Nama Anak

Assalamualaikum semua… Harap admin publish karangan aku ni demi kepentingan ummah hehe

Alhamdulillah akhir-akhir ni ramai member aku yang menimang cahaya mata. Antara isu utama bila sambut kelahiran bayi adalah nama. Bagi aku ni isu serius. Aku ambik keputusan nak mengarang ni pun sebab tadi aku tertengok TV seorang artis tu dia kata dia cuba pilih nama yang terbaik untuk anak dia dan dia nampak kesan nama tu sejak anak dia kecik lagi. Subhanallah.

Jadi aku percaya yang orang kata nama tu adalah doa. Tambahan pula, Nabi SAW kalau ada sahabat yang nama dengan maksud kurang elok baginda akan tukar nama sahabat tu supaya maksudnya lebih baik.

Namun apa yang aku sangat kecewa belakangan ni adalah ibu bapa macam berlumba-lumba nak letak nama yang panjang dan sedap didengar, sedangkan maksudnya tidak dititikberatkan.

Aku masih single-mingle tapi member-member aku selalu minta pandangan untuk letak nama anak ni. Aku pun bukan pandai sangat tapi alhamdulillah boleh la faham jugak bahasa arab tu sikit sebanyak setakat nak tolong semak sikit-sikit.

Aku paling tak suka dengan buku nama yang orang jual kat kedai tu. Nama tu macam google translate je lepas tu letak maksud kat tepi. Kadang aku tengok maksud tu jauh sangat lari dengan yang dipaparkan kat buku tu. Amboiii senangnya buat duit!

Contoh 1… Sedara aku bagi nama anak dia ikut buku nama tu ler, kebetulan nama tu famous sebab ada watak dalam drama yang trending masa tu. Tapi kalau orang tak tahu pasal drama tu tapi tahu bahasa arab bila sebut nama anak dia automatik cakap maksud nama tu “tilam” atau “hamparan”. Dia tanya kita pasal nama tu tapi last-last dia letak jugak nama tu sebab ada dalam buku dan sedap didengar, kesian budak tu kalau kena gelakkan dengan arab nanti hurmmm

Contoh 2… Member aku dapat baby girl, dia nak bagi nama ikut buku tu jugak lepas tu dia gabung-gabung beberapa nama daripada buku tu jadi satu untuk nama anak dia. Jadi dia tanya pandangan aku. Dia kata ustaz kat kampung dia kata nama tu dah elok. Tapi bila aku tanya maksud dia terus snap daripada buku tu, korang bayangkan maksud nama tu menurut buku tu adalah sejenis bunga. Buku tu macam pukul rata, ada beberapa nama dalam page tu tapi maksud sama. Contoh nama A, B, C, D semua maksud nama tu bunga matahari huhu… Dah tu bila nama digabung-gabung suka hati timbul isu tatabahasa pulak, aku cubalah bagi pandangan yang terbaik sebab dia tanya aku dan nak yang terbaik untuk anak dia malangnya last-last dia tetap dengan nama yang dia pilih. Aku okay jelah, kita dah cakap tapi dia dengan keputusan dia.

Contoh 3… Member tanya apa maksud nama sekian sekian. Okay jenuh kita cari tak jumpa, bila tanya mana dapat nama tu dia kata dia gabung nama mereka suami isteri. Aku mampu berhuhuhu je

Contoh 4… Ni contoh last aku bagi selama kerjaya tak bergaji aku tolong bagi pandangan untuk nama anak orang. Nama tu gabungan beberapa bahasa lepas tu bila tanya maksud dia bagi maksud ikut perkataan. Katakan nama anak tu Bunga Cinta Lestari; dia bagitahu bunga maksud apa, cinta maksud apa dan lestari maksud apa. Sedangkan perkataan ni bila digabungkan dah jadi lain dah. Kasut dan bola dengan kasut bola pun dah lain maksudnya. Lagi pening bila nama pelbagai bahasa, pelbagai maksud dan gaya tu dijadikan satu nama dan diorang minta tulis dalam jawi/arab. Seriously aku jammed. Ye aku nak tolong bagi yang terbaik tapi kadang memang aku tak dapat nak tolong apa-apa dah. Maaf sangat… Aku bukan nak strict sangat, aku dah cuba pusing sana pusing sini dah cuba abaikan tatabahasa semua tapi nama tu kalau tulis dalam bahasa arab tetap bawa maksud yang tak elok.

Memandangkan nama itu doa dan kita semua nak nama yang baik, yang sedap didengar supaya anak tu jadi anak soleh/solehah di masa depan InsyaAllah, jadi aku nak bagi beberapa saranan dalam proses bagi nama anak:

1. Minta pandangan orang alim yang tahu bahasa arab
2. Rujuk kamus
3. Inspirasikan daripada nama para sahabat Nabi, dengan harapan anak tersebut jadi macam sahabat tersebut InsyaAllah

Dalam soal pendidikan keibubapaan ni, suka aku kongsikan nasihat orang terdekat aku. Sebagai ibu bapa, jangan terlalu berbangga dengan anak-anak bahawa anak kitalah yang terbaik, risau Allah uji kita dengan kata-kata kita tersebut. Paling risau jika Allah tarik nikmat anak yang baik/bijak tersebut akibat kita terlalu berbangga diri. Banyakkan sebut puji-pujian kepada Allah dalam mendidik anak-anak. Banyakkan sebut subhanallah, alhamdulillah walaupun dalam puji anak. Jangan sampai anak-anak rasa bangga diri sebab ibu bapa selalu puji dan angkat diri mereka dan akhirnya mereka tenggelam dalam kebanggan sendiri, na’uzubillahiminzalik.

– Ms Backpacker

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit