Assalammualaikum kepada kesemua pembaca. Sebelum ni Acik T baca ja IIUM Confession ni, paling dasyat pun, ‘like’ topik-topik yang berkenan. Komen ka, macam segan la sikit.
Awat panggil Acik T? Tak tau la, nama panjang tapi masa zaman kerja dulu, depa panggil T ja. Cukup la na, pengenalan macam tu?
Bukan apa, lama tak tulis, jadi apa yang salah silap mohon maaf tapi kalau ada kesilapan maklumat, mohon maklumkan di komen supaya orang lain dapat maklumat yang benar. Itu yang paling penting.
Apa yang buatkan Acik T terpanggil untuk tulis ni, sebab isu yang sedang panas dibincangkan oleh kebanyakkan orang. Daripada isu Adik Bella dan sekarang isu Gaza. Dua-dua isu ni Acik T nak hampa tarik nafas dulu dan lepas.
Isu Adik Bella, sangat menyedihkan. Dan sekarang isu ni agak tenggelam. Masih lagi tertanya-tanya tentang pembelaan Adik Bella. Semoga yang bersalah akan dihukum dan insaf.
Dari isu Adik Bella, ada satu nama yang dikenali umum turut terpalit. Acik T baca dan ada juga rasa tak puas hati dan geram. Cuma satu benda yang Acik T cuba ubah dalam diri Acik T.
‘Jangan kerana 1 kesalahan kita menghukum orang tu seolah-olah tidak ada kebaikan yang dia pernah buat.’
‘Dan jangan pernah suka pada orang tu, sampai kesalahan yang dia buat, kita abaikan.’
Ayat ringkasnya. Jangan taksub. Bersederhana.
Sesiapa saja mengajak pada kebaikan dan berkata perkara benar. Kita dengar dan bersetuju dengannya. Dan sesiapa saja mengajak kepada kejahatan, melakukan keburukan atau kesalahan. Kita berpendirian, dia bersalah tanpa melupakan kebaikan yang dia buat.
Berbalik kepada isu Adik Bella, Acik T ada tanda tanya tentang induvidu berkenaan iaitu Syed Azmi tapi Acik T lebih banyak tak tau dari tau jadi tak mau ulas berdasarkan sangkaan.
Yang Acik nak ajak hampa semua pandang sat, ada Syed Azmi dipanggil sebagai panel dengan AADK kalau tak silap Acik T. Masha Allah, Acik T sangat kagum dengan idea dan sudut pandang Syed Azmi.
Antara idea dia yang Acik T sangat kagum, Syed Azmi cakap, NGO dia banyak bagi bantuan kewangan. Bagi dia, pihak yang menerima bantuan lebih tahu keperluan masing-masing.
Apa yang menarik disini, dia ada kongsikan, ada seorang mak yang minta bantuan. Dan duit tu mak yang minta bantuan ni guna untuk beli ubat kutu.
Macam pelikkan? Tapi tau dak sebab apa mak ni beli ubat kutu? Sebab dia kata, anak dia tak mau pi sekolah sebab malu ada kutu. Sedangkan dia nak anak dia bersekolah dan tak nak anak dia tercicir.
Nampak dak? Pentingnya ubat kutu pada mak tu kerana nak anak dia berilmu.
Dalam kes yang lain yang Syed Azmi telibat, dia cakap kita jangan sisihkan pelajar bermasalah. Bagi pelajar bermasalah bagi tanggungjawab yang depa suka. Contoh, pelajar selalu masuk bilik disiplin, bagi tanggungjawab suruh dia urus pasal bilik disiplin.
Seorang pelajar tidak harus dinilai dengan kepandaian akedemik semata-mata sedangkan dunia ni ada banyak cabang yang boleh diterokai.
Dan ayat Syed Azmi yang paling terkesan pada hati Acik T.
‘Setiap dari kita adalah watak utama dalam kisah kita. Tiada siapa yang diciptakan untuk jadi watak sampingan.’
Lepas dengar ayat ni, terus tiba-tiba sel-sel otak Acik T berhubung. Teringat tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam buku Jalan Sehala. Ayat beliau lebih kurang macam ni,
‘Kewujudan kita, dah menjadikan kita ni istimewa, yang menjadi kelebihan bila kita bersabar dan bersungguh untuk pengetahuan.’
Nampak? Kita semua istimewa dan kita semua watak utama.
Acik T ‘backup’ Syed Azmi ka? Dak…
Kalau dia bersalah, dia wajar dihukum. Bab idea dia, sumbangan dia, tidak patut kita lupa. Dan kebaikan dia juga tidak menjadikan dia kebal dari kesalahan.
Dengan melakukan kebaikan tidak menjadikan kita dibenarkan untuk boleh melakukan kesalahan sesuka hati. Tidak.
Dan sekarang kita cakap isu yang lagi panas. Sebelum tu Acik T nak kongsi 1 ayat,
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Surah Al-Hujurat ayat 10)
Ustaz Ebit orang yang baik. Ustaz Nadir Al-Nuri pun orang yang baik. Kalau nak banding kebaikan yang depa ni bagi pada umat dengan Acik T. Allah, malu.
Acik T bukan memihak kepada mana-mana. Acik T baca di kedua-dua belah pihak. Ambil yang baik. Nak ulas, Acik T tak layak sebab Acik T tak mengenali induvidu ni secara peribadi dan tak terlibat secara langsung.
Kalau Acik T ulas, ulasan Acik T sekadar seperti permainan ‘Radio Buruk’. Yang awal sampaikan perkara lain tapi yang akhir sebutkan pekara lain.
Apa kebaikan yang kita boleh dapat dari isu ni?
1. Sekarang kita faham, kenapa sebelum ni kita nampak macam ‘procedur’ yang nak kena ikut sebelum nak dapat duit zakat sangat susah. Betulkan?
Untuk pastikan cara yang betul disampaikan, kepada yang betul-betul layak dan matlamat tercapai dalam keadaan kurang ‘damage’.
2. Kita kena jaga lidah kita, tulisan kita dan apa sahaja tingkah laku kita yang kita mampu kawal. Fikir sejenak dan cuba kawal. Kerana apa? Boleh jadi biasa pada kita, tidak kepada yang menerimanya.
3. Dan kalau kita tidak tahu tentang sesuatu perkara tu, lebih baik diam dan cari lagi maklumat. Kalau kita bercakap atau menulis atau memberi pandangan tanpa pengetahuan, sebenarnya kita seolah-olah membuka ‘kesilapan’ diri sendiri pada orang lain.
Bila isu NGO ni keluar dan sebutan duit yang berjuta. Tak tergambar dalam kepala Acik T ni macam mana rupa duit yang banyak tu, Acik T teringat 1 perkongsiaan dari ustaz yang ajar tajwid Acik T, antaranya:
Sewaktu kita membaca surah Nuh , apa yang kita boleh ambil pelajaran daripadanya?? Sebelum kita berkeinginan harta dan anak-anak daripada Allah, maka mohon la KEAMPUNAN dari Allah dahulu,
SEBAB apa??
Saat harta tu sampai pada kita, saat kita direzekikan dengan anak-anak, kita terima dalam keadaan kita BERIMAN.
Bimbang kiranya, harta dan anak-anak itu datang ketika kita tidak mempersiapkan diri dengan BERIMAN, perkara itu membawa kita jauh dari Allah. Nauzubillahiminzalik
Acik T tutup penulisan ni dengan berkongsi kata-kata DR MAZA yang menarik pada Acik T menurut fahaman dan tafsiran Acik T.
Kita ni tak boleh pilih nak lahir sebagai apa, kita mungkin tak boleh jadi Perdana Menteri, Raja atau Orang Ternama tetapi Allah bagi peluang untuk kita pilih jadi Orang Yang Soleh dan Beriman supaya jadi orang yang berjaya di akhirat dengan kedudukan yang tinggi.
Kedudukan ni, Para Nabi pun minta dan kita patut minta. Insya Allah. Aamiin..
Kesimpulanya, jangan kita taksub pada sesiapa, supaya kita mudah nampak kebenaran. Tiada apa yang lebih utama melainkan kebenaran.
Akhir sekali semoga kita sentiasa berusaha untuk menjadi Hamba yang beriman. Dan setiap dari kita adalah pendosa. Dan sebaik-baik manusia adalah yang bertaubat dari dosa. Insya Allah
– Acik T (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit