Untuk part I, (https://iiumc.com/naluri-seorang-wanita/).
Terima kasih semuanya yang bagi feedback positive untuk saya. Sesungguhnya bukan saya tak nak untuk memaafkan dia, tapi apa yang jadi dekat diri saya dulu sangat sangat buat saya jatuh tersungkur.
Saya terus hilang diri saya. Takda lagi suka, gelak tawa dari saya. Dari seorang yang sangat ceria berubah jadi orang yang sangat pendiam.
Itulah saya, sampaikan orang tua saya pun tak sanggup untuk tengok saya dalam fasa saya bersama dunia saya sendiri. Kerana apa?
Dia lah kelaki pertama yang saya terima dalam hidup saya selamani tetapi dia juga lelaki pertama yang merosakkan hidup saya, jiwa saya. Saya takkan lupakan jugak setiap perkataan yang keluar dari mulutnya dan keluarganya.
Baiklah, saya cerita macammana boleh saya tau dia curang dan tidur dengan perempuan lain dibelakang saya. Saya tau semua aktiviti yang dia buat belakang saya selepas sebulan saya dengannya putus dan lepas hinaan ibu dia dekat saya.
Jujur saya katakan, disebabkan hinaan tuduhan yang dilontarkan saya terus rasakan saya bencikan ibunya, saya bencikan seluruh keluarganya.
Masakan tidak, takcukup dihina diri saya, dipijak pula maruah saya, tak cukup dengan pijak, diperlekehkan diri saya.
Sangat sakit bila seseorang yang bergelar seorang ibu, insan yang saya hormatkan selamani boleh berkata begitu.
Oh iya pada satu petang, saya dapat satu pesanan ringkas yang agak panjang termasuk gambar dan segala bukti yang bekas tunang saya curang dibelakang saya.
Dan saya hanya tau, orang yang bagi saya semua itu adalah bekas teman wanitanya sebelum dia bersama saya.
Saya tidak percaya pada awalnya, tapi bila sudah disertakan bukti gambar dan sebagainya.
Saya akhirnya percaya dah segala perkataan yang wanita X cerita dekat saya macam mana bekas tunang saya berinteraksi semuanya tepat cara tulisan penggunaan kata,
X beritahu saya yang dia merupakan teman rapat, bekas teman wanita tetapi jadi teman rapat?
Sepanjang tempoh setahun saya bertunang dengannya bekas tunang saya kerap menuduh saya curang dengannya tetapi hakikat sebenarnya ialah dia.
Dia yang berlaku curang dengan saya dibelakang saya dari awal perkenalan kami dahulu, setiap malam telefon, video call bersama perempuan lain, tidak cukup itu, tidur bersama perempuan lain semasa sebelum bertunang dan semasa bertunang.
Rupanya nafsu sahaja yang dia fikirkan selamani.
Dan dari situlah saya rasakan, Allah jawab doa saya untuk selamatkan saya dari orang yang tidak sepatutnya dengan cara begini supaya saya tau siapa manusia yang saya rasakan dapat jadi pelindung tetapi rupanya ibarat iblis.
Tipulah kalau saya tidak cakap yang saya tidak cari bekas tunang saya, ya saya cari selepas itu hanya untuk luahkan segala rasa kesal, kecewa, menyampah, jijik, dan benci padanya.
Tapi tiada satu pun jawapan yang keluar dari dia tiada satu pun perkataan maaf atau rasa kesal dalam dirinya sehingga sekarang rasanya.
Dan saya tau, semua yang saya ajukan semuanya tepat. Tapi malangnya nasib saya, saya dipandang hina oleh keluarganya dan rakan rakannya disebabkan mulutnya sendiri, tuduhannya terhadap saya.
Saya tidak menyalahkan ibunya 100% kenala ibunya membenci saya, tetapi saya menyalahkan dia kerana dari mulut dia sendiri ibunya membenci saya.
Orang tidak suka, apa sahaja dia sanggup buat. Biarpun bermain dengan maruah orang lain.
Untuk X, terima kasih kerana sedarkan saya dan selamatkan saya dari terus terusan untuk menyalahkan diri sendiri. Terima kasih X kerana tidak terusan untuk menyokong dia untuk berbuat dosa.
Dan ya, ibunya tau semua perbuatannya. Dan sedikit pun tidak menyalahkannya. Sebaliknya tetap menyalahkan saya bahawa sayalah punca anaknya jadi begitu.
Tidak mengapa, saya percaya setiap aturan Allah. Dan saya juga percaya Qada’ dan Qadar tuhan. Terima kasih pada semuanya. Sampai disini sahaja. Assalamualaikum.
– Bunga mas (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit