Assalammualaikum readers,
Thanks admin sebab approve confession part 1 aku. Terima kasih juga pada semua readers yang memberi pandangan. Aku hargai pandangan kalian semua.
Maaflah kalau aku menulis confession part 2 ni agak lambat sedikit. Aku baru keluar dari hospital.
Pada part 1 aku cerita macam mana nak kenal orang yang bernaluri songsang. Memang ade certain points kau akan rasa biasa je .. standardla membe buat macam tu. Tapi point utama aku, kau akan dapat rasa lain masa dia buat semua tu. Sometimes intonasi masa dia ckp dengan kau. Dan cara dia pandang kau pun lain. Kau akan rasa was2.. perasaan tu susah nak cakap and nak digambarkan.
By the way, aku nak sambung cerita. Aku tak suka nak bersangka buruk dengan membe lama lama. Aku slow talk dengan dia. Pancingla bukak cerita pasal isu isu terkini berkaitan jantina. Perasaan masa tu memang dah gatal rasa membuak nak tahu betul tak apa yang aku rasa selamani. Yup.. aku terus terang in detail. Apa yang aku rasa bila dengan dia. Then aku tanya dia betul ke apa yang aku rasa? Dan jawapan dia adalah YES. Dia mengaku.. and dia ada jugak mention yang dia suka aku. Speechless aku..
Excitednya ada orang suka aku. Berbunga rasa hatini. Hha .. otak dia ! Sumpah tak bangga langsung ada peminat macam dia.
Aku adalah jugak nasihatkan dia, apa yang dia rasa tu semua SHAITON. Maksud aku salah lah dari segi agama.. Then dia cakap dia akan cuba untuk berubah. Aku pun tak pasti lah sejauh mana azam dia nak berubah tu. Sebab bilaa jalan2 nampak perempuan tepi jalan bukan main dia usha. Aku rasa boleh terkehel rasanya leher kalau nak tengok pempuan cantik lalu. Hha
Once dah berterus terang aku berkawan dengan lia macam biasa. Aku tak boleh lari mana2 weh. Aku kat tempat keja 2 3 ketul je perempuan. Kau rasa ? Sejauh mana jelah aku mampu lari ? Cuma takdelah aku bersangka buruk lagi. Kalau dia pelik2 aku faham dah kenapa. So hubungan persahabatan kitorang masih okay. Aku tak jauhkan diri bila tahu perkara sebenar. Aku bukan jenis buang kawan bila aku tahu 1 keburukan dia. Tapi aku still beware dengan lia. Aku ade jugak warning si lia tu supaya betulkan sikit otak dia bila dengan aku. Once dia buat bukan2, aku tak fikir 2x untuk putuskan persahabatan kitorang. Sejak tu dia behave sikit dah.
Tapi bila aku dah tahu hal sebenar aku tak sangka pulak selamani membe baik dia yang selalu aku lepak sama2 tu adalah serumpun dengan dia. Aku naik rimas bila dia asyik usik aku dengan lia. Faham tak usikan2 nakal macam kitorang ni kapel. Aku tak ada lah rapat mana dengan membe dia.. tapi once aku buat hal contoh aku malas layan lia. Tiba2 aku kena disoal siasat. Aku rasa hilang dah rasa kebebasan aku.
Dan yang paling teruk . Perasaan yang paling teruk aku rasa. Aku risau dengan diri aku. Aku start depends pada lia . Sikap fitrah perempuan kan kalau tiap hari kena siram dengan air lama2 lembut jugak. Aku tak kata aku suka lia. Tapi aku dah start bergantung pada lia. Tu yang aku risau pada diri aku. Risau aku terjebak . Aku rasa aku perlu buat sesuatu untuk bendani tak berlarutan dalam diri aku.
Baru2 ni aku ada rapat dengan seorang lelaki kat tempat keja. Dan lia start buat perangai balik. Aku syak dia cemburu. Aku pun x pasti apa yang aku patut buat sebenarnya. Aku lagi risau diri aku terjebak . Yela tiap hari jumpa kan.
Bila aku lepak dengan membe serumpun dia , cerita perempuan mana lagi cantik biasa dah kat telinga aku. Rindu perempuan or crush dia. Pun lali dah kat telinga aku.
Aku tak expect pun dia akan berubah sekelip mata. Tapi biarlah effort tu biar nampak betul2 nak berubah. Aku pun tiba2 convert jadi ustajah part time. Bagi aku masalah naluri ni adalah masalah hati. Apa apa berkaitan masalah hati kita sebagai orang islam kenalah kembali kepada fitrah kita kan? Aku tekan kan pada dia. Supaya jaga solat dan hubungan dengan TUHAN. Aku nampak la usaha dia kejap. Tapi kejap tenggelam timbul. Masih tak konsisten lagi.. Jadi readers sekalian.. apa yang perlu aku lakukan untuk bantu si lia and diri aku ? Any suggestions?
Nama lia ni aku petik je dari mana2 . Bukan watak sebenar . Hha
Terima kasih kerana sudi membaca kisah aku. Aku mohon doa korang supaya si lia tu berubah.. dan moga aku pun tak terjebak sekali.
Ikhlas ,
Ratu
– Ratu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit