

Aku tertaut hati padanya disebabkan dia bersungguh untuk berkenalan denganku dan terima apa jua ‘ujian’ yang aku berikan padanya,

Aku juga meletakkan syarat padanya kalau mahu berkenalan denganku berjumpalah dengan keluargaku dan dapatkan kebenaran mereka kerana aku tau ibubapaku seorang yang sangat tegas dan garang, lagipun aku ini hanya satu satunya anak tunggalnya.

Ibu bapaku pula keduanya pegawai polis. Tegasnya mereka, tak perlu diperkatakan lagi.

Dan iya, si dia sanggup menerima segala syaratku dan turutkan termasuklah berjumpa dengan ibubapaku terus.

Dan aku agak terkejut, orangtuaku sangat menyayanginya dan percayakannya untuk berkawan denganku sehinggakan ibu aku yang buat pertama kalinya bercakap denganku mengenai seorang lelaki.

Ibu suruh aku berikan peluang untuk si dia berkenalan denganku kerana ibu juga nampak kesungguhannya.

Iya, demi ibu aku terima lelaki itu, dan sebenarnya aku juga sudahpun tertarik pada kesungguhannya dan budi bahasanya. Secara tak langsung dia berjaya membuatkan diri aku ini jatuh cinta dan sayang padanya.

Dan kami pun berhubungan selama 3 tahun, dan tahun 3 kami berhubungan… dia nyatakan hasrat untuk menikahiku aku menerimanya tapi dalam masa sama aku takut kerana naluri aku sebagai seorang wanita.

Naluri aku cukup kuat untuk aku katakan yang ibunya tidak menyukaiku sama sekali. Ibunya hanya tunjuk terimanya diri aku hanya terpaksa dan disebabkan anaknya sahaja.

Tapi disebabkan dia beriya yakinkan aku bahawa apa yang aku fikirkan itu salah, maka aku terima. Aku percaya yang dia akan menjagaku dengan baik dan fikiran aku tentang ibunya hanya mainan perasaan sahaja. Dan iya, kami pun mengikat tali pertunangan selama setahun.

Dan disini bermulanya episod dimana semuanya berubah sekelip mata.

Ouh ya, aku bekerja di Johor dan dia di Kuala Lumpur. Kami terpisah akibat kerja. Dan aku juga sibuk untuk persiapan kahwin juga. Dan secara tidak langsung kami terbiasa untuk dunia kami. Tetapi hatiku masih utuh dan setia buatnya.

Dalam masa sama aku juga ada berhubung dengan keluarganya menanyakan khabar, dan ibunya seolah tidak menyukai kewujudanku.

Segala mesej dan call aku dihiraukan. dan dia pula mula menjauhkan diri dan muncul bila dia hanya mahu menuduhku yang aku curang dibelakangnya.

Sampailah aku nekad untuk memutuskan pertunangan kami kerana sepanjang itu perkataan Curang sahaja yang aku dengarkan.

Tapi bila aku beritahu untuk putuskan ibunya kata pada aku yang aku ini sememangnya tidak layak untuk keluarganya dan anaknya, aku tidak sama taraf dengan anaknya, dan tunangku.. dia menuduh aku curang dengannya dan aku ada lelaki lain dibelakangnya.

Tidak, apa yang diperkatakan olehnya semua tidak benar. Aku mencintai dia seorang sahaja tapi aku sedar dimana kedudukan aku.

Dan sejak dari itu, aku menyalahkan diriku kerana aku rasakan akulah punca kami putus tunang. Kami tidak berkahwin. Akulah yang merosakkan semuanya.

Dan ya, selepas pertunangan kami diputuskan aku hilang daya. Tapi aku tidak beraku kalah aku kembali padanya untuk aku perbetulkan semuanya kerana aku rasakan aku yang salah.

Tapi lagi sekali aku dihina oleh ibunya, ibunya memanggilku perempuan takreti malu, perempuan murah dan ibunya juga menuduhku tidur dengan ramai lelaki.

Tidak cukup itu, ibunya kata padaku yang muka aku ni hodoh tidak layak pun untuk anaknya teman wanita baru anaknya lagi cantik dan setaraf dengan mereka. Dan waktu itula aku rasakan diri aku begitu hina. Aku dihina sesenangnya, maruahku dipijak selumatnya.

Dan masatu juga, dia lelaki yang aku fikirkan boleh menjagaku dan melindungiku berubah menjadi manusia yang aku tidak pernah sangkakan. Berubah menjadi seorang lelaki yang begitu kejam dan pembohong, hanya lihat sahaja aku diperlakukan begitu.

Dan aku ada katakan pada mereka, kebenaran akan terbongkar juga. Aku juga doakan agar Allah berpihak pada yang benar dan tidak sampai sehari ibunya perlakukanku begitu..

Terbongkar rupanya lelaki yang aku cintai yang aku sanjungi rupanya menduakan aku sepanjang awal perkenalan kami sehinggalah kami ditunangkan.

Dia juga bukan sahaja curang dibelakangku, dia juga tidur dengan beberapa perempuan lain dibelakangku sepanjang kami berkenalan hinggalah ke pertunangan kami.

Semuanya terbongkar dalam sekelip mata, dan sejak itula aku tidak percayakan lelaki aku jadi bencikan dirinya teramat sangat, segala perasaan sayang berubah menjadi benci, jijik. aku takut, aku dah cukup derita dengan apa yang jadi.

Dan sekarang umurku sudah mencecah 30. Semuanya masih segar diingatanku. Aku tidak akan lupakan dan tidak akan pernah melupakannya. Apa yang diperkatakan oleh ibunya dan segala tuduhan mereka masih segar diingatanku.

Dan aku masih belum boleh untuk memaafkan kduanya kerana aku tidak akan pernah boleh terima kemaafan dari manusia yang pernah menghina maruah diriku ini dan keluargaku.

Aku hanya berdoa ajar tuhan dapat sentiasa melindungiku dari berjumpa dengan manusia yang begini, cukup sekali aku laluinya dan aku juga mendoakan agar mereka rasa apa yang aku rasakan, semua yang mereka lakukan pada aku akan berbalik pada mereka.

Aku brsyukur sgala sangiku terhadap ibunya tepat, yang ibunya tidak menyukaiku dan dia juga bukanla Calon Suami yang baik untukku, Allah telah selamatkan aku dari Neraka Dunia.

Ouh iya, diusia umurku mencecah 30-an. Akhirnya aku buat keputusan untuk terima sesiapa sahaja calon yang ibubapaku inginkan. Kerana aku percaya, pilihan orangtua ku tak pernah salah dan aku bakal melangsungkan pernikahanku pada hujung september ini.

Dan buat engkau, aku tau kau masih menunggu kemaafan aku dan aku belum mampu untuk memaafkan engkau.

Jika kau tanya kemana hilangnya perikemanusiaanku kerana tidak memaafkan kau, dimana pula perikemanusiaan kau dan juga ibu kau diwaktu menghina mencaciku?

Baiklah, sekian saja. Terima kasih kerana membaca nukilan kecilku. Doakan aku dan bakal suamiku bahagia hingga ke jannah dan urusan kami dipermudahkan. Salam.

– Bunga Mas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *