Nampak Roh Sendiri

Salam semua.. Sorry kalau tajuk kalini pelik sikit. Tapi sebenarnya memang kejadian ni betul2 terjadi pada saya.

Kenalkan saya seorang gadis 20an.  Saya nak cerita yang ketika saya tidur, semasa nak bangun dari tidur saya, kadang kadang saya terlihat tangan saya sendiri. Berwarna hitam seolah2 bayang.

Pada masa tu saya pelik. Masa tu saya ingatkan ada makhluk jin atau apa2 yang menganggu saya.

Tapi ternyata itu tangan saya sendiri. Sebab bila saya cuba gerak2 kan, memang tangan tu gerak ikut saya punya keinginan.

Dan masa tu saya nampak tangan saya yang sebenarnya masih dalam keadaan longlai tak bergerak. Saya nak gerak2 kan tangan saya yang sebenar perlukan masa atleast 10 saat macam tu.

Benda ni bukan jadi selalu tau, dia jadi kadang2 je. Masa tu saya dapat lihat keadaan bilik saya, kelambu saya semua sebijik sama.

Bila dah beberapa kali benda ni jadi, saya dapat simpulkan yang tu roh saya sendiri.

Kadang2 jugak saya dapat nampak kaki saya masih belum masuk sepenuhnya dalam tubuh saya. Masih melayang2 macam belon panjang kat karnival yang berkibar-kibar tu kan.

Hmm.. Masa jadi tu saya ada rasa insaf sikit, macam apa lah yang nak dibanggakan kat dunia ni. Muka cantik? Harta banyak? Anak ramai?

Penyudahnya kita cuma jasad yang macam mayat kalau Allah takdirkan roh kita tak masuk semula dalam badan lepas kita tidur..

Nauzubillah.

Saya nak cerita yang saya jugak senang kena gangguan. Kadang2 ada jugak kena kacau dengan jin. Kena ganggu ni start bila saya tinggal di asrama kolej. Sejak tu macam kadang2 kena kacau.

Alhamdulillah sekarang dah lama tak kena kacau lepas2 saya amalkan baca dia perlindungan “bismillahillazi la yaduuru maasmi hi syaiun fil ardhi wala fis sama ii wahuas sami ul alim” dan kibas2 cadar.

Saya dah tak diganggu lagi dengan makhluk2 camtu.

Saya jugak tak faham saya dah banyak kali dapat jumpa roh2 arwah keluarga dalam mimpi saya.

Ada yang pernah suruh saya baca quran kat diorang. Ada yang cuma tersenyum kat saya dari jauh dn banyak lagi.

Saya cerita kat mak saya dan mak saya memang percaya saya. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh alami semua ni.

Mak saya cakap saya ada sixth sense kot. Saya pun tak tahu. Saya berani bersumpah apa yang saya cakap ni semuanya adalah benar. Bukan semata2 nak seronok2 atau saja2 buat content. Bukan eh.

Kesimpulannya.. ni sekadar perkongsian dari saya. Bab dapat mimpi arwah dan pasal kena ganggu jin tu saya faham ramai je lagi yang kena macam ni.

Tapi bab dapat tengok roh sendiri tu, saya tak pernah tahu ada. Saya pun pernah search pasal ni pun tak dapat apa2 info pasal ni.

Saya nak tanya korang ada tak yang pernah alami kejadian ni?

Seolah2 roh korang tu belum masuk sepenuhnya dalam tubuh korang, dan korang still leh gerak2 kan tangan roh korang masa tu sebelum betul2 sedar dari tidur.. Pernah tak? Cer komen sikit…

– Miss Confius (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *