Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat pembaca. Terima kasih kepada semua yg telah membaca confession yg aku tulis sebelum ni mengenai kisah gelap aku dan mcm mana aku berubah. Kepada sesiapa yg terlepas dgn artikel tu, korg boleh la copy link ni and paste dekat browser tu. (kalau boleh tekan, tekan je la) >> https://iiumc.com/naluri-songsang-itu-boleh-diubah/
Tujuan aku menulis kali ini adalah utk menjawab beberapa pertanyaan yg disuarakan dalam ruangan komen bukanlah aku nak cari publisiti murahan tapi aku cuba tolong longgarkan ikatan yg terbelit2 dalam kepala korg. Pertama sekali, aku ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada korg yg dah baca, share, dan mungkin ada PM kawan korg sendiri utk dia baca dan ambil iktibar dalam artikel ni. Mungkin tak byk benda yg aku boleh kongsikan dan aku minta maaf sbb tak boleh nak PM korg yg minta utk aku PM atas sbb tertentu. Tapi korg yg nak tanyakan persoalan boleh la tanya kat ruangan komen ni, dan kalau aku ada masa aku baca dan aku jawab, sorry. Dan aku sgt2 gembira sbb rata2 yg memberi komen sgt positive dan terus mendoakan diri aku. Ya aku akan terus berubah, kuat dan lupakan diri aku yg lepas.
Jadi kat bawah ni ada beberapa soalan dan aku akan jawab ikut kemampuan aku, kalau tak terjawab, aku minta maaf.
1. apa perasaan gay bila pg solat jumaat ya??
Apa perasaannya ya? Perasaannya sama je mcm kau nak pergi solat waktu2 lain. Takde beza pun. Tapi bergantung kepada perasaan dia ketika itu mungkin waktu tu dia dalam keadaan resah dan sgt mengharapkan pertolongan Allah, jadi mungkin waktu itu dia rasa sayu, hiba dan penuh mengharap. Sgt2 mustajablah waktu ini sekiranya dia berusaha utk berubah dan berdoa. Mcm aku, aku pergi solat jumaat, aku pergi mcm biasa, bukan bermaksud aku tak menyesali perbuatan aku tapi waktu tu waktu aku jadi diri aku yg normal bak kata lain, waktu itu waktu aku tak melakukan dosa. Kalau sebelum aku pergi masjid tu aku ada buat benda salah tak kiralah apa pun, mungkin aku akan rasa sedih kecewa dan rasa sgt2 down.
2. Rasanya yang tulis ni bukan seorang gay tapi perempuan. Cara penulisan sangat halus..
Aku lelaki la. Aku mmg suka menulis dan gaya bahasa aku mmg mcm ni, ada nampak mcm perempuan ke? Aku rasa biasa je. Aku cuba bagi dorongan kepada lelaki2 gay kat luar sana dan aku harap ia sgt membantu. Dan cerita aku ni cerita benar, bukan rekaan aku. Byk lagi aku boleh cerita dan tambah, cuma tak bersesuaian utk aku cerita kat sini.
3. Ada je kawan aku lesbian yang dapat berubah. Sekarang dia dah normal balik, ada beberapa orang anak lelaki dan perempuan…
Perempuan lesbian lain. Betul, mmg lain. Naluri diorg sng berubah berbanding lelaki gay. aku tak tahu nak describe mcm mana tapi itu lah fact dia. aku bagi contoh zaman Nabi Luth dulu, golongan homoseks ramai dalam kalangan lelaki sdgkan perempuan ada. Sbb apa? Sbb naluri diorg mmg nakkan lelaki, diorg xnak pandang perempuan. Dan dalam alquran sendiri sebut yg dia tujukan kpd kaum lelaki. Aku nak kata kat sini, bila lelaki tu jadi gay, mmg sgt2 susah utk dia kembali normal berbanding perempuan. Ada jugak yg aku baca katanya zaman nabi luth tu ada perempuan lesbian tetapi itu kerana mereka kekurangan lelaki, jadi diorg tak boleh nak kahwin dgn lelaki, perempuan la dia cari. Hakikatnya jika lelaki ada, diorg akan kahwin dgn lelaki. Aku harap kau faham sbb aku tak tau nak cakap mcm mana.
4. Pada perasaan suka kat someone, xkira sejenis atau x, sama ja. Boleh dibuang. Kita boleh move on. Pasal selera pun boleh ubah. Tapi susah sikit lah. Apa2pun kena konsisten. Dan niat kena betul. Mmg betul boleh dibuang, tapi ini melibatkan naluri seseorang, erti kata lain perasaan dia sendiri, dia tak sama dgn nafsu. Naluri ni didorong oleh nafsu seseorang, tanpa naluri tu nafsu tu tak berfungsi pun. Contoh, lelaki tu tak ada naluri suka dekat lelaki, jadi nafsu kepada lelaki dia tak ada. Tapi bila naluri dia suka kepada lelaki ada, dia boleh kawal atau tak boleh kawal naluri dia bergantung kepada nafsu dia, kalau dia kawal nafsu dia, dia tak kan terjebak, kalau dia tak kawal nafsu tu, dia akan jadi gay dan terus terjerumus hanyut dalam lautan maksiat.
Aku nak sambung sikit, mcm diri aku, aku dah dibentuk naluri ni sejak aku kecil dan aku akan terima gay ini seakan2 normal dalam hidup aku tapi aku tahu benda tu salah. Cuma aku tak pandang benda tu pelik. Oh biasa la tu lelaki suka lelaki. Pelikkan? Tapi itulah apa dalam fikiran aku, just aku boleh terima benda tu salah dan aku takkan terjebak dgn dia lagi. Nauzubillah. Mcm budak kecil belajar bahasa waktu dia kecil contoh bahasa arab, dia akan rasa sng utk cakap arab dan bagi dia bahasa tu bahasa dia. berbanding kita yg dah besar baru nak belajar dan menerima. So kat sini kalau budak kecil ni diajar dan diasuh sesuatu, dia akan mudah faham dan menerima benda tu sebagai normal dan salah satu dalam hidup dia. kesiankan dekat org yg jadi gay sejak kecil? Dia tak tahu pun.
6. Mcm mana kalau gay kawen tp just nak tutup kata dia gay?
Nauzubillah, berdosa dia buat mcm tu, kesian isteri dia. tapi kalau dia kahwin utk berubah dan elak daripada dia jatuh lagi jauh dalam dunia gay, itu sgt digalakkan cuma dia perlu berubah sepenuhnya lepas kahwin dan takkan buat lagi. Harap2 dia berubahlah, bukan nak menutup daripada pandangan org lain bahawa dia gay sebenarmya.
7. alhamdulilah anda telah berubah…jika sesiapa yg taktau, ape2 perubahan yg kita cuba buat, buat sebaiknya sekurang2nya 21 hari…insya Allah selepas itu lebih mudah…contohnya kalo solat sebelum ni xlengkap 5waktu sehari, utk berubah cuba istiqamah lengkapkan solat 5 waktu sehari sekurang2nya 21 hari…insya Allah hari ke 22 sudah menjadi biasa
Terima kasih. Betul kena konsisten. Tapi benda tu bukan sng nak buat, tapi dia boleh menurunkan nafsu sedikit demi sedikit, mungkin lepas 22 hari tu dia boleh kawal lebih baik dari sebelum tu. Cuma dia masih ada perasaan tu dan boleh kawal dgn baik, itulah yg aku rasa pada awalnya. Lepas seminggu, dtg balik perasaan tu, aku cuba utk tahan sebulan, lepas sebulan dtg balik perasaan tu, aku cuba tahan lagi lama, mmg susah, perasaan tu akan dtg tak kira masa, Cuma kau kena latih diri kau utk tak fikir dan buang fikiran tu sikit2.
8. kau refer blog akuhivpositive mana tau boleh tlg kau istiqamah berubah. base on true stories dlm tu. Okbai
Ye itulah antara sumber yg aku baca.
9. Maaf kak nak tanya, skrg ni nafsu pd wanita ada tak? Lepas nafsu pada lelaki dah hilang. Adik ada perasaan tak pada perempuan? Apa2pun secara jujurnya kalau tak de nafsu pd perempuan tak perlu la kawin, kesian pd isteri tu yela, nafsu tak de. Apa2pun akak harap niat dan usaha adik utk berubah akan diberi kekuatan oleh Allah. Betul usaha yg adik buat, apa2pun akak doakan yg terbaik buat adik. Semoga bahagia dunia dan akhirat.
Terima kasih kak, saya masih ada nafsu pada perempuan, saya tahu perempuan cantik cun comel lawa tu macam mana, saya boleh suka seseorang dan saya dah pun suka pada seseorang. Saya masih single. Saya berdoa supaya Allah beri saya peluang utk jalani kehidupan normal mcm org lain. Mungkin saya ni adalah bekas gay, tapi bagi saya setiap org ada peluang kedua yg diberikan utk berubah, kesilapan lampau usah dikenang sedangkan masa depan yg belum dicorak belum pasti indah ataupun buruk. Saya boleh jadi lebih baik dan saya boleh jadi macam dulu, tapi saya nak tinggalkan diri saya yg lama dan jalani kehidupan bawah lembayung Ilahi. Doakan saya.
10. Ni gay. Kalau bisex? Seram kan.
Betul, tapi basically lelaki yg bisex ni pun gay sebenarnya, sbb kalau dia suka pada perempuan, kenapa perlu dia suka pada lelaki? Nalurinya dan songsang. Tapi alhamdulillah dia masih ada nafsu pada perempuan dan dia boleh berubah, tinggalkan lelaki.
11. saya pernah tegur best friend saya yg juga seorang gay. lepas saya tegur tu berbulan dia tak contact saya. whatsapp insta semua socmed saya dia block. takpe lah mungkin cara teguran saya tu yg salah. macam mana nak tegur golongan ni secara efisyen ye?
Saya pun tak tahu cik mcm mana dan bestfriend cik tu macam mana, apa yg boleh saya katakan kat sini mungkin silap pada tegurannya. Mungkin dia ada terasa dgn cara teguran cik, saya tak tahu. Ataupun mungkin dia mmg tak suka org lain masuk campur hal dia. kalau saya, saya akan mulakan dgn ambil masa terluang dia ajak dia keluar buat benda dia suka ataupun keluar jalan2 and beli la aiskrim ke apa, then mulakan perbualan.
Bergantung lah kepada siapa yg dia bercakap. Contoh mungkin dia dan kita ni dah kenal rapat dan kita pun tahu pasal dia gay, boleh terus mulakan dgn “aku nak tanya pasal kau boleh? Pasal gay?” then kalau dia nampak cool and dia bagi jalan, teruskan apa yg nak ditanya dan apa yg nak dikorek, kalau dia tak selesa minta maaf dan cakap, “aku caring pasal kau, kita dah lama kawan, masalah kau aku tahu masalah aku kau tahu, aku nak tolong kau sedaya mampu, if kalau kau tak keberatan, aku nak tolong kau berubah kalau kau nak berubahlah, aku cuma jalankan tanggungjawab aku sebagai kawan rapat kau dan aku tegur benda yg betul, mungkin bagi kau aku tegur ni melukakan hati kau tapi kalau aku tak cakap, kau tak tahu, aku susah kau pun susah.”
Then ayat kau tu kena tepat kat jantung hati perasaan dia, dia mungkin akan terkesan dan senyap (mostly akan senyap la kot, atau mungkin dia akan tanya, kau nak aku buat apa?) then boleh lagi sambung ayat pasal kesan gay, gay ni dalam islam mcm mana. “aku risau pasal kau. Gay ni aku tahu mmg susah nak buang, tapi at least kau kena cuba, benda ni aku minta maaf kalau kau terasa tapi aku perlu cakap utk sedarkan kau, gay ni dilarang dalam agama, aku tahu dalam hati kau nak berubah Cuma kau tak tahu mcm mana dan kau frust, setiap hari kau nak jadi gay sebab kau rasa seronok, tapi kau tak sedar yg benda ni akan ada kesannya nnt bukan kat dunia je, kat akhirat apatah lagi. Aku nak selamatkan kau dan aku tak kehilangan kau sebagai kawan baik aku” dan tambah la apa2 yg nak ditambah. Ikut keadaan, ni skrip contoh tak tahu la berkesan ke tak. Tapi ayat dalam tu baguskan? Tu dari perasaan saya sendiri, bagi saya saya selesa kalau org cakap mcm tu. Lain org lain cara.
12. Liwat tu Sbnrnya apa??
Betul ke tak tahu ni? Liwat tu ialah persetubuhan melalui belakang ataupun melalui lubang najis. Perkara yg dilaknat walaupun persetubuhan antara lelaki dan perempuan, apatah lagi dgn kaum gay.
13. Ikut sabda Nabi kaum gay hukumnya bunuh.
Bercakap mengenai hukum, sesetengah perkara telah digariskan di dalam alquran dan hadis serta ijma’ ulamak. Ada hukum yg telah termaktub perkara itu terus dijatuhi hukuman seperti hukum zina, disebat/rotan bagi yg belum berkahwin dan hukuman rejam bagi yg sudah berkahwin. Minta maaf ye kalau kita nak bercakap pasal hukum mmg saya bukan ahlinya tapi saya boleh bagi pendapat supaya org tidak salah faham lagi2 melibatkan golongan tertentu seperti hukum merokok, zina, minum arak dan sebagainya. Betul nabi ada menyebut bahawa hukum penzina gay adalah bunuh tetapi adakah penzina gay yg telah bertaubat atau sdg bertaubat mencari jalan hidayah tetap dikenakan hukuman ini?
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Berkuasa. Dia boleh menerima apa sahaja taubat dosa hambaNya yg ingin kembali ke pangkal jalan. Adakah kita masih mahu menjatuhkan hukuman bunuh kepada mereka yg bertaubat sedangkan Allah memaafinya. Siapakah kita ingin menilai hati seseorang daripada luarannya sahaja. Yakinkah kita lebih baik daripadanya? Tetapi golongan ini perlulah menginsafi dan menyesali perbuatannya dan tidak akan mengulanginya lagi dan jika dia mengulanginya dan ditangkap, hukuman akan dikenakan. Bertaubatlah sebelum terlambat. Itulah point yg saya nak utarakan.
Itu je utk penulisan kali ni, aku tahu mmg tak seberapa tapi mcm yg aku cakap. At least aku dapat tolong orang kat luar sana utk berubah. Aku dah cuba, aku nak tolong diorg dan aku dia sgt ada hidayah utk diorg. Pls lah buat come back, come back is real. Moga kita tak terus terjerumus dalam lembah syaitan dan iblis laknatullah. Sekali lagi aku tekankan, semua mula pada diri kau, kalau kau nakberubah, kau akan buat. Once kau dah start, kau akan cuba utk berubah lagi bila kau putus asa. Aku tahu, aku byk kali jatuh, tapi aku takkan jatuh selama2nya, aku akan bangkit dan ubah diri aku. Diri aku milik Allah, bukan milik syaitan dan nafsu penjara dunia. sekali lagi please wahai insan diluar sana, berubahlah sebelum terlambat. mati itu bila2 masa je, tapi ingatlah, pintu taubat itu terbuka seluas langit dan bumi 24/7. Wallahua’lam.
– Hamba bertaubat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit