Naluri Songsang

Assalammulaikum readers ,

Untuk pengenalan aku , 23 tahun , perempuan dan telah bekerja. Aku ada seorang kawan perempuan aku gelar dia Iia. Kami bekerja sama tempat. Masa dalam awal perkenalan dengan lia aku tak syak apa2 yang pelik dengan dia. Tapi aku start pelik bila aku ada perasaan macam sedang berkawan dengan lelaki bila dengan lia.

Disini aku akan highlightkan,  macam mana nak mengenal pasti orang tu lesbian atau apa apa yang berkaitan dia tertarik dengan orang sejantina.

1. Caring terlampau. Seriously, mereka ni sangat caring. Kadang2 kalah caring seorang kawan baik mahupun pakwe caring dekat awek dia. Dia punya caring lebih kepada macam sifat protective. Aku bagi contoh. Aku pernah bagitau lia aku suka makan coklat cadbury yg ada nuts. Then, tiap hari aku dapat coklat cadbury atas meja keja aku. Siap ada notes lagi. Protective nya dia.. dia x kan bagi kau angkat benda berat2. Teman kau even naik kereta lain2 sampai depan umah n kunci rumah.  Dia sanggup buat apa saja untuk fullfill apa yang kau suka and untuk bantu selesai kan masalah kau.. seriously jangan terkejut kalau dia sanggup kejar kau even kau kat utara dia kat selatan.

2. Attention seeker. Apa yang aku alami, dia suka gila hanta whatsapp. Yang seakan mintak perhatian. Perlu ke aku bagi contoh ??  Contoh, aku cuti seminggu.. then memang dia akan call kau untuk tanya dah makan belum. Then tanya makan apa. Bila aku tak reply or angkat call dia akan MERAJUK okay. Dia startla buat ayat. Okla sy tak dilayan, bye !  Tu tak termasuk tiap malam whatsap sweet dream or whatever ! Haha even kau tak layan. Mereka tak kenal apa itu putus asa. Tapi disebabkan aku 1 tempat keja, apa yang relevan aku kena la reply. Sebab tak mahu ganggu prestasi keja pulak kan?

3. Sikap melekat. Attached people. Segala hal aku pergi mana buat apa dia sibuk nak tahu. Dia bukan ganggu aku ditempat keja saja. Sampai kerumah dia cari aku. Setiap malam ajak lepak. And aku bukan jenis suka lepak sangat. Aku prefer malam aku , berehat. Kalau dalam seminggu sekali okla. Kalau dah tiap malam kena hadap karenah kau. Sakit la jugak jiwa ni. SORY guys.. emosi aku tak stabil kadang2 bila fikir masalah aku yang satuni. Aku tak tahu nak lari macam mana.

4. Gangguan seksual. Aku mention point ni sebab dia kalau keluar dengan aku dia suka dekat2 . Aku maksudkan jarak yang memang buat kau x selesa. And tangan dia merayau pegang2. Of coursela memang la kami sejantina. Pegang tepuk tampar tak salah dari sudut agama. Tapi kau akan tahu, tu sentuhan yang memang kawan dengan kawan or dia ada niat lain. Series aku menangis je dalam hati. Ada yang aku bengkek. Sound jugak terang2. Lepastu dia ok sikit dah. Tapi aku masih dalam trauma lagi.

Walaupun diorang ni songsang. Aku kesian sebenarnya dengan diorang. Sebab hati tu susah nak dikawal. I know that feeling. Bukan senang nak kawal apa yang kita suka. Tapi nasihat aku kepada sesiapa yang ada naluri songsang ni. Banyak2 la berdoa. Moga hati korang didetikkan untuk berubah. Hidayah itu milik Allah. Tapi aku respek diorang ni sebab mostly diorang ni semangat setia kawan sangat tinggi. Sangat mementingkan silaturrahim dan sebenarnya diorang ni baik je . Perlu k aku sambung menulis?  Sebenarnya aku dah tnya direct dengan lia dia tu ske kaum sejenis k? Aku risau kalau aku tulis panjang2 tapi admin tak approve. Haha sebab banyak kali dah confession kena reject. Huhu..

Jika confession ini diapprove. Let me know perlu sambung cerita tak?

Thanks for reading .

Yang ikhlas,
Ratu

– Ratu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit