Nampak Lembut

Assalamualaikum. Orang selalu kata aku berperwatakan lembut, mungkin nampak dari segi cara aku berbicara dengan orang lain, aku juga mudah di approach dan aku juga mudah approach orang lain.

Pada masa sama, aku juga tegas dan mempunyai prinsip. Bila buat kerja, aku tak ada lah lembut sangat, sebab walaupun aku nampak lemah lembut tapi dalam diri aku ni ada kekuatan luar biasa bagi seorang perempuan.

Mungkin sebab keturunan, atau keadaan keluarga atau mungkin faktor aku anak yatim dan membesar dalam keadaan berdikari sejak kecil.

Aku juga mempunyai ramai adik beradik lelaki. Dari kecil, kalau bergurau dengan adik beradik memang kasar, baling bantal lah, bersilat, bergusti dengan abang-abang dan adik lelaki aku. Aku juga kalau bermain waktu petang, aku tak main masak-masak, atau pondok-pondok.

Aku selalu main rounders, panjat pokok, main guli, baling selipar, dan lain-lain. Selalunya aku dan seorang lagi kawan aku sahaja yang perempuan, yang lain semua budak lelaki. Bila kita je perempuan, tak boleh lah nangis-nangis, kalau tak, takde budak laki nak geng. Hehe.

Aku ni bertubuh kurus dan kecil. So selalunya orang ingat aku lemah. Mungkin sebab keturunan.

Arwah atuk aku dulu kurus dan bertubuh kecil juga tapi orangnya kuat, kerja kat sawah, jala ikan, berkebun lagi, buat rumah dan kerja-kerja kasar sendiri. Atuk aku biasa angkat benda-benda berat. Aku pandang atuk ni sebagai orang yang cekal.

Aku jadi anak yatim masa sekolah rendah. Aku dah biasa buat kerja rumah tolong mak, termasuk kerja kasar. Mak aku dulu berjual dan ada kedai, jadi sebelum arwah ayah meninggal aku dah memang biasa angkat barang tolong kat kedai mak.

Lepas arwah ayah meninggal, aku tak canggung buat kerja kasar. Termasuk bertukang, angkut pasir guna troli, angkat batu bata, bawak barang-barang pasar bila membeli belah dengan mak.

Orang tak tahu dan tak kenal aku, mereka akan tersilap dengan expectation mereka sendiri dalam menilai aku sebab ingat aku ni wanita lemah lembut, macam perempuan melayu terakhir. Padahal aku tidak. Kalau kau tersilap dalam menilai dan kau simpan seorang untuk diri kau takpe.

Yang buat aku terkilan, dari zaman aku sekolah sampai dah jadi mak, ada beberapa kali kejadian orang lelaki atau orang perempuan bercakap kat depan muka aku, kritik personaliti diri aku.

Nak kata orang yang bercakap tu kawan aku, tak adalah rapat sangat pun dengan aku. Boleh pulak bercakap dalam nada jelik dan tak puas hati, “XXX ni tak adalah lembut pun, kasar”.

Pernah jugak kena depan muka, “aku tak suka kau”. Bila aku tanya tak suka apa, dia tak boleh jawab pulak. Memanglah aku kasar, bukan lembut seperti kau fikirkan atau harapkan. Aku pun tak kutuk kau.

Kau baik ke, kau jahat ke, kau gemuk ke, kau kurus ke, kau cantik/hensem ke, kau hodoh ke. Ada aku cari gaduh dengan kau ke selama ni? Tak kan?

Disebabkan aku ni nampak baik dan lemah lembut, wajarkah aku diperlakukan macam tu? Kau ingat sebab aku ni nampak bukan jenis balas balik, kau sedap mulut je lah nak cakap macam tu. Kalau aku kritik kau balik pun, kau tak suka kan.

Selalunya aku diam, aku cuba buat tak tahu. Dan aku masih lagi boleh bercakap dengan baik dengan orang-orang yang pernah cakap macam tu kat aku.

Ikut hati, rasa nak bagi ayat-ayat pedas kat muka diorang juga. Tapi ia berlawanan dengan prinsip yang mak ayah aku dah terapkan, biar orang buat kita, jangan kita buat orang.

Kalau ikut hati aku juga, nak aja aku tumbuk atau lempang muka orang yang bercakap tu. Kau ingat kau cukup bagus ke untuk kritik orang lain depan muka dia. Walaupun aku buat tak tahu, dalam kepala aku memang dah terbayang lempang muka dia yang bercakap tu.

Waktu aku budak dulu, walaupun aku kasar bergurau dengan abang-abang dan adik lelaki aku, tapi dengan kawan-kawan sepermainan lelaki aku, tak pernah lah pun aku rasa nak bertumbuk atau tampar orang.

Sebab diorang kenal aku bukan jenis cari gaduh. Selalunya main nak happy-happy. Aku pula bukan jenis perdajal orang lain. Cakap benda tak elok ke, ejek orang lain ke. Sebab tu mereka selesa dgn aku, dan mereka tak kisah aku yang muka ayu dan baik ni main sekali.

Aku imbas balik muka sorang-sorang budak lelaki dan budak perempuan yang pernah bercakap macam tu depan muka aku dulu, aku tak faham apa yang mereka fikirkan bila bercakap macam tu kat muka orang lain tapi yang aku pasti,

mereka mempunyai persamaan iaitu masing-masing insecure dengan diri sendiri dan mereka yang bercakap ni pun nampak “baik”, bukan macam budak jahat dan nakal pun.

Sebab tu aku terkilan. Aku ingat dah muka dia nampak “baik”, mulut pun baik jugalah. Kalau mulut jahat dalam hati je, selagi kau tak cakap kat orang lain, aku tak kisah pun.

Aku ni jenis berkawan dgn budak nakal ke, budak jahat ke, semua orang aku berkawan. Kadang-kadang aku tau orang pelik, kenapa aku yang nampak seperti perempuan melayu terakhir ni boleh berkawan dengan budak-budak macam ni.

Aku gedik ke dengan budak lelaki? Tak pun. Aku memang cakap nada mendatar. Sebab tu budak lelaki selalu tak kisah dgn aku, sebab tau aku bukan jenis melayan. So bila main, aku fokus main je.

Tak pernah lagi la budak nakal dan budak jahat ni cakap macam tu kat muka aku walaupun diorang tahu jugak aku kasar. Aku tak boleh lupa orang-orang yang pernah cakap macam tu kat aku, sebab cara dan nada mereka cakap dan niat mereka pun sampai sekarang aku tak faham.

Muka “baik” tapi tergamak eh cakap macam tu kat orang lain. Kau rasa dah cukup baik dan sempurna sangat ke?

Tak boleh ke simpan sikit perasaan jelik dan tak suka kau tu kat orang? Orang pun tak semestinya suka kat kau. Cuma tak tergamak je nak cakap.

Dalam ramai-ramai baca ni, mesti ada jenis mulut lepas macam ni. Aku nak pesan, kalau kau pernah cakap setepek kat muka orang tu kau tak suka dia ke, kutuk orang tu dalam nada serius (bukan lawak dan kau sebenarnya bukan mesra pun dgn dia), baiklah kau cari orang tu dan minta maaf.

Kita hidup kat dunia ni kejap je. Esok-esok kau nak cari dia, nak minta maaf, takut tak jumpa dalam lautan manusia. Sempena ada masa masih hidup ni baik pergi minta maaf. Dosa dgn manusia, manusia je boleh ampunkan.

Kesan mulut jahat kau, mungkin bagi kesan kat orang tu seumur hidup. Dan mungkin kau juga akan diuji asbab mulut jahat kau.

Tak suka macam mana sekali pun kat orang lain, belajar tahan dan fikir balik, sejauh mana perangai kau yang kau perasan baik sangat.

– Jes (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *