Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua yg membaca penulisan aku ini. Sebelum itu, aku ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada admin kerana sudi menerima penulisan aku ini. Aku minta maaf pertama sekali sebab penulisan ni agak panjang, tapi aku yakin ianya sgt berguna kepada korang semua untuk mengenali golongan gay yg mcm mana dan sgt bermanfaat terutama sekali untuk korang golongan gay yang nak berubah insaf kembali ke pangkal jalan.
Dah lama aku ingin berubah, jadi aku cuba cari jalan penyelesaian dan jalan keluar untuk masalah aku. Aku semakin serabut dgn diri aku, aku jadi suka dgn kawan sebilik aku sampai aku tak boleh tahan dan aku frust. Aku nak berubah, aku search macam2 artikel golongan gay yg berjaya berubah dekat google, mmg susah nak jumpa, boleh kata mmg tak ada langsung. Jadi, aku cuba cari inspirasi aku sendiri, berkat usaha aku, Alhamdulillah, aku berjaya mengubah hidup aku sedikit demi sedikit. Jadi aku rasa, aku perlu share pengalaman aku ni utk korang yg nak berubah, aku tau korang pun (yg sama mcm aku) cuba nak berubah dan cari artikel yg dapat bantu korang. Aku come out the idea ni, so aku harap sgt dapat bantu kita utk berubah.
Tujuan aku menulis artikel ini ialah bertujuan untuk berkongsi pengalaman aku berubah daripada seorang gay kepada yang berfikiran normal dan pengalaman sepanjang aku menjadi gay. Aku tahu ramai dalam kalangan kita ataupun rata2 semua sgt anti dgn golongan gay ini, termasuk diri aku sendiri. Mmg tidak dinafikan dalam ajaran agama mana2 sekali pun, mereka melarang perbuatan maksiat ini, apatah lagi ianya adalah songsang dan lari daripada norma masyarakat kita.
Sebelum itu, aku intro dulu diri aku. Aku berumur 2+ tahun dan aku telah terjebak dalam dunia gay sejak aku kecil lagi, tak pasti tapi mungkin sekolah rendah. Awalkan? Mmg, kalau korang nak tau, mmg spisis mcm aku ni ramai yg terjadi sejak kitorang kecil lagi. Aku akan ceritakan mcm mana seorang2 tu boleh jadi gay, dia ada byk cara. Pertama sekali, ketika budak2, waktu ni diorg ni akan diajak oleh kawan2 yg lebih dewasa dan matang dan tahu mengenai seks (paedophile), diorg akan buat benda terkutuk ni dan menyebabkan pemikiran diorg sewaktu kecil songsang. Diorang akan menerima perbuatan ini sebagai normal. Macam aku lah, aku lah mangsanya. Waktu kecil, aku diajak oleh rakan aku utk buat benda ni. Tapi utk pengetahuan korang, aku tak pernah terjebak dgn l*wat. Buat atau dibuat, sebab bagi aku benda tu teruk sgt. Apa maksud teruk aku ni? Ok nnt aku cerita kat perenggan lain.
Keduanya, tempat2 yg hanya ada lelaki contoh dekat asrama or rumah2 sewa budak2 U atau bilik U dalamnya muat 2 orang. Sbb tu byk kes2 jenayah songsang ni berlaku kat asrama, dan ada jugak berlaku dekat U. Benda ni menular sgt cepat. So budak2 yg dah berfikiran songsang ni, dia akan ajak pulak kawan2 dia dekat asrama sekolah menengah ni or kat U untuk join perbuatan ni. See? Mcm mana benda ni merebak. Kalau korang jenis terima je layanan kawan korg nak jadi gay, korg akan terjebak dan korg akan rasa susah nak berubah dan kembali normal. Betul mmg susah, aku tau la.
Dan yg akhir sekali, golongan yg putus cinta ni cenderung utk jadi gay, jadi korang yg putus cinta ni please lah jgn lemah semangat dan putus asa. Golongan ni jadi vulnerable, dan kalau diorg di’approach’ oleh gay2 ni, diorg akan senang jatuh. Okey habis part mcm golongan gay ni tersebar.
Nak tambah sikit, idea2 gay contoh dari segi penulisan cerita seks dan buku and also cerita berunsur gay (mcm yg tgh hot skrg ni pasal beauty and the beast), benda2 ni lah akan mendakyah pemikiran budak2 yg baru nak besar. Mcm korg tau la benda tu salah, mungkin korg not affected by the stories tapi utk budak2 ni sgt2 bahaya. So jgn bagi adik2 korg tgk or baca benda2 mcm ni.
Seterusnya, korang semua jgn lah anggap gay ni sama je. Utk pengetahuan korang, gay ni bukan je dtg daripada kalangan orang yg tak berlatarkan agama, even golongan yg basic agama kuat pun ada yg gay, mcm aku jugak, aku tak kata basic agama aku kuat tapi aku tahu pasal Islam, aku tunai solat 5 waktu, aku puasa penuh Ramadan and even aku pun baca alquran, zikir lepas solat, igt Allah, buat perkara Sunnah dan pergi masjid. Aku nak kata kat sini, benda2 tu bukanlah sepenuhnya menggambarkan seseorang tu tak boleh jadi gay. Aku dah didakyah sejak kecil lagi, jadi gay. Aku tahu gay itu salah dan berdosa besar kat akhirat Nabi Muhammad takkan mengaku ummat, siapa nak? Aku taknak.
Tapi tgklah, aku tau benda tu salah tapi aku buat jugak. Semua kerana iman dan godaan nafsu dan syaitan. Mcm korg la yg merokok or yg couple or yg suka tgk benda2 lucah, korg tau benda tu salah tapi korg buat jugak sebab nafsu korg, lepas ni boleh taubat, itulah pemikiran racun yg buat korg sampai bila2 pun takkan berubah. Korang yakin korang boleh berubah? Ramai je yg mati sebab rokok, ramai je yg terlibat dgn zina even lepas kahwin, ramai je yg tak boleh nak berubah sebab diorg tak tau mcm mana nak berubah and ramai je yg tak sempat berubah dijemput Ilahi. Korang nak?? Aku taknak.
Sambung pasal jenis golongan gay. gay ada 2, satu jenis yg total absolute gay. Golongan ni lah golongan yg menerima diri diorg ni sebagai gay, diorg enjoy dunia gay, diorg suka dunia gay, diorg tak ada perasaan utk berubah dan diorg tak ada rasa bersalah dgn perbuatan tu. Golongan kedua, golongan ni golongan yg terjebak tapi diorg taknak jadi gay tapi diorg tak tahu mcm mana nak berubah. Diorg keliru. Diorg berusaha utk berubah and at the same time, diorg rasa nak buat gay, diorg akan buat lepas tu diorg insaf, aku nak berubah aku nak berubah then kitaran ini berulang. So mcm mana ni? Dua dua golongan ni masih ada peluang utk berubah tapi high chance lebih kepada golongan kedua dgn syarat diorg mmg nak berubah.
dan utk pengetahuan korg, golongan gay ada je jenis yg hanya menyukai sejenis tapi diorg tak luahkan, ada yg jenis tidak melakukan benda2 yg gay selalu buat contoh mcm l*wat. Mcm aku cakap, aku tak pernah buat sebab bagi aku benda tu sgt teruk dan berdosa besar. see? aku seolah2 buta yg gay sendiri tu dosa besar even kalau kau cium mulut kawan sejenis pun berdosa besar. inilah cara mcm mana syaitan tipu korg, buat la ni kurang sikit dosa, lepas korg buat, korg nak lebih lagi, eh takkan cium je, h***p la sekali, alang dah buat, lepas korg buat lagi, syaitan akan goda lagi, eh alang2 dah mcm ni, buat je la terus. selagi korg tertipu peringkat2 dosa ni, korg takkan berubah, terimalah bahawa gay itu dosa. minta maaf cakap pasal ni.
Nasihat aku, kepada korg yg ada kawan2 yg golongan kedua tu, approach dia and ajak dia berubah, bagitahu dia pasal post ni, kuatkan semangat dia dan bertegas dgn dia. Byk cara nnt aku kongsikan. Korang jgn sisihkan jgn cemuh dia jgn hina dia. Tolong dia sebab dalam diri dia ada 2 orang, orang normal mcm korg yg mana korg nampak dia mcm hari2 biasa or kawan mcm lelaki biasa yg korg ada. Satu lagi, diri dia yg keliru, diri gay dia. Ada waktunya dia jadi mcm tu, terutama sekali bila dia berseorang dan nafsu dia memuncak. Korang takkan nampak dia dalam keadaan mcm ni, sbb dia sorokkan diri dia yg ni. Kalau korg tau dia jenis mcm ni, tolonglah dia.
Aku berubah pun sebab kawan aku nak aku berubah, aku sygkan diri aku kawan2 aku dan aku nak berubah jadi normal mcm org lain, aku taknak masuk neraka sebab kan benda ni sdgkan amalan baik lain aku buat. Jgn ambil kesempatan pulak kat diorg. Mmg cb la kalau korg ambil kesempatan kat diorg suruh diorg h***p or sebagainya. Korg yg buat dia lagi jauh tersasar. Utk golongan satu tu, kalau korg ada kawan mcm tu, just nasihat and doa lah dia supaya berubah. Jenis mcm ni kalau korg cakap pasal ni, diorg mungkin akan marah, kau siapa nak masuk campur? Kau baik sgt? Kau masuk syurga ke? Kubur masing2. Benda tu mungkin akan keluar dari mulut najis diorg.
Aku nak sambung mcm mana aku berubah. Sebelum tu aku minta maaf lah kalau cerita aku ni ada unsur lucah ataupun tak sedap utk korg baca. Tapi aku perlu ceritakan supaya korg nampak flow tu dank org faham. Takde la korg bash aku dank org nampak la ending dia tu mcm mana. Satu hari, aku confess dekat kawan yg aku suka tu, aku cakap kat dia aku nak buat sesuatu pleasure utk dia, dia reject aku and maki aku. Aku jadi mcm tak keruan, aku menangis dan aku cakap, ya Allah kenapa aku diuji benda ni sejak aku kecil yg pada waktu tu aku tak tahu benda ni salah dan benda ni jadi racun utk diri aku. Aku tak bersalah. Aku taknak jadi mcm ni tapi org lain buat aku jadi mcm ni, aku taknak.
Aku dtg kat kawan aku tu (btw the best friend aku, kitorg mmg rapat dan dia tak tahu pasal aku sampai saat ini) aku cakap kat dia aku minta maaf dan ceritakan mcm mana aku jadi mcm ni. Dari situ dia nak tolong aku, aku cakap kat dia pls tolong aku igtkan aku bila nafsu gay aku dtg. Aku tak nak jadi mcm ni, sampai bila? Aku salam dia. sejak hari tu, dia asing katil dgn aku (katil kitorg sekali rapat dalam bilik, dia pindah bilik. Aku cakap kat dia, kau percayakan aku tak? Dia tak percaya aku 100% tapi dia percaya aku nak berubah. Aku cakap kat dia aku akan buktikan aku nak berubah.
So aku biarkan dia asingkan katil dan bilik sebab aku tau dia nak aku berubah. Selagi dia dekat dgn aku, selagi tu aku akan ada nafsu tu. Setelah sekian lama aku cuba kawal nafsu aku, fikir positive dan buang naluri songsang aku, buang fikiran aku yg aku sukakan dia, aku berjaya kawal nafsu aku, aku dah tak rasa ghairah duduk dgn dia. aku rasa mcm dia tu hanyalah kawan aku dan tak belih daripada tu. Sampai satu hari, aku cakap kat dia, hari ni tidur la katil kau mcm biasa, sebelah aku, ye la aku nak tahu perasaan aku sama lagi ke mcm dulu. Aku takkan buat apa2 lagi kat kau. Sejak haritu, dia balik bilik dan dia percayakan aku. Aku jadi lebih bersemangat utk berubah sebab dia dah percayakan aku semula. Aku kena teruskan utk berubah sampai aku dgn Allah pun aku takkan bermaksiat.
So apa isi dia kat sini? 1st, niat korg nak berubah tu penting. Korang kena niat utk berubah dan takkan melakukannya lagi. Apa maksud taubat nasuha? Taubat nasuha adalah kita menyesali perbuatan yg kita lakukan dan tidak mengulanginya lagi dan berazam tidak akan sesekali mengulanginya lagi. So perlulah sgt utk korg buang perasaan ini secara paksa. Mmg susah aku tau, lama kot aku nak buang perasaan ni. Doa dan ikhtiar, dekat dgn Allah. Keduanya, bila nafsu korg memuncak, jgn sesekali cari pasangan lain utk buat perkara terkutuk even yg ringan2. Igt satu je, benda tu dosa dan benda dosa ni Allah benci, kau akan masuk neraka sebab benda ni. dan bila nafsu tu memuncak
jgn la korg layan nafsu tu dgn nafsu. Apa maksudnya? Jgn la lawan nafsu tu dgn cara berdosa. Dalam kes ni minta maaf ada unsur lucah, tgk blue or mel*nc*p. selagi korg layan benda ni, nafsu songsang tu akan melekat dalam diri kau sebab kau masih melayan dgn sebab nak hilangkan. Sebaik2nya buang dgn cara baik, contoh keluar jalan2 bagi lupakan nafsu tu. Bila datang lagi nafsu tu, igt Allah cepat dan istighfar. Baca alquran, tenangkan diri dan cakap, aku nak berubah taknak jadi hamba seks taknak jadi gay. aku bukan gay, aku bukan gay, aku benci gay, gay dilaknat, masuk neraka. Dgr mcm kejamkan? Tapi benda ni kata2 penguat diri, bukan tujuan kita nak benci golongan tu, tapi kita nak berubah, kita kena ada mindset and doktrin diri kita dgn benda ni.
Byk lagi cara lain, mungkin korg boleh usahakan sendiri, akhir kata dari aku, jomlah kita golongan gay ni berubah. Sampai bila kita nak jadi gay hamba seks hamba syaitan ni? terimalah bahawa golongan ini adalah golongan yg songsang dan dilaknat dimurkai dibenci. Dari situ kita akan cuba utk berubah. Aku doakan kita dapat berubah dan berjaya berubah. Semoga kita kuat dan terus berusaha utk berubah. Utk korg yg normal, jgnlah korg cemuh, tolong kawan korg, jgn sisihkan dia, approach dia, tolong dia berubah, lagi2 best friend.
Aku minta maaf sgt sebab artikel ni panjang, sebab aku kena explain benda ni satu persatu, supaya korg tak salah anggap dan faham. Aku tahu mesti ada golongan yg cemuh artikel ni tapi aku faham, golongan gay mmg selalu kena mcm tu. Bukan maksud aku nak korg terima, tapi fahamlah perasaan diorg, fahamlah diri diorg. Sbb aku pernah jadi mcm tu, dan aku nak diorg semua berubah kerana Allah supaya kat akhirat nnt kita boleh ada dgn kawan kita tu. Dan kalau korg tak tolong diorg, mungkin korg akan ditarik sekali ke dalam neraka, kenapa kau tak ajak aku berubah? Kenapa tak bagitau aku pasal artikel ni yg at least ada sumber utk aku berubah. Kenapa kau nak baik sorg2? Byk persoalan boleh timbul. Semua kena bersatu. Kita buang gay, kita bina dunia baru tanpa gay.
– Hamba Bertaubat –
– Hamba bertaubat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit