Hallo gais! Selamat beristirehat. Nur nama ku Nur. Umurku 35 tahun.. Aku nak kongsi pengalaman aku bila aku ada seorang kawan yang duduk di utara tanah air.
Nani.. namanya Nani. Aku kenal tak lama dalam 5 bulan macam tu je. Sebab apa ?
Ceritanya, aku ada member kerja dalam badan beruniform, aku kenal member tu lama dah dalam 4 tahun. Memang aku rapat juga la dengan dia. Semua kisah dia kongsi dengan aku. Namanya Alif.
Alif bekerja di pantai timur tanah air nak kata hensem, ya betul member aku ni memang ada rupa.
Nak di jadikan cerita, satu hari aku dapat noti thru whatsapp, orang chat aku, and nak comfirmkan aku ni Nur ke? Aku tak layan sebab bagi aku, buang masa.
Selidik punya selidik Alif memberitahu ku bahawa kawannya, Nani yang chat aku tujuan nak berkawan.
Dalam hati aku terdetik rasa kurang senang, yelah tiba-tiba nak berkawan, buat-buat mesra alam flora atau pun ke nak bekawan dengan aku sebab Alif tu kawan rapat aku ?
Takpe lah, aku layan kan je selepas mengetahui itu Nani. Hari demi hari Nani chat and suka bertanya mengenai Alif.
So bagi aku something fishy tiba2 nak berkawan dengan aku dan bertanyakan pasal Alif. Aku tak mahu juga buka mulut mengenai Alif sebab aku jenis yang tak suka menyampai.
Bagi aku, ko dah kenal Alif so tanya la kat dia.. awat tanya kat aku?
Memanglah aku kenal rapat dengan Alif tapi aku tak suka buka mulut dan bercerita mengenai kawan yang aku rapat melainkan ko sendiri yang bertanya pada tuan punya badan apa benda dia suka, jadual kerja ke, keluar dengan sapa.
Ni tidak, nani suka bertanya hal yang entah apa-apa sampaikan bila aku tak balas chat dia akan spam chat. Hangin juga aku bila time kerja ada gangguan ni!
Pernah satu hari tu aku berjumpa dengan tunang aku. Tunang aku kerja technician kilang di utara tanah air. Nak di jadikan cerita, tunang aku masuk tandas and handphone dia tinggl kat meja.
Dalam aku tengah sibuk membuat nota, satu noti instagram pada hp tunang ku naik, aku tak de la menyibuk nak tahu sapa chat, tapi aku rasa pelik bila spam chat.
So aku decide nak tengok kot2 ada emergency chat or something, tekejut aku tengok bila Nani dok chat tunang aku kat instagram. Hangin la aku.
Selidik punya selidik rupanya Nani ni satu kilang dengan tunang aku cuma dia team production,
And tunang aku mengaku Nani pernah chat tanya khabar, bila tunang aku tak kerja Nani akan tanya pi mana, tanya okay ke tak bila tunang aku badmood dalam line..
Aku minta izin tunang aku untuk memeriksa chat Nani, dan ternyata sungguh, dia Nani yang ingin berkawan dengan ku dan merupakan kawan Alif!
Aku diam seketika dan ingin bertenang. Dalam tempoh bertenang tu, aku menghubungi Alif dan menceritakan hal sebenar mengenai Nani.
Rupa- rupanya dia mengenali Nani thru facebook. Alif menjelaskan bahawa dia berkawan tak sampai dua hari dengan Nani dan Nani mula menyukai Alif!
Namun Alif tidak memberikan kata putus kerana dia berasa kurang senang.
Contohnya jika Alif outing bersama kawan- kawan nya, Nani mula chat dan mula memberi spam chat jika tak di balas chat nya sehingga lah Alif bosan dan akan mengikuti kursus selama 2 bulan.
Alif tak fikir panjang lalu membuat keputusan untuk unfirend Nani dan unfollow Nani dalam socmed nya.
Bilamana Alif menjauhkan diri dari Nani, sejak dari tu Nani tidak pernah menghubungiku lagi. Selamat la aku, hehe.
Kini, Alif dah berumahtangga dengan seorang nurse dan aku tumpang gembira cumanya bila mana aku terbaca newsfeed fb dan story ig Nani seolah- olah menyindir Alif.
Namun Alif berpesan, orang mcam tu biar je. Penat menyalak berhenti lah dia. Moga kau bahagia, Wahai Alif sahabatku! Aamiin.
Berbalik kepada tunang ku, sering juga Nani try hard nak chat tunang ku. Cumanya tunang aku tak suka membalas chat jika tidak ada benda penting nak di sampaikan.
Aku sendiri membaca satu persatu chat yang di berikan oleh nani thru ig or whatsapp tunang ku..
Aku bertanya kepada tunangku, Nani dapat number tunangku dari mana?
Tunangku menjelaskan mungkin dari group kerja. So aku iyakan saja lah. Menipu atau tidak itu urusan dia dengan Allah. Aku cuba bersangka baik sahaja!
Bagi aku,berkawan tidak salah namun jangan lah kita berkawan atas sebab yang tertentu dalam erti kata lain tidak ikhlas.
Pengajaran buat aku, don’t judge a book by it’s cover. Begitu lah pada mulanya aku bertemu Nani, nampak serupa alahai lembut. Sempurna sungguh menutup aurat tu tapi tingkah laku. Diam- diam ubi berisi hmm..
Bukan lah aku salahkan yang menutup aurat dengan sempurna itu jahat cuma kdang- kadang nafsu menguasai akal fikiran kita. Jadi hati- hati bila berkawan!
Buat Nani, terima kasih sebab pernah hadir sekejap dan memberi pengajaran yang begitu berharga iaitu hati- hati memilih kawan.. bye! chaw..
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit