Assalamualaikum, terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Aku harap kalian dapat memberi pendapat berkenaan masalah aku ni.
Aku seorang wanita berusia awal 20-an,masih belajar di sebuah universiti. Kebelakangan ni aku tengok ada banyak confessions tentang h0mos*xual dalam page ni. Jadi izinkan aku untuk bercerita tentang kisahku sebab aku sangat keliru dengan diri sendiri.
Aku seorang perempuan dan aku ada perasaan pada perempuan. Pelik kan? Aku pun hairan kenapa dari kecil lagi aku rasa macam ni.
Tolong jangan kecam aku, aku tak pernah minta pun ada perasaan macam ni. Korang yang normal kena bersyukur sebab tak diuji ada perasaan songsang. Aku sendiri sendiri pun jijik dan selalu salahkan diri sendiri kenapa aku boleh rasa macam ni.
Aku teringat waktu sekolah rendah dulu aku pernah suka pada sorang budak laki waktu aku umur 9 tahun macam tu. Dan dia lelaki terakhir yang aku pernah suka, yang lain semua perempuan. Aku pelik kenapa aku tak pernah dah tertarik pada lelaki.
Waktu umur 11 tahun, aku pernah jadi rebutan senior perempuan untuk ambil aku jadi adik angkat. Mulanya ada seorang je yang berminat dekat aku, siap selalu bagi hadiah dan surat. Lepastu datang sorang lagi yang ikut sama hantar surat ala ala surat cinta gitu.
Yelah, zaman tu mana ada smartphone lagi. Aku rasa seronok bila selalu dapat surat, tapi yang peliknya diorang dua tak pernah berani nak cakap face-to-face dengan aku. Dalam surat pun ada yang siap menunjuk-nunjuk kekayaan dan jawatan diorang sebab nak bagi aku kagum.
Aku pun balas setiap kali diorang hantar surat dan terima salah sorang jadi kakak angkat aku. Bila dah akhir tahun, diorang dah tak dapat jumpa aku sebab cuti dan akan masuk sekolah menengah tahun depannya. Jadi kami dah mula guna handphone untuk mesej.
Di sini lah aku perasan yang aku mula tertarik pada perempuan. Aku rasa sayang sangat kat kakak angkat aku ni macam perasaan sayang seorang girlfriend pada boyfriend. Dipendekkan cerita, aku putuskan hubungan kitorang bila dah masuk sekolah menengah sebab perasaan dah pudar.
Masuk sekolah menengah, aku selalu ada crush pada akak senior yang cantik-cantik. Tapi aku tak pernah layan atau confess pada sesiapa.
Waktu umur 14 tahun, aku dah jatuh cinta pada kawan aku sendiri disebabkan akhlaknya yang baik dan rupa parasnya yang sangat cantik. Tapi aku tau dia perempuan straight, takkan mungkin dia suka aku lebih dari kawan.
Walaupun dia selalu puji-puji aku tapi aku cuba kawal minda yang dia tak mungkin suka aku. Jadi aku diamkan perasaan aku dan sampai sekarang perasaan tu tak hilang walaupun kami dah jarang contact dan lima tahun tak berjumpa.Dia sekarang belajar di UIA, jauh dari aku.
Sungguh aku sakit sangat pendam perasaan ni dan selalu teringat dia. Tahun lepas, aku dapat tahu dia ada boyfriend sebab aku selalu stalk Instagram dia. Ya Allah, sakitnya jiwa aku tuh tak dibuat-buat. Malam-malam aku selalu menangis sebab teringat dia.
Dah 11 bulan pun masih tak dapat move on. Aku masih sakit bila teringat dia sudah bahagia dengan yang lelaki lain. Aku ingatkan semakin lama akan semakin hilang perasaan aku ni, tapi sebaliknya yang berlaku.
Aku masih sayang sangat pada dia, dan kadang-kadang aku terfikir kenapa aku tak dilahirkan sebagai seorang lelaki supaya aku dapat confess pada dia. Aku penat dengan diri sendiri, mengharapkan seseorang yang takkan mungkin bersama aku sebab ianya salah disisi agama.
Aku faham agama dan aku cuba untuk tahan nafsu dari melakukan benda-benda yang tak sepatutnya pada perempuan. Aku tak boleh tengok video perempuan kpop seksi menari sebab aku tau aku boleh terangsang dengan gerakan seksi diorang.
Kawan-kawan perempuan suka peluk-peluk aku, dan aku takda masalah dengan tu sebab aku takda perasaan pun kat diorang, tak rasa apa-apa pelik. Tapi bila crush yang buat camtu aku tahan je, Allah je faham rasa aku macam mana.
Macam mana hubungan aku dengan lelaki? Biasa saja. Aku tak tunjukkan tanda-tanda yang aku tak suka lelaki depan kawan-kawan aku.
Selalu je aku puji-puji lelaki handsome depan diorang. Padahal memang aku tak tertarik langsung dengan lelaki.
Waktu sekolah dulu banyak yang confess tapi aku tak boleh terima sebab naluri tak betul aku ni lah. Kecuali tahun aku SPM, budak paling handsome dan baik dalam kelas aku confess yang dia dah lama suka kat aku.
Waktu ni aku keliru sama ada nak terima dia atau tak. Bila fikir panjang, aku terima dia sebab waktu tu aku fikir mungkin ni cara untuk aku betulkan balik naluri songsang aku ni.
Dipendekkan cerita, aku silap. Aku tak dapat nak cintakan dia macam mana dia cintakan aku. Selepas dua tahun, aku minta putus dengan alasan aku nak fokus belajar.
Aku tahu aku rugi sangat sebab lepaskan lelaki macam dia, lelaki idaman yang aku boleh katakan ada lengkap ciri-ciri yang perempuan nak.
Aku masih sayang pada crush perempuan aku tu. Aku tak dapat nak tipu diri sendiri dan tak dapat pupuk perasaan cinta pada bekas kekasih aku tu. Sebab aku kesian lah aku lepaskan dia.
Alhamdulillah, aku tengok bekas kekasih aku sekarang dah dapat move on dari aku. Dia layak dapat perempuan yang lebih baik yang dapat cintakan dia sepenuh hati.
Sungguh, apa patut aku lakukan dalam hidup aku bila ada perasaan macam ni? Jika suatu hari nanti aku perlu berkahwin, patutkah aku beritahu pada pasangan tentang perasaan aku ni sebelum berkahwin?
Aku bercita-cita untuk ada keluarga kecil yang bahagia, untuk jadi ibu dan isteri yang solehah sebabnya aku tak ada keluarga yang harmoni sekarang.
Persoalannya sekarang masih ada kah lelaki yang mahu beristerikan perempuan macam aku? Bolehkah naluri aku ni berubah?
Aku buntu sebab tu aku minta pandangan korang. Terima kasih.
– Ns (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit