Assalamualaikum semua. Sebelum aku start menulis, aku nak berterima kasih kepada admin iium confession sebab pilih article aku untuk disiarkan. Aku harap ramai yang dapat jadikan pengajaran dari kisah aku ni.
Okay, berdasarkan tajuk kat atas, aku ingin kongsikan bagaimana kehidupan aku sebagai seorang gadis yang mempunyai naluri songsang dan pada masa yang sama ketagih menonton p*rnografi. Dan jugak macam mana aku handle “penyakit” ini.
Aku akan bagi sedikit ringkasan tentang latar belakang aku. Aku kini berusia lewat 20 an. Dari segi fizikal aku tak lah cantik mana. Aku bertudung dan berpakaian seperti gadis muslim yang normal. Tapi sejak aku kecil, aku sentiasa terdorong menyukai kaum hawa dan benda ni aku tak sedar salah dan berdosa sebab masih naif.
Keadaan menjadi lebih teruk selepas aku masuk asrama time tingkatan 1 di sekolah semua perempuan di mana lesbi*n di anggap perkara yang bukan luar biasa. Hubungan adik-kakak angkat kat sekolah tu sangat berlebihan seperti hubungan pakwe dan makwe.
Pada awalnya aku tak terjebak dengan budaya kakak-adik angkat ni walaupun ada yang mintak yang nak jadi kakak angkat, aku reject sebab aku rasa merimaskan. Sampailah aku masuk form 3, aku mula rapat dengan seorang senior. Baik dan naif orangnya. Kami mula rapat dan memandangkan katil kami dekat, kami mula tidur bersama. Kami mula melakukan perkara “ringan-ringan”.
Keadaan ini berlanjutan selama setahun sehingga senior tersebut tamat sekolah menengah dan beliau terus menjauhkan diri dan lama-kelamaan aku faham sendiri yang perasaan dia kat aku dah tak sama. Kami pun stop berhubung dan tak lama lepas tu kami lost contact. Aku akhirnya buat keputusan untuk pindah ke sekolah campuran biasa lelaki perempuan,
Semenjak itu, aku tidak lagi mempunyai hubungan dengan mana-mana orang, perempuan ataupun lelaki. Walaupun telah terlalu lama berlalu, tetapi impaknya sangat dahsyat dalam hidup aku. Sebab tu lah kita jangan sesekali menghampiri zina, sebab sekali dah try, mesti akan ketagih dan asyik teringat-ingat moment zina tu.
Okay kenapa aku takde relationship baru selepas putus dengan senior aku tu? Sebab korang kena faham yang walaupun kami ni lesbi*n, kami bukanlah sesenang nak tersuka any random girl. Kami bukan binatang yang bernafsu dengan semua kawan-kawan perempuan. Mungkin la ada lesbi*n macam tu, tapi aku bukan sejenis yang senang nak jatuh hati dekat orang.
Jadi, memandangkan aku dah takde girlfriend, aku mula mengisi kekosongan dan kesepian aku dengan menonton p*rnografi. Semenjak aku berumur 16 tahun sehinggalah aku di universiti aku menjadi ketagih menonton video lucah di internet.
Hampir setengah hidup aku bergelumang dalam dosa dengan menonton aksi jijik tersebut. Bermula dengan menonton aksi lesbi*n di youtube, lama-kelamaan aku menjadi tidak puas dan mula mencari video yang lebih extreme di laman web lain.
Aku sangat menyesal selepas aku selesai menonton. Aku menangis, aku rasa jijik dengan diri sendiri. dan aku rasa malu dengan Allah. Tapi Allah maha baik, Allah tutup segala aib aku. Aku tidak pernah kantoi dengan rakan-rakanku. Semua kawan anggap aku gadis yang baik dan innocent sebab aku tak pernah couple dengan mana-mana lelaki. Hakikatnya.. hurm.
Perkara ini berlanjutan sehinggalah aku berumur 26 tahun, aku masih sama malah menjadi lebih teruk. Aku akui sejak aku sekolah aku tidak langsung menjaga solat. Aku solat dan ingat kat Allah time nak exam saja.
Aku sendiri macam dah terima kenyataan yang aku bukan perempuan yang baik dan tak layak menjadi baik sebab aku seorang lesbi*n. Ini naluri aku dan tak mungkin dapat diubah. Tak kan aku mampu untuk mengubahnya.
Sehinggalah aku secara tak sengaja terdengar ceramah yang menjadi satu titik tolak untuk aku berubah sedikit demi sedikit. Di dalam ceramah tersebut ustaz ada menyatakan yang perasaan LGBT ini adalah suatu penyakit. Ia bukan naluri, ia adalah penyakit dan kita haruslah mengubati penyakit ini. Ini sangat make sense guys.
Sebab tu kalau kita tengok sekarang ni, tetiba ramai lah pulak LGBT kat Malaysia ni, sebab apa sebab ianya penyakit berjangkit yang kita tak rawat dari mula. Dari situ aku semacam percaya aku ada harapan untuk sembuh. Aku mula merangkak untuk melengkapkan solat 5 waktu. Time aku dah mula jaga solat ni aku masih menonton p*rnografi tetapi dalam kekerapan yang semakin sedikit.
Lama- kelamaan hati aku dah kurang seronok menonton. Aku sudah mampu untuk mengurangkan ketagihan tersebut. Daripada seorang gadis yang menonton sekurang-kurangnya 3 video setiap hari, kepada 3 hari sekali, kepada 3 bulan sekali. Dan kini aku tidak langsung menonton sebarang video lucah.
Berkenaan penyakit songsang aku, aku belum sembuh tapi aku yakin Allah sedang membantu aku untuk pulih. Salah satu caranya aku tidak lagi dipertemukan dengan mana-mana gadis yang mempunyai perasaan terhadap aku dan sebaliknya.
Aku ada crush kepada seorang kawan aku dan aku merahsiakan perasaan aku selama berbelas tahun sebab aku tahu there is no happy ending for this kind of relationship. Aku berdoa kat Allah sesungguhnya untuk jauhkan kami kalau ia membawa kemudaratan.
And yes, Allah bantu untuk tidak memungkinkan hubungan kami. Aku jugak yakin satu hari nanti tidak mustahil Allah akan menghadiahkan aku perasaan normal seperti orang lain.
Kepada kawan-kawan yang ada penyakit sama macam aku, mula dengan solat. Yakinlah hati kita Allah yang pegang dan tiada yang mustahil bagiNYA.
Aku jugak redha kalau sampai ke akhirnya aku tidak pulih dari penyakit songsang ni, sebab aku yakin, setiap saat aku perang nafsu songsang ni pasti dihitung oleh Allah. InshaaAllah. Doakan aku sembuh ya kawan-kawan.
– Alin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit