Assalamualaikum. Nama diberi Nur Aminah binti Awang (bukan nama sebenar).
Saya tidak menyukai nama yang diberikan oleh ibu bapa saya. Untuk saya yang lahir dalam generasi Z nama itu sangat common.
Sejak sekolah rendah dalam satu tingkatan terdapat 3@4 orang mempunyai nama tersebut.
Perkara itu kadangkala membuatkan saya segan untuk memberitahu nama saya kerana pasti ada yang tegur ramai betul nama sekian sekian.
Bukan hanya saya malah kakak saya juga mempunyai nama yang common dan pernah menyuarakan tentang perkara ini kepada ibu bapa saya.
Mereka hanya ingat kakak saya bergurau sedangkan dia serius ingin mengetahui kenapa namanya terlalu common dan tidak commercial.
Bagi saya, pemberian nama yang unik dan commercial itu juga memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan diri.
Jika kita lihat selebriti atau individu yang berpengaruh juga mempunyai nama yang unik dan menunjukkan identiti mereka.
Contoh nama yang saya suka ialah nama anak selebriti Loque iaitu Anggerik Dang Jelita & Seroja Dewi Harapan.
Kita sedia maklum Loque merupakan orang seni jadi hidupnya berseni begitu juga pemberian nama anak berbeza dengan ibu bapa saya.
Perasaan tidak menyukai nama saya tidak terhenti di sekolah malah ketika sudah bekerja saya masih lagi malu.
Saya bekerja di syarikat MNC jadi penggunaan username profile menggunakan nama bapak (last name) saya dimana namanya juga kekampungan.
Saya perlu berkomunikasi dengan pekerja lain dari seluruh dunia. Nama yang sering dipanggil oleh mereka ialah Nur atau nama bapak saya.
Saya tidak begitu senang dengan panggilan itu.
Masih saya ingat ada kawan saya memberitahu ibunya memberitahu dia meletakkan nama anak yang berbunyi international kerana mudah untuk dipanggil dan dikenali tidak kira di Malaysia atau luar negara.
Saya berasa alasan itu munasabah untuk situasi saya sekarang.
Mungkin ada yang beranggapan confession saya ini kebudak-budakan kerana seperti saya menyalahkan ibu bapa saya namun perkara ini sering membelenggu saya sehingga kini.
Saya meminta maaf jika ada yang tersinggung atas tutur kata saya.
Tujuan confession ini dibuat adalah untuk bakal ibu bapa diluar sana agak tidak menganggap pemberian nama itu sesuatu yang remeh.
Fikirkanlah nama yang elok dengan maksud yang elok.
– Miss A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Pertama kali saya jumpa orang tak suka nama sendiri. Nama pelik sangat pun nanti orang ejek.
Its not abt name. Its abt character
Saya setuju dengan komen Abu di atas ^
Nak cadang – tukar je lah nama. Rupa-rupanya dengan nama bapak sekali kau tak puas. Hmm. Nak tukar bapak ke?
You’re supposed to be proud of your name. As long as ada maksud yang baik, apa salahnya? Hanya sebab nak mudah disebut & tak rasa kekampungan bila bercakap dengan orang luar, awak malu dengan nama yang diberi? Kenapa nak malu? Berbangga la sis. Negara lain macam Thailand, Vietnam etc lagi susah dan berbelit lidah nak disebut.
Kalau malu sangat dengan nama sendiri, tukar la. Dah lebih 18 tahun, dah legal. It’s up to you now. Nama bapak tak boleh buat apa. Atuk nenek kau yang letak.
Nanti sis ada anak, letak la nama international. Cari suami nama sedap juga. Best orang sebut surname anak (nama bapak) tu pun sedap.
cuba bagi tau name confessor ape..nak tau jugak kampung sangat ke?cuba berbangga dengan apa yg kita ada..yg kita rasa internasional tu la yg bosan..
Laaaa….budak ni mesti jenis keyakinan diri kat tapak kaki. Pasal nama pun sampai murung eh….padahal bkn ada org ejek pun….dia sendiri yg tak pasal² benci nama sendiri konon nama dia kekampungan? Byk lagi yg kau kena belajar pasal hidup, dik.